Blogging

Lilypie Angel and Memorial tickers

Monday, February 28, 2011

nurul husna

nurul husna , kau memang dah lain sekarang ! kau dah kurang ajar , otai . dah tak macam ustazah dah . tapi bebelan kau tetap sama , tak ada orang boleh kalah . hahaha . and pakaian kau , sama je . adui . kau cakap kau perlukan someone untuk guide kau . time kita keluar 26 Feb 2011 , aku dah guide kau . tapi apa kau buat , kau buat bodoh je kan ? nasib baik la aku sayang , if tak memang sedap dah tangan aku ketuk kepala kau tu . huhu

una una . pelik aku tengok kau , kau suruh aku pilihkan baju . aku dah pilih , bagi la jawapan muktamad . nie tak , senang je kau jawabkan . kowg nak tahu dia jawab macam mana ?

situation 1:
aku : una , yang ini lawa la wei . harga pun best punya ! how ?

una : A'ah , lawa . ( then buat muka blur dia )

aku : ( ok fine , ada tahap kesabaran lagi ) yang lagi satu nie pun lawa , kau nak purple color kan ? yang ini lawa doh .

una : lawa doh ! (buat muka blur lagi )

aku : ( sabar lagi ) antara dua nie , kau berkenan yang mana ?

una : entah . aku tak tahu .

aku : ish ! dah , jom gi kedai lain .


situation 2:
aku : wei ! yang nie lawa gila . tapi kau nak pakai ke dengan inner ?

una : lawa memang lawa . aku takut nampak perut aku .

aku : (finally , ada tindak balas yang positive ) ala , aku rasa aku muat . if aku muat , kau mesti muat . kau bukan gemuk , lain la aku nie , anak gajah . -_-'

una : boleh tak if kita pinjam baju nie bawa pegi toilet . aku nak test .

aku : your head ! kau ingat nie apa ? pasar malam ? muat la monyet !

una : ala , ada design lain tak ?

aku : ha, yang nie lawa gila ! sumpah , if aku ada duit . aku beli . so how ? yang nie ? ok ?

una : entah . (kembali blur)

aku : kau nie ! kau nak yang mana ? kang aku balik kang !

una : ala , aku ikut kau . kau pilih yang mana sesuai untuk aku pakai .

aku : kau cakap je lebih . kang aku dah pilih yang aku minat , kau lak banyak songeh . haish .

una : kau pilih je untuk aku . then cakap berapa , aku bayar terus . (orang kaya punya cakap , haha )

aku : ok , fine ! aku suka yang nie . dah ! fullstop , dun give me any excuse again . "kak , saya nak yang nie"

ok , begitu la ceritanya . hahaha . pelikkan dia . rasa macam nak ketuk je kepala dia . haha . then , macam biasa , snap picture . dia cakap nak snap banyak banyak , nak bagi farah jeles ! hahaha . tapi tak banyak sangat pun , sebab nya duk sibuk cari barang barang dia plus penuh dengan songeh ! haha .

ye yunk , tau kau kurus . dah tembam kan pipi ye ? ha , meh cini aku kasi lemak kat pipi aku nie .
loveyou una ! ♥ ♥ ♥

macam biasa , muncung adalah trademark kami sepuluh orang . haha . wajib buat !
thank you yunk , coz belanja aku makan and bagi adiah sempena birthday aku . :)
mmmuuuaaah !

hahahaha .

from status aku . :D

status dia . haha .
perli kaw kaw dia tu . siot !


apek ! oh apek !
siot sungguh anda .
apek nie merupakan abang angkat kot kepada aku .
hehehe
dah tengok picture di atas ?
before this , dia pernah minta kebenaran aku untuk berkenalan dengan twin aku . aku pun cakap la ,

aku : nak berkenalan pegi la , kenapa perlu mintak kebenaran amoi . haish .

masa tu aku lupa yang dia dah ada awek . tadi , dia IM aku . dia tanya lagi

apek : moi , kawan moi nak tak berkenalan dengan apek ? hehe .

lalu aku pun naik angin

aku : oit lu ada awek kan ? ingat ingat lah awek lu . pehal nak gatai cini sana ? tak reti ke nak aprreciate perempuan ?

apek : lek moi , nape garang sangat ?

