Blogging

Lilypie Angel and Memorial tickers

Friday, August 23, 2013

Braces Part #3 (Power Chain)

Assalammualaikum,
Here we go. This time is about Power chain. Tiba tiba je power chain, hahaha. Okla, bulan nie aku dah tukar getah braces and color dia warna pink. Haaa, gegurl gitu. Kau mampu? Tak suka sebenarnya warna pink, sebab buat aku nampak terlalu gadis. Hahahaha. Tapi tak ada pilihan, hadap jela.
 
Ok dah lupa nie appointment yang ke berapa dengan Dr Zarin. But for sure dah lama doc tak cuci gigi gua. So bila doc tak cuci, plag gigi memang seronok la beranak kat gigi. Yang peliknya, gigi belah atas is fine. Tapi belah bawah, MasyaAllah. Plag diaaaaaa, seronok diorang melekat kat tepi braces, celah gigi belubang dll.
 
Raya ke-5 tengah hari pergi jumpa doc. Tak ramai orang, alhamdulilah. Tunggu 15minutes je, then nurse panggil. Mula mula masuk gua dah suruh doc cuci gigi gua dulu. Sebab tak tahan nak tengok, at the end kena marah.
 
"Kau kalau expect aku nak cuci gigi kau tiap kali kau datang, memang tak. Tolongla rajinkan diri berus gigi tu. Aku akan cuci gigi kau 3 bulan sekali je. Tolong la. Jangan sampai aku marah kau lagi." Gluppp. T_T
 
Lepas doc dah cuci, dia suruh nurse amik dawai 016. Aku tak tahu la dawai apa, yang penting dawai tu tebal gila. And dawai tu dipasang gigi bawah aku. Lepas pakai dawai tu, then kena la pakai power chain. Power chain tu getah yang bersambung. Jap lagi aku tunjuk pic tu.

Motif aku kena pakai power chain sebab doc cakap gigi bawah aku tak rata. Means gigi dari belakang rata je, sampai depan dia dah ternaik, macam gunung la. Tak tahu la nak explain macam mana, nak cari pic kat google pun tak tahu nak taip macam mana. Hahahaha.

Senang cerita sekarang nie, doc nak tanam gigi depan aku kebawah sikit. Lepas tu, baru dia akan ratakan gigi pula. Sekarang gigi gua masih belubang. Doc cakap "Kau jangan nak perasan gigi kau boleh rapat dengan cepat. Gigi bawah kau yang depan tak rata dengan yang belakang, sekarang nak ratakan." And doc cakap it may take 3 months or more than that untuk ratakan gigi depan supaya sama rata dengan belakang. Hmm. Sedih!
 
Lepas doc pasang, gigi gua macam ada batu itu dalam. Sakit!! Berat gilaaa! 4 hari juga la xboleh makan benda keras. Hari ke 5 gua main telan kerepek, mood raya lagi kn. Orang lain sedap je makan kerepek, tapi aku pandang je. Sedih tahu tak! Tapi aku mengunyah memang macam perempuan melayu terakhir la. Makan tutup mulut, ngunyah pelahan lahan, gigit pelahan lahan. Sumpah sopan, siapa rasa nak sopan masa makan. Sila pakai braces. Bye! Hahahaha.
 
 
Haa, nie belah atas. Getah biasa, tapi warna pink. Abaikan la muka yang gedik tahap tak boleh bawa berbincang dah.
Yang nie belah bawah, Nampak getah dia bersambung? Lagi sekali, abaikan muka tu. Peratikan getah tu je. Hihi
 
So thats it for this entry. Till we meet again for the next entry about Diet. Hahahaha. Poyo je tajuk, inshaAllah.
Tata! Xoxo ♥ 

Monday, August 19, 2013

Spontan

Hidup berlansung secara spontan
Kadang kala kejam dan menyakitkan
Terimalah dengan kerelaan & keterbukaan.

SEKSI OVARI - Fazleena Hishamuddin

Sunday, August 18, 2013

Salam Aidil Fitri - 2013

Assalammualaikum,

Yeah, dah raya ke-10 baru nak update pasal raya, oh sangat awesome. Biasalah, orang yang busy memang selalu update blog lambat. Ok, malas membebel. Kali nie aku berjanji nak buat entry yang semua bahasa melayu. Tak ada english malay atau secara scientific BAHASA ROJAK.

