Blogging

Lilypie Angel and Memorial tickers

Saturday, September 29, 2012

Selendang jahitan sendiri. :D

Assalammualaikum Cinta,

Blog saya berhabuk. Maaf ye Encik Blog sebab dah lama tak berdating dengan awak. Saya busy, busy sangat dengan keje semua. Mohon awak faham ye Encik Blog. Hehehe

Back to my main topic, "Selendang Jahitan Sendiri" actually takde la selendang jahitan sendiri sangat, it just added up some lace dekat selendang tu. Nie semua gara gara nak pakai gi kenduri kawen kak Ayu. Hehehe. Nak cun punya pasal, kena la korban masa, korban tidur, korban tenaga untuk buat. Lagi pun last minute punya kerja, memang awesome la. :D 

So, dua hari berturut turut aku tidur 3 jam sehari. Oh ya, wedding tu on Saturday tapi aku start mencari lace dengan selendang tu on Thursday. Awesome kan, betul betul last minute punya kerja. 

Tema wedding kak Ayu is Turquoise. So aku plan nak pakai skirt, sebab macam dah biasa sangat pakai baju kurung. Hehe. Skirt dah ada, tapi baju tak jumpa. Ok, sangat menyampah kalau gitu. Kebetulan on that week ThePopLook ada upload new stock for dresses. So aku buka and cari yang sesuai. At the end jumpa. :D Then start la misi mencari tudung pula. 

Pikir punya pikir, aku nak pakai tudung yang RARE. Means jarang orang pakai. Sebab orang macam aku nie suka pakai yang RARE, jarang sekali orang pakai, itu la yang aku suka. Baru la look awesome. Hehehe. So, aku plan nak letak/jahit lace dekat selendang tu. Mula mula ingat senang la kan nak jahit benda tu kt selendang, sekali tengok HUH. PANDA EYES muncul. -,,-

Thursday evening pi Masjid Jamek nak cari selendang + lace. Selendang tu senang nak cari, tapi lace tu ha. At the end aku pergi kt Jakel. Masuk je Jakel terus tanya, "Akak, lace tingkat bape?"  (malas nak cari punya pasal). Sekali akak tu tunjuk harga RM180 tuk semeter. Amik kau ternganga aku tengok harga tu. Aku pun cakap la kt aku tu. "akak, saya nak cket je. tak guna bnyk. rasa nye setengah meter pun tak sampai. and nak saving nye" Then akak tu bawa la satu tempat dimana semua lace2 yang diorang jahit baju, ada lebih, dia kata murah. Lagi pun aku nak cket je pun. Cari punya cari dengan ain, akhir jumpa yg aku nak. Tapi dia half. Pikir balik, pandai2 la aku buat nanti. :D

Lepas tu akak tu macam risau and cian kt aku sebab aku nak cket and murah. Nak saving punya pasal. Dia pegang lengan aku and bisik kt telinga "adik, jujur dengan akak, awak nak lace nie tuk buat selendang kawen ke? tunang ke?" mata sepet aku nie terus jadi besar.  Huh! MANA ADA LA KAK. Kalau nak kawen, memang aku cari kaw kaw nye. Hahaha.

So, this is the lace. :D

Mula mula jahit lace tu dengan lebihan lace lain tu, tuk bagi dia kuat and tk cepat berbulu. Erk, ayat macam salah je. Paham sendiri je la. :D Then baru la gunting lace tu ikut bentuk/corak tu. After gunting, hujung hujung lace tu aku letak Nail Polish color, tapi cari yg transparent nye. Sapu tu supaya benang dia tk senang tercabut. Tips tu mana entah aku tengok, lupa dah. :D

Then start la menjahit dua malam. Penat tahu tak! Ok, hasilnya. 

Tara! Agak senget, biasa la first time jahit. Punya la bangang aku nie duk search mcam mana nak jahit halus macam iena ngn qila cakap tu. Huhuhu. 
So, selesai la. Anyway, siap ada permintaan tu suruh aku buat. Dan orang tu dah semestinya ILY. Hehehe, nanti yana buatkan tuk awak ye Ily, yana busy skang. Nanti free, yana buat. :)

Sekian terima kasih. :)
Bye! 