aku : sori , terlebih emo . just tak nak kawan kesayangan kecewa . apek tu dah ada awek , buat la cara dah ada awek . jangan nak sakitkan hati dia .

apek : apek gurau je moi , jangan la marah . amoi baik selama nie . tak penah nak marah apek . nie first time tengok amoi mengamuk . ampun . janji tak buat lagi .

aku : tak ada , just imagine if awek apek buat benda yang sama macam apek sekarang . pantang tengok awek cun , nak ngorat . if apek tahu , apa perasaan apek ?? sakitkan ? ha , ingat tu .

apek : ye baik moi . apek janji . sebenarnye apek rindu awek apek .

aku : ha , pegi call , mesej , wc ke ? macam macam boleh buat . rindu tapi megatai kt perempuan lain . apa lah ! mengong .

........................
.....................
................
............
.........
begitulah kisahnya , harap harap dia tak megatai dengan mana mana gurl lagi . cian awek dia nanti .

apa lah , adik yang nasihat abang . hahaha .
aku bukannya nak tunjuk aku ni BAGUS sangat . tapi just bengang sesetengah lelaki nie , tak reti nak appreciate perempuan . but doesn't means aku benci lelaki , aku just tak suka lelaki yang beperangai macam nie . kepada lelaki yang berada di luar sana, siapa yang tak reti nak appreciate orang lain , oneday kowg pula yang akan kena . sekian . :D

Sunday, February 27, 2011

nyet ! tq .

Assalamualaikum yayunk . :)
thank for this entry .

sumpah aku terharu , time birthday aku je dah nangis banyak kali . tapi news yang happy la , bukannya sebab bodoh . ow ya yunk , siang tadikan i bertengkar dengan seorang HAMBA ALLAH YANG BERKULIT HITAM . sangat kelakar , dia silap . dia ingat i nie jenis cepat marah , dia bagi ayat macam macam u nak buat i bengang , but HAMBA ALLAH YANG BERKULIT HITAM , lu silap bai . i tak bengang , malah i rasa kelakar . i still ada kesabaran yang kuat and sokongan rakan rakan yang memahami diri i . hehe

cerita pasal HAMBA ALLAH YANG BERKULIT HITAM tu , i tunggu u balik k sayang . then we gossip gossip . ok , back to our main story k . thank you atas doa yang kau berikan , doakan yang terbaik ok untuk hidup aku dah juga perhubungan aku . u percaya sama itu anak kerbau kan ? i pun begitu yaw ! hehe .

kau juga kawan sampai akhirat yunk , walaupun dulu kita pernah gaduh sebab benda bodoh , tapi dengan pergaduhan tu membuat aku sentiasa ingat dekat kau dan sayang dekat kau . dun worry ok , kiss untuk kau akan sentiasa sampai dipipi mu . hehe .







iloveyou forever yunk , mmuuaahh ! thank being my good friend whenever i need you , ha wish , wish gak . hadiah bila nak bagi ? hahahahaha .
thank for being happy for me , next will be you or maybe una . hahaha

Saturday, February 26, 2011

untuk lalink ku dan yayunk dia .

for balot :

balot , be strong ok . aku yakin qila bole jaga diri . and aku yakin kowg bole kekal buat slama lamanya . memang susah bagi kau untuk lepaskan dia . bak kata kau , mesti ada hikmahnye . aku nk tengok kowg kawin , ada anak semua . so that aku bole jadi auntie paling comel untuk anak anak kowg . hehe . if famili aku mampu untuk lepaskan aku pegi ke uk . memang aku bole tolong kau jaga kan . tapi apakan daya , famili aku x mampu . jangan risau , qila will be ok there . trust me . :)
btw , owg ckp . if kita jarang jumpa , rindu kita akan bertambah banyak . if rindu banyak , sayang pun akan banyak . kn kn ? hehe . aku nak kau be strong , qila xbole idup tanpa kau . so , kau kena kuat untuk sokong dia . ok balot ? jangan sedih . :)


for lalink :

semua nasihat aku dah aku bagi petang tadi . u see , i told u already . dia perlukan masa . jangan sedih ok lalink , aku yakin kowg will be together one day . aku nak makan nasi minyak dari kowg . so , kowg kena tunaikan hasrat BIRTHDAY GIRL nie . hehe .

