Assalammualaikum,
Hai there. Apa khabar? Ok la, make it fast. Sekarang gua dah pakai permanent braces. As you know, previously im wearing braces yang boleh sesuka hati kau buka. Hahahaha. So, there are few steps to be a METAL MOUTH. Hahahaha.
Aku buat braces nie dekat Klink Dr. Zarin. Want to know more detail about this Clinic? Kindly google it. Thank you. Hahaha. Tapi consider famous juga lah, sebab dia murah. 3k++ gua buat dekat dia.
So, on 11th April 2013, aku pergi jumpa Dr. Zarin.
1st Appointment:-
- Nak buat dengan Dr. Zarin, i mean 1st appointment must be on weekdays. NO WEEKEND. They will not entertain you.
- I woke up early in the morning, sebab nya aku google, ramai yang berkata klink nie ramai sangat manusia yang buat dengan dia. Well, murah kan? Obviously ramai, so kalau dah ramai how? Faham faham jela. Kena tunggu lama.
- Actually dia kena buat appointment, tapi disebabkan nak buat appointment tu kena tunggu bulan 7. Bulan 7 baru kau boleh pasang braces or buat acuan bagai. Demn, its too long to wait. So gua walk in je.
- Kalau walk in, kena sampai awal. Klink buka pukul 9, pukul 830am dah ramai orang. So aku kena sampai before 830am. Tapi doctor masuk pukul 10. Imagine la sendiri macam mana nak tunggu. Hahahahaha.
- So at 1st appointment, doc akan buat xray and ambil acuan gigi. Masa tu juga la doc cakap gua kena cabut 4 BATANG GIGI. Do you get it??? 4 BATANG! Demn, nak nangis dengar. Doc cakap gini " awak jangan buat muka nak nangis. Gigi awak jongang teruk." OK LAGI GUA DEMN! Jongang bai! Ok, sanggup cabut.
- Maaf gigi ku sayang, terpaksa berpisah dengan awak. T_T
|
So this will be the xray. Nie aku ambil kat google, but it similar with this one la. |
|
Yang nie pula acuan dia. Dia macam simen sikit. Hahaha. Nie aku ambil kat google juga, sebab pergi jumpa doc sorang, tak ada geng nak tolong snap pic. Masa doc letak dekat gigi, geli geli gua rasa. Nak muntah pun ada. Hahahaha. Lepas few minutes dia jadi keras. So bentuk gigi kita akan terukir. Ternyata gigi gua sangat buruk. Hahahaha. T_T |
That it for 1st appointment.
2nd Appointment:-
- At 2nd appointment, doc cakap dia takkan cabut gigi aku dulu. Dia akan pasangkan braces dahulu sebab dia nak tengok alignment gigi gua.
- Then bermula lah sesi pasang braces.
- Kena nganga mulut tu besar besar. Lenguh tak? Obviously no. Sebab doc ada letak 1 benda, tak tahu apa nama benda tu. tapi benda tu la yang akan support kita punya mulut. So that doc easy nak lekat biji braces tu.
- 1st pic gua pakai braces, gua ada upload dekat insta. Tak follow gua dekat insta? Its ok, you can refer my previous entry. Gua pakai favorite color gua, which is green. Hehehe.
- Dalam gambar tu, lu boleh nampak la wire tu semua senget bagai. Nampak la gigi gua nie teruk sangat. Sampai doc tak tahu nak pasang wire tu macam mana. Hahahaha. *Sedih*
- Mula mula pakai, aku rasa bangga. Dan dia tak sakit. Sumpah!! Tak sakit!! Tapi kau tengok la after 2 days. Haaaaaaaa. Mula lah meroyan sakit. Hahahahahaha. Nak cantik kan??? Sila lah hadap kesakitan itu. Sekian.
- Masa tu, mula la sesi mencari mash potato, bubur, roti. Senang cerita, benda lembut lembut. Kadang tu nak makan roti cecah milo pun tak syok. sebab bila nak gigit, Masya Allah. Sakit. So, aku pakai telan. Amacam? Berani mati? Makan mee, makan roti pakai telan? Alhamdulilah aku masih hidup, tak mati tercekik. Hahahaha
- Disini, aku bukan nak menakutkan orang yang nak pakai braces. Tapi setiap benda yang kita nak, mesti berkorban sikit la kan? Kalau semua benda yang kita nak, tak ada dugaan bagai. Tipu la tu. Sedangkan nak dapat score yang the best untuk exam, kita kena study smart. Betul tak? Begitu jugalah dengan braces.