Thursday, September 06, 2012

Selamat Hari Raya 2012

Assalammualaikum,

Hohoho, agak lambat nak update blog pasal raya tahun nie. Hehehe. Aku rasa bersyukur sebab dapat merasa Raya lagi. Hopefully, aku diberi peluang untuk merasa Bulan Ramadhan dan Syawal tahun depan. :)

Tapi tak tahu la kenapa tahun nie raya macam tak best. Huhu. Agak sedih. Mungkin sebab tak balik kampung kot. Raya dekat KL je. So suasana raya, balik kampung semua tu tak de. Hmm. Maybe la kot. *Aku tanya, lepas tu jawab sendiri. Sangat awesome.*

Actually, aku balik kampung. Tapi balik on raya ke 6. Huhu. Sebabnya Kak Ayu kahwin on 25 August. Tu yang balik lambat. Kalau balik raya pertama, lepas tu raya keenam kena balik semula. Huh. Pokai. Hahahaha. Oh ya, kampung gua dekat Batu Pahat, Johor. :D

Yang menyedihkan, raya tahun nie tak ada picture family. T_T Sedih gua cakap lu, first sebab camera adik aku dekat wad. Kalau nak pakai camera biasa pun, tak ada orang nak tolong pegangkan or tak ada stand camera. SEDIH TAU TAK. So kami semua berbekalkan handphone memasing. Hahahaha. Picture pun tak banyak. Haish. 




Picture atas nie la Raya Pertama kami. Serba biru. Hehehe. Aku yang paksa diorang buat baju biru. :p Macam aku cakap tadi, snap picture guna camera, tu yang banyak pic...... Paham paham ler. Lepas ziarah kubur arwah uncle sham and arwah atuk, terus beraya dekat jiran jiran papa dulu dekat Kampung Malasyia. Lepas tu balik. Malam pula pergi raya rumah kawan papa paling kaya. Sumpah gua cakap, rumah dia macam istana!! Rugi anak dia dah kahwin. Hahaha. - Ok, gone one day raya. Huhuhu.





Yang pictures atas nie pula, Raya Ke-2. Kami beraya di Seri Menanti, Negeri Sembilan. Nie boleh consider kampung juga la. Sebabnya, papa aku dibesarkan dekat Seri Menanti. Tapi dia lahir dekat BP. And arwah atuk dengan tokmak pun orang BP. Arrghh, aku tak tahu la apa yg aku merepek. Hmm. Abaikan.

So tema kami adalah, hijau dan kuning. Yang si jejaka warna hijau, si wanita kuning. Hehehehe. Match la kan? Abaikan picture no 2, sebab shake. :DD


Picture atas nie la akak dua pupu gua kahwin. Cantik bukan? Memang sangat cantik, jeles gua. Perasaan nak kahwin membuak buak. Hahahaha. Majlis dia pun cantik, sangat awesome. Terpukau sebentar aku tengok. NAK KAHWIN JUGA!!!!  Hahahaha. Lepas tu, malam tu tidur rumah akk ayu. Dia explained itu ini pasal perkahwinan dia. Siap bagi tips tau! Tapi tula, masih jauh lagi perjalanan aku. Jodoh pun belum nampak lagi. Sesat agak nya jodoh ku. Hahahaha. 



Nie pelamin dia, LAWA!! Tak tipu! Hmmmm. NAK KAHWIN. hahahaha



Najwa Latif dengan Zayn Malik. Wakakakaka! Itu adik aku. Sekian. :)



FootNote: Walaupun umur dah 22, aku masih dapat duit raya. Hahaha. Sebabnya kan, kalau pergi beraya, semua tanya adik aku "yang perempuan nie adik kamu ke?" Dengan pantas kau menjawab, "Aah, saya adik dia." Hahahaha. Tanya lagi adik aku "Kamu belajar lagi ke si handsome?" Adik aku jawab "Aah, belajar lagi dekat Melaka." - Terus adik aku dapat duit. So, kalau dia abang dan aku adik. Dah confirm aku dapat juga. Nampak tak permainan dia macam mana? Hahahhaa. 
Ok bye! 