So raya tahun 2013, hmm. Tak tahu nak cerita, hahaha. Bagi aku biasa, nothing special. Tak ada nak excited sangat. Excited bila the day before raya gua kena kerja, duk countdown dekat ofis. Okla, tak boleh nak lari dari BAHASA ROJAK la. Hmm.

Hari rabu kerja sampai pukul 3pm, drive balik rumah dengan pantas, dengan niat nak kemas rumah. Sebab rumah tak kemas. At last, gua pengsan sampai mahgrib. Lepas isyak start kemas, sampai 4pagi. Pukul 2-3 pagi ktorang duk  sedap vacuum itu ini. Bayangkan duk rumah flat, pasang vacuum yang memang khas untuk cleaning, bunyi dia jadi apa?? Memang bergegar 1 flat. Tapi kami buat bodoh, raya kan? Jiran mesti faham. Sedangkan jiran depan rumah duk mengecat rumah sampai pukul 4pagi juga. Nak kata apa?

 Mama and adik duk memasak. Kenapa bukan aku yang tolong mama? Sebab adik gua tak reti kemas rumah. Gua kemas rumah, semua gua buang. Habuk make sure 1 pun tak wujub, pagi raya nampak atas tv dah ada habuk sikit, memang meroyan la aku pagi raya. Ok, malas nak membebel.

*Oh ya, mama masak rendang daging dengan kuah kacang je. Katanya nak balik kampung pagi raya. Jahanam braces aku makan daging. Hmm*

Pagi raya makan rendang bagai, bermaaf maafan, pergi kubur arwah atuk and arwah uncle hisham gua. Ok, gua termenangis. Sebab gua rindu depa. Sangat! Yang tersangat! T_T

Balik rumah kemas beg, siap siap. Gerak balik Johor - Batu Pahat. 

Pakwe sebelah nie encem kan? Tengok kakak dia la weiiii.

Encem dan cun kan dua orang nie? Tengok anak anak dia la weiii.

Berjumpa family auntie aku dekat Nilai. Macam biasalah, dah jumpa geng batak dengan camera. Hmm. Faham faham jela.

Comel comel belaka kan? Tengok la cucu siapa weiiii.

Sampai kampung mahgrib kot. Lepas tu raya dua rumah je. Do you get it?? DUA rumah! Hmm. Ok, macam biasalah, dapat sepupu gila batak camera, dapat dua pupu pun batak camera. Memang tak boleh nak bawa berbincang dah la.






So sekian untuk raya pertama. Raya kedua, macam biasa, beraya dua rumah juga. Hmm lagi sekali. Tu sebab gua cakap takde nak excited mana raya tahun nie. Hahahahaha. So layan jela pictures yang tak seberapa nak awesome sangat. Sekian.

Macam biasa la, bajet Model gitu posing nye.. 

Terfocus bunga. Layan.......

Orang dah batak camera, memang macam nie. Orang lain tak ready, dia dah sengih awal awal.

Part of my family.


Them. Baru dua family. Belum 3 4 5 6 7 8 family lagi. Kecoh! Hahaha

Again. Heart them! 

And this!! My lovely family! Love you mama papa min! 


Serba Hijau.... Biasa la peminat tegar hijau! :D

Mama and ibu Lota.

Lagi. Orang batak camera. Wakakaka

With dua pupu kami, Izaty. Katanya, tak nak lah amik gambar. Pakai baju buruk. Dik, berdiri senyap2 dan memberi senyuman yang manis, dah cukup cantik. 

Lagi. Orang batak camera.