- Tapi dia punya sakit sekejap je, betullllll. Sekejap je. Dalam dua minggu je. Lepas tu sila la melantak apa yang kau idamkan dengan segera.
- Tapi aku tak, aku still makan bubur. Sebab takut biji braces tercabut. Woi, kena bayar tau tak kalau tercabut.
|
So, nie la benda yang aku mentioned tadi. Untuk support mulut kita bila doc nak pasang biji braces tu. As usual, pic from google. |
|
Nie pic mula mula pasang braces. Gigi masih penuh. Masih mampu senyum lebar. Hahaha |
So, the end 2nd appointment. :)
3rd Appointment:-
- After 1 month pakai braces without cabut gigi apa apa. The 3rd appointment, aku kena cabut gigi.
- Kena cabut 2 BATANG GIGI atas. 2 BATANG ok!
- Doc asked me, sama ada aku nak cabut 1 batang or 2 batang dulu? Tapi disebabkan gua nak cepat settle, gua ambil risiko untuk cabut dua batang gigi belah atas.
- On that day, aku kena pergi wedding Nana. Not me, hahaha. Tapi member college. Nama nye pun nana. Tapi aku akan pergi rumah Deng dulu. Sebab deng je yang tahu rumah Nana.Before start drive, gua send pic dekat deng, dengan mulut penuh darah + kapas yang penuh dengan darah kiri kanan + hidung merah sebab tahan sakit. Deng dah risau dah. Hahahaha.Tak pernah pernah aku drive sampai 140, on that day gua drive laju gila. Sebab dah sakit sangat, bius pun dah nak habis time tu. Dari Ampang gua spend laju ke Sunway. Amik kau. Hahahahahahaha
- Gambar tu aku tak nak tunjuk, nanti korang tak nak buat braces. Wakakakakakaka.
- So, sakit dia as usual 2 weeks. Nak berus gigi susah. Terkena lubang tu, oouuchh! Menjerit gitu aku dalam toilet. Wakakakakaka
- Tapi part paling best, time malam after cabut gigi, darah dia jadi macam jelly. Macam best pula usik darah beku tu. Hahahahahaha.
- Then doc cakap, jumpa lagi seminggu. Nak cabut gigi bawah pula. Gluuupppp!
|
Haaaa. Pic 3rd appointment gua. Nampak? Masih mampu buat muka minta penampar. Hahahaha. Padahal tengah tahan sakit tu. |
The end 3rd appointment. :D
4th Appointment:-
- Apointment nie sama je dengan 3rd appointment.
- Kena cabut 2 batang gigi juga, tapi belah bawah.
- This time mama and my adik teman. Gila kau, tak sanggup nak drive kereta time cabut gigi.
- And this time nie juga la no pic. Sebab sakit sangat, tak tahu kenapa sakit sangat. Maybe sakit cabut gigi belah atas tak hilang lagi. Lepas tu kena cabut belah bawah pula.
- Tapi sebelum cabut gigi bawah, doc ada pasang SEPARATOR. Tahu apa benda tu? Dia macam getah warna biru. Ada juga color warna putih, tapi aku punya warna biru. And tujuan dia untuk merenggangkan gigi so that ada ruang doc nak letak band/ring dekat gigi geraham for the next appointment.
- Balik rumah makan ubat tahan sakit yang doc bagi. Then tidur. Actually tak dapat nak tidur sangat. Sebab sakit gila. Huhuhu. T_T
- The whole one week, gua cakap sama lu. Sakit dia yang teramat. Aku rasa sebab SEPARATOR tu. Sebab nya ada juga google, diorang cakap separator tu lagi sakit dari cabut gigi semua.
- Nak makan bubur pun payah. Sebab ngilu sangat! Serious. Tak tipu.
- As usual, bukan niat nak menakutkan orang yang nak buat braces. But this is fact! Hahahaha. TAPI, ada sesetengah orang, dia tak rasa sakit apa apa masa pakai braces. Maybe gusi dia pun besi kot, tu yang tak sakit. Hahaha
- Aku dapat turunkan berat aku dari 65 kg ---> 62kg. Ok la kan?? Kau mampu?