Saturday, August 04, 2012

Iftar With Bitches!

Assalammualaikum,

Again, update lagi. Kali nie pasal Iftar with Bitches. Hehehe. Nak cakap dengan Deng dulu. On 24 July 2012, dua gadis yang comel dingdang (FN & NL) nie meroyan dekat twitter dengan BBM pasal Meatball. Meatball ikea tu la, siapa pernah makan? Sila buat cen gini -..- Kalau anda buat, anda sangat awesome. Hahahahahaha! 

So, meroyan punya meroyan, dua gadis nie terus deal esok pergi iftar dekat ikea. Macam biasa, pabila dua gadis nie nak dating, kenderaan utama mereka adalah motor. Hahahaha. Suweet bukan? :p So, mereka deal seorang makan 20 biji meatball. Ha! Amik kau, meroyan sangat kan? Tapi tak apa, mereka buat ikea tu seperti rumah mereka. Lepas tu beli karipap telur yang juga memang sedap gila nak mampos + kek daim dia. Ohdem! Aku ngidam lagi. Hahaha. Mereka take a suweet time untuk habiskan semua tu. Sila la tengok gambar bawah nie. Hehehe

Tarra! Amacam? Terliur? Sila berbuka di IKEA selepas anda tengok picture nie ye. Hahahaha


Ok, sekarang nak cakap pasal 1st August 2012, dimana bitches dari UK semua balik ke tanah air tercinta kecuali Ecah, ok sedih. Tak nak cakap pasal Ecah. Sebab aku rasa bersalah, enjoy tanpa dia. T_T So, kami plan nak berkumpul semua ahli BITCHES, tapi malang nya tak dapat nak kumpulkan semua. Tak apa, yang penting still meriah. So, kami buka dekat Nando's Pradigm Mall dekat Kelana Jaya. :D

Masa mula mula jumpa Ezza dengan Qila, masing masing senyap. Macam dah biasa jumpa, padahal dah dekat 9 bulan tak jumpa. Hahaha. Lepas Qila tegur "asal kita nie macam dah biasa jumpa?" baru la masing masing excited dengan kepulangan Ezza and Qila. Hahahaha. Macam biasa, tanya perkembangan masing masing, life dekat UK macam mana, kutuk Ecah. Hahahahaha. And macam macam lah. Lepas tu, perkara wajib adalah bergambar. Aku rasa sangat bersyukur, dapat members semua gila bergambar. Hahahaha.

Sayang mereka ketat ketat.  ♥

Yang senyum tu la lalink saya. yang muka masam tu musfirah yang suka buli orang. Hahahhaa.

From left: Alyn, Kak Farah, Ezza, Nad   ♥

From left: Mus, Qila, Farah, Me   ♥

Ok, this is my meal for that day. Kenyang, sedap, pedas + berbaloi. :D

Kita punya appetizer. Hehehe

Macam kek batik kan? Beza dia tabur milo + gula halus dekat atas tu. Dah la mahal. Wei nie kalau aku buat, boleh dapat 1 dulang besar tahu tak? Jangan order nie! Buat sendiri lagi berbaloi!

The Housemates. Hehehe

Sumpah rindu pelukan dia, tapi tak puas peluk dia aritu. :(

Hahaha, Ezza memang suka tidur kalau tangkap gambar. :DD

With Ezza yang baru balik dari UK juga. :')

Si penyibuk Ezza!!!

I love her. FULLSTOP!
Tapi kami bukan les. sekian. 

Daha lama tak cen gini. :D

 ♥

Yeah! Kami the Bitches. Hahaha

 ♥

Ye qila, kau paling tinggi. :p

yang pendek jadi tinggi, yang tinggi jadi pendek. Hahhaha   ♥

Haaaa! Macam biasa, dua orang nie suka syok sendiri. Hahaha

ohyeah! Pure Cocoa + Grass Jelly. Sodap gua cakap sama lu! 