Ok, thats all for today! Hehehe.
Tak lambat lagi kan gua nak wish hari raya? Kata raya sebulan, nie baru raya ke10. Hehehe
Selamat Hari Raya AidilFitri, Maaf Zahir dan Batin.
From,
Nurul Liyana Abd Salim.
XOXO




Wednesday, August 07, 2013

Iftar With Love

Assalammualaikum,
 
Dah nak raya dah! Ye, esok raya dah. Means kita dah berpuasa selama 29 hari sudah. Yeke? Macam salah je. Hahahaha. Siapa dah beraya awal? Sila buat gini -..- hahahaha. Gua dah beraya awal, tapi dapat berpuasa balik. Alhamdulillah. Anyway, just wanna share aku iftar with all my buddies and the love one.
 
Time puasa nie la kan kita nak gather with others kan? So here we go. 1st with Lalink ain theera. Lalink is my collegemate and also my ex colleague. Meanwhile ain and atheera also my ex colleague. Macam biasa, banyak hot story about office lama gua, so gossip la kejap. Hahahahhaa. Memang mengutuk orang no 1 ktorang nie. Hihihi. Kitorang berbuka dekat Kenny Rogers dekat KL Sentral. Then pergi solat sesame semua. Memang have fun, sebab dah lama tak lepak dengan diorang semua. Kalau dulu lunch together bagai, sekarang lunch sorang sorang. Apa hal entah nak sedih semua nie. Ini semua poyo. Puiiihhh. Hahahaha
 
From left ain, atheera and lalink gua..


2nd is with Jaja and Deng gua. FYI ktorang dah beraya on that day, tapi semua macam berpuasa je. Hahahhaa. Yela, mana tak nya, tak makan tak minum macam orang puasa. Ktorang berbuka dekat Mid The Fish Manhattan Market. Sebab memasing mengidam nak makan tu.
 
Aku dengan deng sampai awal, so we decide nak pergi book tempat. Sebab siang tu ja ada call, and orang tu  cakap walk in and they don't accept reservation. Madafak! Sampai sana kemain awal, lepas tu dia cakap "Im sorry, fully booked." Ok, serious aku buat muka paling haram. Sakit hati woi. Disebabkan memasing tak puasa, apa lagi ayat ayat yang agak tak manis keluar dari mulut kteorang la. Huhuhu.
 
So, ktorang pun lepak la dekat burger king, sebelah Manhattan tu. Duduk sana bersahaja, borak gossip gelak tak ingat dunia, sampai orang pandang ktorang macam ktorang nie hina sangat. Madafak lagi sekali. Hahahahaha. Gelak je pun, tak perlu nak pandang macam haram.

 
 
So nie la muka kami yang konon konon nya penat berpuasa, padahal................ Faham faham jela. Hahaha. So ktorang berbuka dengan secawan air Ice Lemon Tea and large Fries from Burger King. Berebut semua nak makan and minum, sebab memasing kebulur. Hehehehe. Pukul 8 baru ktorang masuk Manhattan. Makan tak ingat dunia juga la. Hahahahaha. Tapi serious, I don't like their services. Like !# @$$@$~. Ok Sekian.
 
 
 
 
So memasing pulang dengan muka senyum. Sebab kenyang and dapat melantak Chatime. Anyway thank you Ja for the treat at Manhattan, and thank you for myself for the treat at Chatime and thank you Deng for parking treat. Hahahahaha
 
3rd, berbuka dengan Abang kesayangan and akak kesayangan gua and juga aini. Hehehe. Kak miza dating jemput aku, then boleh pula side mirror dia patah, so kena la bawa kereta tu romantic sikit. Hahaha. Dugaan betul bagi orang yang bakal berkahwin nie. Lepas sampai Klang, ktorang shopping sakan dekat GM Klang, lepas tu baru pergi office abang, jemput dia. Lepas tu, pergi berbuka area office abang. Lepas tu balik office dia, main bunga api. Hahahaha. Actually office abang is tempat lori nak loading semua. Bayangkan ktorang slumber je main bunga api dekat situ. Hihihi.
 
Lepas tu pergi Jusco Bukit Tinggi pula. Lepas tu pergi Jalan TAR. Nampak tak ktorang punya shopping sakan macam mana? Hahahahaha
 

 
 
So, the end for this entry. Selamat Hari Raya Everybody!!!!!! Siapa yang nak balik kampong, drive safely. Yang nak main mercun, bunga api bagai, main elok elok.
 
Ok! Bye semua. XOXO