Blogging

Lilypie Angel and Memorial tickers

Friday, October 11, 2013

Singapore Trip Part #2

Assalammualaikum,

Kononnya "Cont next entry. Esok gua update!" which is yesterday, tapi 1 pun tak jalan. Huhuhu. Busy yang teramat, sampai rumah pun dah penat. Okla, nak sambung buat karangan untuk exam. Hehehe

Where do i stop? ............

Oh ya, sampai Woodland check point pukul 0730am. Ktorang terus naik bus 170 kot, boleh sampai ke MRT Kranji. Itu MRT paling dekat dengan Woodland check point. Pasal no bus tu, toksah nak risau, sepanjang laluan nak ke station bus tu, ce pandang atas, no no bus nak ke mana semua ada. Ye, kena pandang atas. Sekian.

Sampai MRT Kranji, ktorang singgah toilet sat, sebab masing masing baru bangun tidur, dengan tak cuci muka, tak mandi bagai, so we need to wash our face untuk mendapatkan kesegaran untuk teruskan perjalanan yang konon kononnya bag packer. Hahahaha. 

Masa nak beli ticket tu, ada staff MRT tunggu dekat machine ticket tu. FYI, dekat Singapore no such thing kau nak beli ticket dekat counter, semuanya kena beli thru machine yang telah disediakan, harap maklum ye anak anak. Korang boleh tukar small change je dekat counter tu.

So amoi tu pun tanya la, "where u guys want to go?" Gua dengan confident and budget my english very the good good one menjawab "we all wanna purchase the tourist pass. Where can we get it? I mean the nearest station?" Dia suggest ktorang pergi Ang Mo Kio. 

Sebenarnya ktorang tahu boleh purchase dekat MRT Ang Mo Kio tu, tapi dah dia semangat tanya, ktorang pun harus la semangat menjawab. Kononnya tourist yang acah acah tak tahu jalan. Padahal dah survey habis mana nak beli tourist pass, what time the counter open, how much and bla bla bla.

Amoi tu dengan baik hati tolong kami tekan tekan untuk keluarkan tickets tu. Thank you amoi!! Hehehe. Ok, that time dah pukul 0800am and it is Thursday! Working day der, train penuh dengan manusia nak pergi kerja. Tolak tolak bagai, ala macam dekat Malaysia la. 

Nothing different, the different is escalator dia laju gila nak mampos. Siapa tak biasa, confirm boleh tergolek. Hahahaha. AND their culture, semua macam wajib pegang phone dalam train. Serious! Semua! 

Aku boleh imagine orang orang yang nak pergi kerja mesti sumpah and maki hamun ktorang dalam hati depa, sebab semak dalam train time orang nak pergi kerja. Dah la memasing bawa beg besar besar. Hahahahaha. Sebab dekat Malaysia, aku pun macam tu. Pantang ada orang yang bukan nak pergi kerja time pagi semak dalam train. Especially, atuk atuk nenek nenek yang suka naik train sampai pudu, sebab nak minum kopi dengan geng2. Sakit hati! Serious again!

Dah alang alang semak and buat orang Singapore sakit hati dalam train tu, kita tambah lagi sakit hati diorang. SNAP PICTURES! Yeahhh! Hahahahaha

Deng - Muka baru bangun + tak mandi. Hahahaha

Ain - Muka baru bangun + Tak mandi. Hihihi

Metal Mouth - Muka baru bangun + tak mandi juga. kahkahaha

Mati la aku kalau diorang tahu aku upload pic muka masing masing minta kaki. Hahahaha


Motive pic nie? Nope caption actually. Hahaha
Model model signboard ANG MO KIO. :)


Pic above, Tourist Pass yang aku mentioned. Maafkan saya sebab lupa nak rotate. Hehehe. Disebabkan ktorang stay sana 3D2N, ktorang beli la pass yang tahan untuk 3 hari. Total $30. After dah 3 hari, kita boleh refund card tu and dapat balik $10. Means overall untuk transport $20 je, $10 tu untuk deposit.

Tapi kalau tak nak pulangkan pun tak apa, let say nak buat kenangan kan? For us, no such thing kenangan bagai, gambar je dah cukup. If money, no way. Hahahaha. $10 convert RM dah 20. Haaaa. Siapa nak bagi korang RM20?

Lepas tu dengan senang lenang la kami naik train + sesak gila + ramai gila orang dalam train tu untuk ke hotel pula. Masa tu, sumpah bahu masing masing macam nak patah 10. Serious! Konon lagi sekali nak jadi bag packer, tapi angkat berat sikit dah nak mati. Hahaha

Hotel ktorang dekat Rd 20 Geylang - 81 Gold Hotel. 3D2N total RM3++ kot, tak ingat la. Tapi sorang kena bayar RM96 kot. Hehehehe. LUPA LAGI!! Maafkan saya. Senang cerita tak lebih dari RM400. Oh ya, hotel tu ktorang book dekat Agoda. :)

Ktorang pun stop la dekat MRT Aljunied. Disebabkan memasing macam nak mati, aku pun dengan slumber tanya abam dekat MRT tu ada tak bus nak ke Geylang lorong 20. Tapi abam tu sombong gila, jawab macam nak minta penampar dari aku, ok sabar na. Dia cakap "dekat je hotel nie, no need take bus. From this station, u just go straight and second junction u turn right." Ok noted!! 

At the end ktorang sesat entah kemana. Hahahahaha. dekat 20 minutes juga la jalannya. Padahal it just take 10 minutes dari hotel nak ke station tu. Ok, bahu dah patah masa tu. 