tak mau nagis ea lalink , if kau nagis . aku pun mesti nak join , kau tahu je la kn . aku tak boleh dengar orang yang aku sayang nagis , confirm aku join skaki . and kau pun tahu kn aku ratu air mata . aku pun tak sanggup tengok kowg berpisah . bagi aku kowg adalah contoh couple yang paling the best . aku suka . aku nak kowg kekal ok ?

and lalink , aku tahu kau sayang dia sangat sangat , balot pun sayang kau sangat sangat . banyak halangan yang kowg dapat lalui . aku bangga ! and aku harap kali nie kowg boleh harungi . amin .

ingat , aku nak jadi auntie yang comel untuk anak anak kau . hehe . JANGAN NAGIS ! AKU TAU , MESTI KAU NAGIS BACA ENTRY AKU NIE ! NAK PENAMPAR LAJU LAJU DARI AKU TAK ? ha , jangan ngada ngada nak nagis ok ?


AKU SAYANG KOWG BERDUA , AND AKU PUN SAYANG DENGAN HUBUNGAN KOWG *even though aku tak couple dengan salah sowg dari kowg , haha * AKU TETAP SAYANG , AKU NAK KOWG KEKAL , BE STRONG UNTUK MENGHADAPI DUGAAN YANG ALLAH BAGI, OK ?



ikhlas dari sahabat anda ,
NURUL LIYANA . ♥

another birthday present .

finally , aku dengan dia sudah declared sebagai couple / kekasih . hahaha .
wah ! happy sungguh !
hadiah paling bermakna .
tq sayang ! iloveyou so much muhammad hafizee ismail !
mmuuaahhh

26 feb 2011 : sangat bermakna bagi aku . :)

happy bithday to my self . :)


happy birthday to my self !
yeah ! finally saya sudah tua ! ow , tidak . im still sweet 19 *padahal dah 21 dah . *
adui , no more teen teen dah . sedihnya . tua sudah saya .
saya sangat suka ini lagu , lagu birthday korea .

btw , thank you kepada sesiapa yang sudi mengewish birthday saya .
first person is my cousin feena . anda memang semangat untuk wish birthday saya . hehe

second person is my adik .
tengah sedap on9 , suddenly adik masuk bilik and main lagu birthday guna seruling . aku macam blur , pehal la mamat nie main seruling . dah lama tak main tiba tiba je nak main balik . after main habis , terus dia jerit "happy birthday kakak" same with my mom . hahaha . sumpah kakak blur ! sorry . tq and loveyou min and mama !

third anak kerbau saya .
tahu la dia kat office lagi , dia ambil kesempatan guna fon office . haha . then dia nyanyi lagu birthday untuk aku . wah ! terharu ! sumpah ! mengalir jap air mata aku . tak tahu kenapa . hahaha . tq sayang . walaupun suara awak tak ada la bape sedap , but im appreciated and i like so much !

fourth dan seterusnya , adalah rakan rakan rapat dan juga rakan dari FB yang wish . thx u guys . :) loveyou guys .♥ ♥ ♥

first present from my parents . handphone Nokia X5 . fon yang aku idam idamkan dari dulu . finally , dapat sudah ! hehe . thank you mama papa . ♥ ♥ ♥

Friday, February 25, 2011

PMS

PMS , anda tahu apa itu PMS ? PMS bermaksud Premenstrual Syndrome . PMS is a wide range of physical or emotional symptoms that typically occur about 5 or 11 days before a woman starts her monthly menstrual cycle (period) . the symptoms usually stop when menstruation begins or shortly thereafter . faham tak ?

ok , sumpah sekarang aku tengah PMS ,
  • rasa macam nak marah ,
  • emosi tak tentu ,
  • asyik jealous ,
  • nak maki hamun sini sana ,
  • nak menangis ,
  • malas nak layan orang ,
  • rasa macam nak hempas laptop ,
  • badan sakit sini sana , memang mintak pyepak kau badan !
  • kuat tidur ,
  • nak makan tu , nak makan nie . ish ! hancur diet aku .


SEKARANG AKU TENGAH MARAH + JEALOUS + KUAT MAKAN ! haish .

mungkin ada yang berkata , "pasal PMS dia pun nak cerita dekat blog . "
hye , lantak lah , blog aku . rasa malas nak baca entry aku , back off bitches . do i care ?
*betul betul marah dah nie*
sekian ~

jelous

saya jealous ,
jealous jealous jealous jealous .

saya jealous ,
jealous jealous jealous jealous .

saya jealous ,
jealous jealous jealous jealous .

saya jealous ,
jealous jealous jealous jealous .

ok, sekian .

