Assalammualaikum,
Diet? Apa itu diet? Tipu lah korang tak tahu apa tu diet? Nak kena penampor ke pelempang? Choose one please. Hahaha. So diet, ada apa dengan diet? Bagi a .......
TERLALU BANYAK MEREPEK!
So disini saya ingin menceritakan punca saya menjadi gemuk dan macam mana saya melakukan diet saya. Back to 4 years ago, berat aku 55kg (Zaman kolej) Then pada tahun 2011 aku break up, Kah! Dimana aku tak boleh terima hakikat. *Dear Ex mesti kau gelak kan baca statement aku nie? Tapi go die la, do i care?
So dijadikan cerita, untuk mengelak menangis, yela menangis selama 2 minggu, parents aku pun dah jadi risau, makan ubat penenang then tidur, itu la rutin aku. So aku nak ubah lifestyle aku, which is EAT EAT AND EAT NON STOP. Dalam masa 2 bulan, berat aku dah cecah 68kg. Serious, tak tipu. Hahahahaha.
End up, my mom scold me, katanya aku nie bodoh, sebab jantan tak guna aku kena bersedih dan seksa diri sendiri sampai jadi gemuk. Sampai semua baju aku dah tak boleh pakai. Another so......... aku cuba untuk ubah lifestyle aku lagi. Aku cuba google diet apa yang berkesan, google punya google AKHIRNYA!! Aku rasa diet nie diet yang tak menyeksa diri aku, iaitu diet ATKINS.
Apa itu Diet Atkins?
Diet Atkins ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat dan lemak di dalam badan.
Diet atkins mempunyai 4 peringkat:
* Peringkat 1: Induction
* Peringkat 2: Ongoing Weight Loss
* Peringkat 3: Pre-maintenance
* Peringkat 4: Lifetime Maintenance
Induction Diet Atkins dihadkan 20GRAM Karbohidrat sahaja. Untuk memastikan badan anda membakar lemak, bukan glukos.
Untuk lebih lanjut, korang boleh google je "Diet Atkins" belambak keluar. Bukan malas nak cerita, tapi yang atas nie pun aku copy and paste. Kah! Aku bagitau yang senang difaham je. Still tak faham? Okla, aku cerita berdasarkan kefahaman aku.
Atkins nie diet carbo, maksudnya korang cannot makan nie:
- Nasi / Brown Rice
- Roti / Kebab / Prata / Roti Canai
- Mee / bihun / spagetti / kuew tiaw / macaroni
- Sugar (Haaaa, yang nie banyak) : Ice cream, air coke, air pepsi, segala air dalam tin dan botol yang MANIS! Ok, yang manis! Jangan pula ada yang tanya "100plus boleh tak, sebab 100plus kan kurang gula" aku lepuk baru tahu kurang gula ke tak. AS LONG AS IT CONTENT SUGAR, IT IS NOT ALLOWED!
Ok, summary la. Segala jenis makanan yang berasaskan kanji, gandum, manisan, buah buahan dan kekacang tak boleh masa induction. Korang faham faham la kan makanan berkanji, gandum and etc tu macam mana. Kalau tak tahu, try google. Tapi kalau dah besar, sepatutnya dah tahu la kan? :D
Actually induction is min 2 weeks, sesiapa yang tak puas hati dengan 2 minggu, boleh extend untuk buat induction selama 6 bulan. Macam aku, aku buat je induction non stop sampai dapat berat badan yang puas hati. Huhuhu. Tapi weekend aku cheat, hehehe. Tapi kalau nak cepat kurus baik jangan cheat la. :)
What else? Oh menu aku.
Ini yang aku amalkan everyday.
Breakfast:
- Telur setengah masak, telur rebus, scramble egg, omelette, telur dengan bayam, telur dengan sardin
* Quantity untuk telur rebus - kadang tu dua biji cukup, kalau lapar tahap tak boleh bawa bincang, 3 biji.
- Air kosong
Lunch:
- Ayam dengan sayur
- Ikan dengan Sayur
- Paru dengan telur
- Salad dengan telur
- Salad dengan tuna
- Sup sayur
- Seaweed sup
- Sup Ayam
- Tomyam Campur
- Air Kosong
*Anything as long as no nasi, no mee, no kanji, no roti laaaaaa
Dinner:
- Lebih kurang dengan lunch je
- Kadang buat ayam burger (Brand Ramli), dengan telur
- Air Kosong
Ada yang tanya "na, apa kau makan kalau kau lapar even dah amik breakfast semua."Jawapan: Masa mula mula aku buat, yessss. Memang seksa bagi siapa yang suka mengunyah time buat kerja / tengok tv / lepak and etc. Aku cadangkan masak telur rebus, goreng ikan bilis, or buat salad. Tapi sekarang kalau aku lapar, aku minum air. minum dan terus minum. Hahaha.
So just wanna share, aku buat induction almost 2 months. From 68kg sampai 54kg, dapat bertahan selama 1 tahun setengah. Lepas tu, kelaut la kita. Semua kita makan tanpa hiraukan berat badan yang akan naik dengan mendadak. Huhuhu. Sepatutnya kita kena lah maintain and jaga makan harian tu, make sure less fast food ke, nie tak weiiii. Pagi mcd, lunch kfc, malam pizza. Gila kau tak naik kan? Kah!
Nampak kan perubahan dia? Sekarang aku kena nekad lagi sekali untuk buat diet Atkins nie. So far dah buat 1 bulan, Alhamdulillah dah turun 5kg! Yeahhhhh! Another 5kg, tapi nak buat another 5kg tu yang seksa tuuuuu. :(
Tips nak tahan lapar?
Hurm, bagi aku no such thing untuk tahan lapar. Makan makan makan, but no carb. Aku tahu ada yang buat 1 minggu then give up. Banyak kawan kawan aku macam tu. Huhu. So tips dia:
Haaaaa. 1st pic from left (68kg), tengah tengah (60kg), last sekali (54kg) |
Tips nak tahan lapar?
Hurm, bagi aku no such thing untuk tahan lapar. Makan makan makan, but no carb. Aku tahu ada yang buat 1 minggu then give up. Banyak kawan kawan aku macam tu. Huhu. So tips dia:
- Make sure makan untuk time. Means, breakfast lunch and dinner JANGAN SKIP!
- Kalau rasa lapar, minum air banyak banyak.
- DOWN. kalau rasa down, rajin rajin kan la diri untuk buka group Atkins dekat FB. Just search "Kelab Diet Atkins[Malaysia]" follow them. Dalam group tu, aku boleh dapat semangat dari geng geng Atkins. Aku tak sure la korang macam mana, tapi bila down and rasa give up memang aku suka buka page tu.
- Besides that. dalam group tu pun ada macam macam menu. So tak ada lah korang asyik makan ayam ayam ayam. Ikan ikan ikan. Daging daging daging.
- RAJIN! Rajin dari segi sediakan makanan. Kalau tak pun makan dekat luar, tapi lama lama korang confirm bosan. Serious!
- PENGARUH KAWAN KAWAN. Contoh: kawan kawan ajak makan itu ini (yang haram untuk atkins), yang nie mental korang kena kuat! Macam aku memang aku tolak, dalam hati niat aku nak kurus, nak kurus and nak kurus.
What else ea? Hurm. Rasa nya nie jela kot. Kalau nak tanya apa apa, sila la. No problem deh. :)
Sekian Wsalam
0 people stalking this entry. hewhew :
Post a Comment