Dah jumpa hotel, masing masing senyap. Yela, budget hotel kan? So memang budget habis la. Hahahaha. Tapi for us, tak apa, asalkan ada bantal, aircond, tilam, toilet. Enough! Masa sampai hotel tu around 11am, tapi ktorang boleh check in 1200noon sahaja. Nak check in awal kena bayar $15. Memang tak la woiiiii nak bayar lebih, ktorang pun duduk la dekat lobi yang tak macam lobi, sebab kecik. Hahahaha.

Luar hotel lupa nak snap, lobi dia lupa nak snap, reception lupa nak snap, laluan ke bilik lupa nak snap. SEBAB, dah penat. Hehehe.

Tapi Ain ada snap few pictures yang memang agak buruk sebab bersempah nak gila. Hehehe. Biasala, keluar pagi balik malam. Tak ada masa nak kemas. Lagipun nak ada cleaning services. *malas tetap malas*

Toilet dia. Simple. Arrgghh, dun care. As long as I can get my body fresh. :D

Itu dia katil, sempit kan? Deng nak berdiri pun sempit. Tepi tu ktorang letak beg beg semua. Abaikan suasana bilik nie. Hehehe. Time nie ktorang dah nak balik dah. Tapi singgah Cove Park jap. :)

Sebelah katil, meja solek. 

So, simple kan? ok la kan? As long as ada toilet, katil, cermin dah cukup dah. :)





Yang atas tu aku attached no bus yang available dekat Singapore. Hehehe. Ok, next entry aku update lagi ye anak anak.

Sekian! Genight! XOXO

Wednesday, October 09, 2013

Singapore Trip Part #1

Assalammualaikum Mr. Blog,

Dah lama tak membebel dekat sini, make it fast, entry nie akan cerita segala galanya tentang trip gua ke Singapore last week. Semangat bai gua nak update nie. So, bismillah.

Singapore? Bukannya gua tak pernah pergi, dah 2 kali dah, masuk last week dah kali ke 3. Tapi sebelum nie gua tak pernah nak jalan sepuas hati, always ada limit, sangat seksa hati nie kalau tak rasa puas. OVER. Yes, i know. Thank you.

Gua pergi Singapore dengan Ain and Farah. Ain ex colleague gua, Farah pula teman serumah, sebantal, selaptop, setoilet, setuala, sepinggan, secawan, segala SE gua masa dekat kolej. Wooooiiii! Merapu dah! Next!!

So, we decided to take train from KL Sentral to Woodland check point. Rabu lepas (2nd Oct 2013) ktorang gerak pukul 1030pm from KLSentral. Ktorang kerja on that day, tapi mood kerja masing masing dah hilang. 

Jakun bai, naik train ada katil. Hahahahahaha. Maafkan kami yang jakun nie. Tapi kena berkumpul dekat Gate masuk train tu setengah jam lebih awal. So, pukul 1000pm memasing dah semangat gila. Dengan beg pack yang besar, kononnya nak jadi backpacker laaaaaaaaaaa! At the end time balik tambah beg, hahahahahaha.

Sementara tunggu Gate buka. 

From left: metal mouth, Farah, and Ain.


Disebabkan  perjalanan kami dalam 7jam, we decided to choose yang ada katil. Boleh ktorang rehat. So nie la katil yang dalam train tu. Selesa tu tak la, tapi ok la. Jangan nak berangan la katil tu brand paling awesome ok! 
Amount untuk katil nie murah je, bagi aku murah la. Hehehe. Pergi balik RM92.00 (Katil Bawah) RM90.00 (Katil Atas). Murah kan? Lempang kang kalau korang cakap mahal! Pergi cari flight tengok, boleh dapat murah tak. Choiii!

Naik je train, borak borak dulu. Jakun kan? Farah dengan Ain kononnya first time keluar dari Malaysia, excited lebih. Hahahaha. Pukul 12lebih juga la memasing start tutup langsir and pengsan! Around 7am, ktorang dah sampai JB Sentral, masa tu ada la abam abam kastam datang check passport. *Tak sure abam kastam ke apa, for sure they are wearing blue uniform and for sure again not police*

Agak lama train tu stop dekat JB Sentral, disebabkan gatai minum banyak air, gua teringin nak kencing. Masuk la toilet dalam train tu. Pesanan ikhlas dari NL: SILA TAHAN KENCING ANDA SAMPAI WOODLAND CHECK POINT. SEBAB TOILET DEPA MASYA ALLAH, KALAH PERFUME ORIGINAL BAI. Sekian.

Pukul 730am juga la train start bergerak nak ke Woodland Check Point, and aku sempat snap Sunrise. 

Tarra! Cantik kan? Indah Sungguh ciptaan Allah. No edit, no filter, no smooth bagai and bla bla bla.

Jejak je kaki dekat Woodland Check Point means kami dah sampai. Line Umobile pun start hilang. Ain dengan Farah blur gila. Yela, masing masing baru bangun, kena aku jerit "Korang, kita dah sampai SINGAPORE! Ini la Singapore!" Baru la depa muka excited balik. Hahahaha.. 


Then ktorang nak beli Tourist Pass. Memang murah, berbaloi. Kalau plan nak pergi Singapore and jalan jalan guna public transport, gua suggest beli Tourist Pass.
..
..
..
..
..
..
..
Cont next entry, esok gua update! 
Nak tidur, esok kerja bai. 
Genight! Assalammualaikum 
XOXO