Wednesday, February 23, 2011

Manchester Metropolitan university (MMU)


siapakah di antara kami berenam akan terbang ke Manchester ? haha
sumpah ! macam best . new environement , adventure .
tapi apa kan daya , mahal yang teramat .
tapi ini la impian aku , terbang ke sana dan sambung belajar .
adui , harap harap semua nie menjadi kenyataan . amin ~ :)



ps : dny , aku curi pic kau . haha

Tuesday, February 22, 2011

siapakah jodoh kita ?

ha , nak tahu siapa jodoh kita ? ada 10 petanda yang menunjukkan dia jodoh . jom jom tengok di bawah . :)

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.


2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.


3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.


4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.


5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.


6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.


8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.


9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.


10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.


*renung renungkan dan selamat beramal . :) *

Monday, February 21, 2011

pandai juga ea adik aku . hehe

bukan nak bangga diri sebab ada adik sepandai nie , and bukan nak show off adik ku yang pandai . haha . tapi memang good job la min . tak sia sia mama belikan camera mahal mahal for you . teruskan usaha anda . haha


pic atas nie disnap semalam . tengah sedap sedap baring dalam bilik , adik masuk lalu menutup lampu bilik dan memarahi aku . " oi , cepat tolong , min ada idea baru " . aku pun pelik , sebab dia mintak gelang aku , suruh aku pegang torchlight and suruh aku pegang buku science entah tingkatan bape . then dia snap , and hasilnya seperti di atas . smart kan . pandai adik kakak . haha

pic yang kat bawah nie pula , time dia pergi zoo Melaka . dengan cikgu and pasangan pasangan gay beliau . hahaha .










sunset .
♥ ♥ ♥


yang nie pula , permandangan Kg nenek aku , Salak Selatan . snap dari rumah aku je pun , Desa Petaling .



huhu , yang nie permandangan Kuala Lumpur , snap dari rumah aku gak .



yang bunga nie , dari sekolah tercinta kami . haha . cantik kan ?



semua pic nie betul disnap oleh adik aku tau (sony A390) . tak ada nak copy and paste from any website . cantik sangat sangat . tapi apakan daya , adik kedekut ilmu . -_-'

mengharap or harapan .

yes , hari ini aku nak cakap pasal harapan or mengharap . huhu , maksud dia sama shajakan ? ke ada lain sikit ?

harapan means kita memberi harapan kepada orang lain kan ? tak kesah la dari segi apa apa pun . mengharap means , kita mengharap sesuatu dari seseorang . kan ? *adui , apa aku merepek nie * hope korang semua faham apa yang aku nak sampaikan .

tujuan aku mengepost entry ini sebab nak bagi nasihat dekat diri sendiri . jangan terlalu mengharap dalam sesuatu hubungan . bukan shaja dalam hubungan , tak kesah la dari segi apa apa pun . aku nie jenis suka mengharap , dan menaruh harapan yang tinggi dalam apa apa jua .

tiap tiap kali na , if kau menaruh harapan dekat seseorang , mesti kau akan kecewa kan ? haish , lepas kecewa . kerja kau menangis , menangis and terus menangis . adui .

anggap la kenangan kenangan lepas tu adalah pengajaran buat kau na supaya tidak memberi harapan yang tinggi dekat seseorang . satu hari nanti , kau juga merana , sengsara , kecewa and bagai . so , biarkan benda nie semua berlaku dengan sendiri nya , jangan terlalu mengharap .

ok , itu je aku nak merepek hari nie . hahaha
nothing special . :D

sangat romantik .

di pagi hari , tak boleh nak tidur . so aku pun berblog walking la . haha . singgah di blog teman sekolej aku , laina . and terjumpa video nie .

sangat romantik mamat nie , betul cakap lai , luar nampak ganas , tapi dalam hati ada taman . huhu . walaupun suara dia tak sedap , at least dia mencuba untuk meluahkan perasaan dia to his girlfriend . susah tu nak jumpa lelaki macam nie , berani and tak pikir apa orang nak cakap . huhu

terharu gila , nak nagis aku tengok . *ceh , macam aku girlfriend dia pulak . hahaha * however , good job bro , memang terbaik video anda . sangat terharu , sangat romantik and sangat sweet . confirm nagis la kekasih anda . hehe .