- Then doc cakap datang lagi dua minggu. Sebab doc cakap nak ketatkan braces pula. Adui dui dui dui yai. Hadap lerrr.
|
So, nie contoh SEPARATOR. After 1 week, 1 separator aku belah kiri atas hilang. Im wondering, masa makan ke aku telan getah tu?? Yakkkks!~ Hahahaha |
5th Appointment:-
- So this time kesemua empat gigi gua dah settle dicabutkan. *Ayat macam haram*
- And this time doc pasang band/ring. Nanti aku tunjuk pic tu ye.
- Motif pakai band/ring untuk pengikat dan menarik segala bagai braces tu.
- Nak nak macam aku nie gigi dah kemain rongak, so dengan ada nya band/ring nie, dia akan tarik semua gigi nie untuk bagi jarak. After jarak, aku tak tahu apa process nya. Sebab aku masih di tahap menjarakkan gigi aku. Hehehe
- Tapi dengar cerita after dah jarakkan gigi, aku kena pakai Power Chain pula, which means untuk merapatkan gigi pula. And Power Chain nie 2nd type of painful masa pakai braces selain SEPARATOR. Haaa. Get ready la na oi. Nanti gua dah pakai Power Chain, gua update ye. Hehehe
- And again this time saya tukar getah saya, warna kuning kau! Selamat sikit pakai color nie, kalau taik gigi terselit, aku boleh cover line "eh, itu bukan taik gigi, tu getah braces saya. Getah tu tercabut kot." Wakakakaakakaka! Nampak tak permainan dia?
|
Nie contoh Band/Ring. Sekarang aku punya gigi atas bawah pakai benda nie. |
|
Nampak tak yellow dia tu? Not really kan? Its ok, next appointment aku nak pakai color merah. Hahahaha |
So the end 5th appointment. Tomorrow will be my 6th appointment. Setelah 2 bulan aku bermaharajalela dengan makanan. Esok bermula la pengembaran sebagai seorang METAL MOUTH. Tukar getah!! Yeahhh! Warna merah!! Yeahhh! Ketatkan gigi!! Nahhhh! Sakitt!!! Ouccchh! T_T
Attached pic below, menunjukkan gigi aku sedang rongak teruk. Sekian.
Benda yang aku benci masa pakai braces:-
- Makan mee, bihun mesti terikat ikat dekat braces.
- Makan benda soft mesti comel je makanan tu tersekat dekat braces.
- Tak boleh nak makan beger + chocolate + icecream. Sebab apa? Sebab kena gigit guna gigi depan. Masalahnye sekarang, gigi depan gua tak boleh nak gigit benda keras.
- Tak dapat nak makan ayam sebersih bersihnya. Paling sedih tak dapat nak gigi tulang plastic ayam. Tak tahu? Ala, yang ada dekat setiap hujung tulang ayam tuuu. Sedap tu. Hanya pengemar ayam sahaja dapat menhayati makan tulang ayam. T_T
- Kena berus gigi dengan sopan, teliti, lama, sebab nak make sure gigi bersinar sinar. Lama wei. Bayangkan, aku mandi dah ambil masa setengah jam + gosok gigi 10 minutes. Pergi kerja kena bangun awal woii! Stress! (Klink Dr. Zarin ada provide berus gigi, wax, and berus kecil comel tu bersihkan celah celah gigi)
- Air liur suka meleleh time aku tidur or buat kerja tanpa aku sedar. Faham? Sebab gigi atas bawah kiri kanan aku tengah rongak. Stress!
- Tak berani nak keluar time hujan, sebab ramai orang suka menakutkan aku. Gigi berbesi, nanti petir terkena gigi besi kau. Nanti kau rentung, lepas tu kau mati. Ok, stress!
- Tak berani nak senyum lebar, sebab nanti orang pandang pelik dekat aku, sebab gigi aku rongak.
- Ulser berleluasa. Nasib baik ada wax.
- Itu jela kot. Hahahaha
Cost buat braces dekat Klink Dr. Zarin:-
- Total semua : RM 3725.00 ( Tengok gigi masing masing juga)
- Xray + Acuan gigi : RM 250.00 (Termasuk dalam TOTAL)
- Deposit (Mula mula pasang braces): RM500.00 (Termasuk dalam TOTAL)
- Peralatan cth (Berus gigi, wax, berus kecil comel): RM15.00 (Tak termasuk dalam TOTAL)
- Cabut gigi atas 2 batang, bawah 2 batang: RM240.00 (Tak termasuk dalam TOTAL)
- Tiap tiap bulan boleh bayar ansuran: RM100.00; RM150.00; RM200.00 (Ikut suka hati korang)
Sekian terima kasih. Will update once im done my next appointment.
Bye! Xoxo!