Souvenir dari UK - Qila bagi! Suka bai, nmpk gua seksi bila pakai. Hahahha

Bracelet dari Ezza! Cupcakes ok. Sangat comel. Oh ya, picture nie MUSFIRAH BINTI IBRAHIM yang tangkap. See, nad jadi mangsa lagi. Hahhaha

So, itu lah dia. Sebenarnya tak puas nak lepak. Sebab dah malam, lepas tu yang kerja kena bangun awal esok pagi nya. Tak apa, ada rezeki kita lepak lebih lama lagi ye. Yana sayang korang juga! Jaja, Diniy, Ecah, aku pun sayang korang walaupun korang tak dapat join. :') 

Ok, bye. 


Moment With Bitches At FullHouse

Assalammualaikum,

Dimulakan dengan bismillah, hehehe. So title nya dah paham kan? Siapa pernah pergi FullHouse? Sila buat idung cen gini -..- Kalau anda buat, anda sangat awesome! :p

Ok, FullHouse ye. Benda nie dah lama dah pergi sebenarnya, sekarang baru nak hapedate sebabnya mood nak hapedate tak ada. Sekarang baru ada. Hehehe. So, masa nie Jaja the Bebbee baru balik dari UK untuk seketika sebab kakak dia kawen. Then kita plan la pergi FullHouse dekat Sunway Giza sebab memasing pun tak pernah pergi. Sebelum nie just tengok orang duk snap pictures sini sana. Kali ini nak pergi sendiri and snap pictures sendiri. 

And masa tengah discuss, aku saja je tambah suruh buat theme VINTAGE. Motif? Sebab nak bagi nampak meriah sikit. Hahahaha. Lepas tu aku pun dress up serba kuning. Dari atas sampai bawah semua kuning. KECUALI KASUT ye anak anak, kasut gua warna HIJAU. Nampak kekelingan di situ? Nampak? Tapi apa aku kesah, kain aku panjang. Tak nampak sangat. Hahaha.

Ok, malas nak cakap panjang, tengok pictures jela ye. :DD

Tarra! FullHouse. Hewhew
Ini lah dress up gua masa  tu. Gemuk bukan? Abaikan kegemukan itu. :D


Ehem ehem. :DD

With Jaja The Bebbee. Yang baru balik dari UK. Hehehe

Tombam kan? Saja nak letak pic nie. Hahaha

With Fullhouse punya kereta. Aku perasan, orang yang datang sini mesti bergambar dengan kereta nie.  :D

Cik Kiah dengan Cik Senah bergossip. :DD

Nie kerja MUSFIRAH BINTI IBRAHIM!!! Cian Nad tahu. 

Lalalalalala.. :DD

Budak baju kuning tu poyo, dia bajet dia comel buat muka cen gitu. Hahaha

Suka double triple picture nie. Siap letak wallpaper pc ofis. <3 td="td">

Lepas FullHouse Tutti Frutti pula. Sebab rasa tak puas + nak lepak lebih lama. :DD

Tarra! Souvenir dari UK Manchester! Thank you. <3 td="td">

Yang nie pun souvenir dari UK juga. Jaja kasi, Thank You Ja. Sebab Jaja juga la buat aku lebih kuat untuk hadap lelaki lelaki yang tak ada perikemanusiaan. Dan Jaja juga la buat aku lebih dekat dengan Allah. Siapa cakap hanya lelaki yang boleh bimbing kita? Best Friend kita pun boleh bimbing kita OK! 

So comment saya untuk FullHouse, hmmm. Oklah, makanan dia Ok je la. Tak ada lah sedap mana, biasa sahaja. Tapi desert dia sedap gila. Hehehe. Tapi entah lah, makan dekat sana macam tak kenyang. Hahaha. Tu yang melantak Tutti Frutti. :D

Desert dia. Tengok pun menarik bukan? <3 td="td">

So, bagi saya siapa yang nak makan kenyang kenyang, jangan datang sini. Sebabnya macam tak kenyang. Kalau setakat nak lepak lepak chill with members, ha yang tu boleh la. :) Sekian Terima Kasih. 




