Assalammualaikum,
Here we go. This time is about Power chain. Tiba tiba je power chain, hahaha. Okla, bulan nie aku dah tukar getah braces and color dia warna pink. Haaa, gegurl gitu. Kau mampu? Tak suka sebenarnya warna pink, sebab buat aku nampak terlalu gadis. Hahahaha. Tapi tak ada pilihan, hadap jela.
Ok dah lupa nie appointment yang ke berapa dengan Dr Zarin. But for sure dah lama doc tak cuci gigi gua. So bila doc tak cuci, plag gigi memang seronok la beranak kat gigi. Yang peliknya, gigi belah atas is fine. Tapi belah bawah, MasyaAllah. Plag diaaaaaa, seronok diorang melekat kat tepi braces, celah gigi belubang dll.
Raya ke-5 tengah hari pergi jumpa doc. Tak ramai orang, alhamdulilah. Tunggu 15minutes je, then nurse panggil. Mula mula masuk gua dah suruh doc cuci gigi gua dulu. Sebab tak tahan nak tengok, at the end kena marah.
"Kau kalau expect aku nak cuci gigi kau tiap kali kau datang, memang tak. Tolongla rajinkan diri berus gigi tu. Aku akan cuci gigi kau 3 bulan sekali je. Tolong la. Jangan sampai aku marah kau lagi." Gluppp. T_T
Lepas doc dah cuci, dia suruh nurse amik dawai 016. Aku tak tahu la dawai apa, yang penting dawai tu tebal gila. And dawai tu dipasang gigi bawah aku. Lepas pakai dawai tu, then kena la pakai power chain. Power chain tu getah yang bersambung. Jap lagi aku tunjuk pic tu.
Motif aku kena pakai power chain sebab doc cakap gigi bawah aku tak rata. Means gigi dari belakang rata je, sampai depan dia dah ternaik, macam gunung la. Tak tahu la nak explain macam mana, nak cari pic kat google pun tak tahu nak taip macam mana. Hahahaha.
Senang cerita sekarang nie, doc nak tanam gigi depan aku kebawah sikit. Lepas tu, baru dia akan ratakan gigi pula. Sekarang gigi gua masih belubang. Doc cakap "Kau jangan nak perasan gigi kau boleh rapat dengan cepat. Gigi bawah kau yang depan tak rata dengan yang belakang, sekarang nak ratakan." And doc cakap it may take 3 months or more than that untuk ratakan gigi depan supaya sama rata dengan belakang. Hmm. Sedih!

Lepas doc pasang, gigi gua macam ada batu itu dalam. Sakit!! Berat gilaaa! 4 hari juga la xboleh makan benda keras. Hari ke 5 gua main telan kerepek, mood raya lagi kn. Orang lain sedap je makan kerepek, tapi aku pandang je. Sedih tahu tak! Tapi aku mengunyah memang macam perempuan melayu terakhir la. Makan tutup mulut, ngunyah pelahan lahan, gigit pelahan lahan. Sumpah sopan, siapa rasa nak sopan masa makan. Sila pakai braces. Bye! Hahahaha.
Haa, nie belah atas. Getah biasa, tapi warna pink. Abaikan la muka yang gedik tahap tak boleh bawa berbincang dah. |
Yang nie belah bawah, Nampak getah dia bersambung? Lagi sekali, abaikan muka tu. Peratikan getah tu je. Hihi |
So thats it for this entry. Till we meet again for the next entry about Diet. Hahahaha. Poyo je tajuk, inshaAllah.
Tata! Xoxo ♥
0 people stalking this entry. hewhew :
Post a Comment