click here for that video . :)




Sunday, February 20, 2011

saya di tag . huhuhu

saya ditag oleh twin saya yang cantik dan comel . haha
so , jom jom jawab soalan dibawah ↓ :

1. Sila beritahu nama penuh kamu. Tak kisahlah sampai nama datuk , moyang kamu tuu.
♥ Nurul Liyana Binti Abd Salim

2. Kamu suka warna pink tak?
♥ Suka la juga , sebab saya jenis colourful . but , hijau sentiasa menjadi no 1 di hati saya . haha


3. Kalau kamu ditakdirkan bertemu dengan si pemberi taggie ni apa kamu nak cakap dengan dia?
♥ ILOVEYOU nyet ! mmuaahh . hehe

4. Siapa paling comel? MaherZain atau kamu?
♥ Obviously la saya . hehe *bukan nak perasan , tapi yakin dengan paras rupa sendiri .* hahaha

5. Mana lagi sedap, kek atau aiskrim ?
♥ dua dua sedap . yum yum !

6. Bila tarikh lahir si pemberi taggie ni? ( Kalau kamu ingat, kamu memang hebat)
♥ 30 Mei 1990 . :)

7. Ain Maisarah, siapakah dia ?
♥ eergh , sape itu ?

8. Ceritakan sejarah kamu membuat blog. Ikutlah sampai perenggan pun.
♥ sejarah ? haha . tak ada pun , saya anggap blog nie macam diary saya . cerita pasal kisah hidup saya , family , kekasih hati , teman teman samada dalam keadaan gembira , suka , sedih , bengang , marah , and bagai . haha . siapa yang terasa , dia rasa pedas . hikhikhik

9. Apabila hari jadi kamu, kamu nak saya ( pemberi taggie ini ) beri apa kat kamu ?
♥ kiss , adiah (wajib) , kek , and birthday song . hahaha :p

10. Taggie ni ada sepuluh so
alan jadi wajib tag sepuluh orang ya!

Tuesday, February 08, 2011

kerja .

hari ini : 8.02.2011 (1.33am)
lagi beberapa jam lagi aku kena bangun pergi kerja . huhuhu . tapi tak tidur tidur lagi .
masuk hari ini aku dah kerja 1 minggu 1 hari . *betul tak ea aku kira ? halal je la . huhuhu *

penat ! sumpah , sangat penat . tapi best , sebab dapat cuci mata . haha
tapi sama je , balik rumah dah start rasa penat .

1. apakah perkerjaan anda ?
= kerja aku nie promoter di sebuah kedai beg di ********** . haha *teka la sampai dapat *

2. best tak kerja anda ?
= best la juga , dapat cuci mata tengok beg lawa lawa and impossible untuk aku menjadi tuan kepada beg beg tersebut . -_-'
= dapat berkawan dengan orang Myanmar . hahahaha . best tau berkawan dengan diowg , enjoy je .

3. apa yang anda selalu buat di kedai tersebut ?
= if ada customers , syok sungguh ! haha . ada sales . if tak ada customers , boring tahap cipan nenek moyang diowg . sumpah ! sampai tertido tido pun ada . tak pun merenung masa depan , tu la kerja aku if tak ada customer .
= tak pun try try beg yang lawa , then tangkap gambar . hahaha

4. kenapa anda mahu bekerja ?
= sebabnya , bulan 3 nanti MARA aku akan distopkan , jadinye aku kena cari duit . untuk duit belanja bulan bulan yang akan datang . hehe .

apa lagi ea nak ditanya ? haha . mengong , sndiri tanya sendiri jawab .


apa ini ?
aku pun tak tahu . BORING !

baru kerja 1 minggu 1 hari , dah gemuk dah .
-_-'

ok , nie memang sah tak ada kerja .
fullstop .

suka gila beg nie .
tapi mahal . :(

cuba tengok patung nie , ada macam LILO & STITCH tak ?
huhu , tapi nie banyak corak kat badan dia . :D

yes ! muncung time .
haha

BORING TIME !

check stock baru time .
huhuhu




ok la , thats all for today , nak tidur . esok kerja . hehe