Thursday, July 26, 2012

Sahabat

Assalammualaikum,

Tiba tiba aku teringin nak buat post tentang SAHABAT. Semua orang ada sahabat, tipu la kan kalau korang tak ada sahabat. Dekat dunia nie ada banyak jenis sahabat, sahabat susah senang sama sama, sahabat senang sama sama tapi susah sendiri, sahabat makan sahabat, sahabat selamanya, sahabat sekepala, sahabat bawa gaduh, sahabat tidur sebantal, sahabat sehati sejiwa, sahabat memahami, sahabat makan sepinggan and so on la. :)

Post kali nie tentang SAHABAT kolej aku. Diam tak diam hampir setahun kita tak hidup sekali. Hidup sekali in a sense of pergi class sama sama, makan sama sama, jimba sama sama, celebrate birthday sama sama, tidur sama sama, buat assignment sama sama, menangis sama sama, stress sama sama, gelak ketawa sama sama. Ok, aku nak nagis. Hahahaha. Sumpah aku rindu saat saat macam tu.

Lepas convocation masing masing sibuk dengan dunia baru. Kak Farah, Nad, Alyn, Farah, Dny, Balot, dan aku sibuk dengan kerja. Mus and Apek, sibuk dengan degree. Meanwhile, Qila, Jaja, Aisyah and Ezza sibuk study juga dekat Manchester. Jaja and Qila akan balik Malaysia sebab dah habis belajar. Ezza balik Malaysia for holiday. Aisyah pula sorang sorang dekat sana, sebab masalah kewangan nak balik Malaysia. Hopefully she is ok dekat sana. :'( Affan pula further study dekat Australia. Baru semalam aku tahu. Hopefully mereka berjaya di dunia dan akhirat. :)

Picture muka budak budak lagi semua. :DD
Sahabat,
Ingat tak time nie? Hewhew. Kita sahur sama sama. Nie picture tahun 2008 if im not mistaken. Setiap tahun, wajib satu hari sahur dekat MCD. Lepas tu, ada yang sanggup tak tidur malam semata mata tak nak terbabas. Friendship yang sangat best when each of us call and kejutkan member2 yang suka tidur mati. Especially Jaja. Hahahaha. Sampai MCD, muka masing masing mamai memang tak terkata la kn. Hahaha. Lepas dah kenyang, masing masing racing balik kolej sebab nak kejar subuh + nak tidur. Hehehe

Dekat MCD nie juga la kita banyak share ilmu, in a sense of buat assignments sama sama dekat sini. Sampai buat mcd tu macam mak bapa kita punya. dari pukul 10 sampai la pukul 4 or 5 pagi (tunggu breakfast MCD sekali) lepas tu plug kat MCD tu semua kita conquer. Hahaha. Part paling best, kalau dah penat or ngntok, susun kerusi lepas tu tidur je cam gitu. :')




Sahabat,
Ingat lagi time nie? Ice Room kat Nilai baru buka. Masing masing meroyan nak pergi sini sebab nak try ice cream dia. Then plan after class terus pergi sana secara convoi. Hehehe. Oh ya, nie la bitches saya. They are: Farah Niza, Diniy Afiqah, Kak Farah, Nadiah Hisham, Nur Aqilah, Musfirah, Nurul Shadza, Alyn, Aisyah, Ezza, Hazwan, Uan, Affan, Apek and Balot. <----- yang laki pun aku anggap bitches. Hahaha. Sebab mereka sangat RARE. :D



Mus,
Ingat lagi time nie? Dekat PD, kita agak terasing. So, kita bajet kita nie couple bajet suweet suweet. Hahahaha. Ingat tak? Miss this moment. First time Mus suapkan aku makanan bai. :') Yang kaki tu, si Uan punya. Dia dengki! Sebab tak ada orang nak suap dia. Hahahaha.



Ja,
Ingat lagi time nie? If im not mistaken, time class ADVERTISING. Sir tanya kita advertisement apa yang kita alert dekat TV. So, kita dua tengah buat iklan baby Johnson yang Lisdawati dengan suami dia tu. Hahahaha. Member lain pun sama juga, awesome mereka punya acting. :D Yang paling best and aku tak boleh lupa, si Uan buat iklan Shampoo Sunslik duk melompat lompat and libas libas rambut dia yang tak berapa nak panjang tu. Hahahaha.



Sahabat,
Ingat lagi time nie? Every weekend semua wajib balik, sebab tak nak meroyan bosan dekat kolej. So, every Friday after class mesti balik. If Friday tak ada class, Khamis petang tu juga dah gerak. Then masing masing bawa beg besar besar naik ktm. :) Ada yang sudi hantar kita balik, especially Qila, Jaja, Kak Farah. Thank you sebab sudi hantar sampai rumah. :') Tapi, bila assignment dah menimbun, memang rumah utama tak ingat dah. No weekend holiday lagi. Sayang kolej sangat, dan dating dengan assignment on weekend. :)



Sahabat,
Ingat time nie? Kita buka puasa sama sama. Makan dekat Putrajaya kot. Tak ingat, hehehe. Masing masing makan tak ingat dunia. Lepas tu solat sama sama. :') Walaupun masing masing kenyang macam hape, kita tetap enjoy. Korang ingat tak, masa balik racing dekat highway. Jaja the best la, sebab lawan dengan dua lelaki: Balot dengan Uan. Hehehe. Tu la keje kita, lepas makan, racing. Exercise katanya. :DD



Sahabat,
Kita selalu buat surprise birthday member member kita kan? And I really miss that moment. Sampai terbakar tudung bagai pun ada. And kita pun selalu buat makan makan sama kan? Selalunya mesti berkumpul dekat rumah kak farah, nad, qila, alyn and ezza. :) Sumpah, rindu gila nak berkumpul ramai ramai macam dulu. Makan sama sama, gossip sini sana. :')

 

Sahabat,
Ingat time nie? Kita buat fotoshot sempena last sem dekat kolej tersayang. Mula mula ingat fotoshot yang gila gila. Tapi simple rupanya, at the end kita yang gila buat fotoshot sendiri berbekalkan camera fon sahaja. Sentiasa happy kan kita? Ceria macam kanak kanak riang. And picture yang atas tu Balot cakap dah macam budak budak AF (Academic Fantasia) Hahahaa. Tapi aku rasa kita lagi RARE kot. :D



Yang nie pula time dekat PD. PowerPuffGurl. Hahaha. Si Diniy tu tengok dia diam sombong, tapi sebenarnya dia pun gila gila juga. Kadang kadang tak ingat dunia dia nye gila tu. Sumpah rindu this moment. Korang! Bila nak pergi PD lagi, BBQ, kumpul ramai ramai, lepas tu main game, lepas tu men campak orang kt pantai. Hahahaha.



Nie pula time kita buka puasa sama sama. Takkan pernah miss untuk berbuka sama sama. Insha Allah, next Wednesday kita buka sama sama. Even though tak lengkap, but we  try to gather. :) Insha Allah. And this time juga kita celebrate beday Mus dengan Balot, hamek kau kena buli dengan staff TGI Friday. Hahahaa.

Time Raya never miss tuk celebrate sama sama. And paling penting convoi raya rumah member member! :)














My Group Member. Heart heart. :')




Group member yana. Jaja, Mus and Farah. We have been together since Sem 1 until we finished our studied. :) Mereka banyak mengajar yana yang lembab, yang kurang pandai. Walaupun banyak kali gaduh, misunderstand between each others, tapi kita tetap sama dan bertahan sampai habis belajar. Sebab apa, sebab kita dah serasi bersama <--- dah macam tajuk cerita dah. Hahaha. Kita selalu share idea untuk buat assignment. For example yang picture atas nie. Kita buat assignment PROMOTION AND ADVERTISING. So kita kena pilih one of the movie yang bakal kuar dari wayang. So we choose THE ROOMATE. Siapa dah tengok, korang sangat awesome. Hahahaha. Yang picture tu poster kami untuk advertise the movie, then we done trailer, and calender for our public relation untuk movie tu. Payah, susah, penat, tapi Alhamdullilah kita berjaya. Siap dapat puji dari SIR. Hehehe. :) Sekarang aku rindu nak bekerja sama dengan diorang lagi. Hmmm. :(




My kodedeng. Hahaha. Actually DENG. DENG bermaksud sayang. Nama dia Farah Niza Binti Zulkifli. Dia la group member saya, dia la housemate saya, dia la kakak saya, dia la peneman saya pabila saya sedang PMS nak makan macam macam. :) And saya rindu nak duduk satu rumah dengan dia. Sebab, setiap kali nak tidur, mesti kita macam nie:

(malam nak tidur)
Me: Farah, kau tidur tutup pintu?
Farah: tak, aku buka sikit. 
Me: ok! good night deng! *sambil jenguk jenguk deng kt hujung katil*

(Pagi nak pegi class)
Me: Farah!!!!!! Dah pukul 8.30!! class kul 8 doh.
Farah: huh? o_O *muka mamai*
Me: kau nak pergi class tak?
Farah: Kau?
Me: Aku malas. Hahahaha.
Farah: Hahaha. Ok, aku malas juga. Jom sambung tidur.
Me: Jom! 

(Time lapar or ngidam)
Me: Farah, aku lapo. :(
Farah: jom selongkar dapur! 
Me: jom!

Farah: Deng, aku macam nak makan MCD.
Me: sama la! Jap, aku tanya abang shawn ada kereta ke tak?
5 minutes kemudian, jerit dari bilik je.
Me: DENG! Kereta ada! Siap cepat! Jom!
Farah: OK!!!! Yeah!! 

Macam macam lagi situation yang berlaku time satu rumah dengan dia. Sumpah rindu cen gitu. :')



Korang, ingat time nie? After settled kita punya farewell party for last sem, kita lepak Dataran Nilai. Walaupun ramai orang cakap dataran tu ramai rempit or whatsoever tapi kita pergi sana just nak spend time last time ramai ramai. And! Ingat tak masa nie kita lepaskan tanglung wishes kita? Sangat sangat awesome. Mostly wishes kita FRIENDS FOREVER, and bla bla bla. Insha Allah. Wei, jom lepaskan tanglung lagi. This time kena wishes lain pula. Maybe wish yang macam nie: SIAPA YANG AKAN KAWEN DULU? HOPEFULLY BOLEH KUMPUL. Hahahaha.

Before Ezza, Qila, Jaja, and Ecah flight pergi Manchester further study. :')





My best friend forever Jaja and Qila berlepas pergi Manchester. Ok, sangat sedih. Memang aku menangis kaw kaw time tu. Hahaha. Sebabnya kalau aku ada problem ke hape diorang yang suka tenangkan aku, bagi sokongan and Qila suka peluk aku. Sumpah aku rindu pelukan dia. :') Alhamdullilah Jaja dah selamat sampai Malaysia last Thursday same goes with Ezza. Insha Allah this evening Qila pula sampai Malaysia. Ecah kena stay sana, sebab ada masalah kewangan. Ok, sedih. Cian Ecah sorang sorang kat sana. Nak nagis, rasa macam nak minta member member kumpulkan duit and belikan dia ticket flight balik Malaysia. T_T 



Walaupun berjauhan, kita tak pernah lost contact, tu gunanya ada BB, Whatsapp, Skype, FB and Twitter. Boleh contact with each other thru semua tu. :)



Walaupun tak lengkap geng masa convo, ktorang tetap tak lupa korang yang dekat UK. And thanks you guys, siap buat video untuk ktorang masa convo. :')





Kami yang dekat Malaysia, walaupun busy macam mana ktorang tetap lepak sekali. Cuba cari masa yang sesuai untuk kumpul. Tapi hopefully boleh gather bitches UK dengan bitches Malaysia. Hahahahaha. 



dengan diorang la yana dapat belajar macam macam, merasa kehidupan seorang teenager. Lepak, holiday, makan, semuanya la mesti bersama. Susah senang sama sama. And korang siap plan, four years from now nak pergi korea sama sama. :) Macam macam ktorang plan. Insha Allah menjadi. Anyway, I love you guys. Forever and ever. Banyak lagi gambar sebenarnya, tapi macam penat je nak letak. And perasan tak makin lama makin kurang description tu sebab banyak sangat peristiwa untuk setiap gambar. Banyak sangat kenangan bersama. :)

So disini, NURUL LIYANA BINTI ABD SALIM rindu dan sayang sangat geng bitches. XOXO. Sekian terima kasih. :)