Blogging

Lilypie Angel and Memorial tickers

Saturday, December 28, 2013

Pedih

Agak pedih bila kita sayang seseorang tu dalam diam.
Walaupun dia dah tahu perasaan kita. Tapi reaksi dia macam .........................

Ya Allah benci perasaan macam nieee.  Aku hanya mampu menangis.

Hahahaha. Itu la perempuan, menangis je yang mampu untuk legakan hati tuu.

I know it sound stupid, tapi itu je cara paling berkesan untuk hilang rasa pedih.

Friday, October 11, 2013

Singapore Trip Part #2

Assalammualaikum,

Kononnya "Cont next entry. Esok gua update!" which is yesterday, tapi 1 pun tak jalan. Huhuhu. Busy yang teramat, sampai rumah pun dah penat. Okla, nak sambung buat karangan untuk exam. Hehehe

Where do i stop? ............

Oh ya, sampai Woodland check point pukul 0730am. Ktorang terus naik bus 170 kot, boleh sampai ke MRT Kranji. Itu MRT paling dekat dengan Woodland check point. Pasal no bus tu, toksah nak risau, sepanjang laluan nak ke station bus tu, ce pandang atas, no no bus nak ke mana semua ada. Ye, kena pandang atas. Sekian.

Sampai MRT Kranji, ktorang singgah toilet sat, sebab masing masing baru bangun tidur, dengan tak cuci muka, tak mandi bagai, so we need to wash our face untuk mendapatkan kesegaran untuk teruskan perjalanan yang konon kononnya bag packer. Hahahaha. 

Masa nak beli ticket tu, ada staff MRT tunggu dekat machine ticket tu. FYI, dekat Singapore no such thing kau nak beli ticket dekat counter, semuanya kena beli thru machine yang telah disediakan, harap maklum ye anak anak. Korang boleh tukar small change je dekat counter tu.

So amoi tu pun tanya la, "where u guys want to go?" Gua dengan confident and budget my english very the good good one menjawab "we all wanna purchase the tourist pass. Where can we get it? I mean the nearest station?" Dia suggest ktorang pergi Ang Mo Kio. 

Sebenarnya ktorang tahu boleh purchase dekat MRT Ang Mo Kio tu, tapi dah dia semangat tanya, ktorang pun harus la semangat menjawab. Kononnya tourist yang acah acah tak tahu jalan. Padahal dah survey habis mana nak beli tourist pass, what time the counter open, how much and bla bla bla.

Amoi tu dengan baik hati tolong kami tekan tekan untuk keluarkan tickets tu. Thank you amoi!! Hehehe. Ok, that time dah pukul 0800am and it is Thursday! Working day der, train penuh dengan manusia nak pergi kerja. Tolak tolak bagai, ala macam dekat Malaysia la. 

Nothing different, the different is escalator dia laju gila nak mampos. Siapa tak biasa, confirm boleh tergolek. Hahahaha. AND their culture, semua macam wajib pegang phone dalam train. Serious! Semua! 

Aku boleh imagine orang orang yang nak pergi kerja mesti sumpah and maki hamun ktorang dalam hati depa, sebab semak dalam train time orang nak pergi kerja. Dah la memasing bawa beg besar besar. Hahahahaha. Sebab dekat Malaysia, aku pun macam tu. Pantang ada orang yang bukan nak pergi kerja time pagi semak dalam train. Especially, atuk atuk nenek nenek yang suka naik train sampai pudu, sebab nak minum kopi dengan geng2. Sakit hati! Serious again!

Dah alang alang semak and buat orang Singapore sakit hati dalam train tu, kita tambah lagi sakit hati diorang. SNAP PICTURES! Yeahhh! Hahahahaha

Deng - Muka baru bangun + tak mandi. Hahahaha

Ain - Muka baru bangun + Tak mandi. Hihihi

Metal Mouth - Muka baru bangun + tak mandi juga. kahkahaha

Mati la aku kalau diorang tahu aku upload pic muka masing masing minta kaki. Hahahaha


Motive pic nie? Nope caption actually. Hahaha
Model model signboard ANG MO KIO. :)


Pic above, Tourist Pass yang aku mentioned. Maafkan saya sebab lupa nak rotate. Hehehe. Disebabkan ktorang stay sana 3D2N, ktorang beli la pass yang tahan untuk 3 hari. Total $30. After dah 3 hari, kita boleh refund card tu and dapat balik $10. Means overall untuk transport $20 je, $10 tu untuk deposit.

Tapi kalau tak nak pulangkan pun tak apa, let say nak buat kenangan kan? For us, no such thing kenangan bagai, gambar je dah cukup. If money, no way. Hahahaha. $10 convert RM dah 20. Haaaa. Siapa nak bagi korang RM20?

Lepas tu dengan senang lenang la kami naik train + sesak gila + ramai gila orang dalam train tu untuk ke hotel pula. Masa tu, sumpah bahu masing masing macam nak patah 10. Serious! Konon lagi sekali nak jadi bag packer, tapi angkat berat sikit dah nak mati. Hahaha

Hotel ktorang dekat Rd 20 Geylang - 81 Gold Hotel. 3D2N total RM3++ kot, tak ingat la. Tapi sorang kena bayar RM96 kot. Hehehehe. LUPA LAGI!! Maafkan saya. Senang cerita tak lebih dari RM400. Oh ya, hotel tu ktorang book dekat Agoda. :)

Ktorang pun stop la dekat MRT Aljunied. Disebabkan memasing macam nak mati, aku pun dengan slumber tanya abam dekat MRT tu ada tak bus nak ke Geylang lorong 20. Tapi abam tu sombong gila, jawab macam nak minta penampar dari aku, ok sabar na. Dia cakap "dekat je hotel nie, no need take bus. From this station, u just go straight and second junction u turn right." Ok noted!! 

At the end ktorang sesat entah kemana. Hahahahaha. dekat 20 minutes juga la jalannya. Padahal it just take 10 minutes dari hotel nak ke station tu. Ok, bahu dah patah masa tu. 

Dah jumpa hotel, masing masing senyap. Yela, budget hotel kan? So memang budget habis la. Hahahaha. Tapi for us, tak apa, asalkan ada bantal, aircond, tilam, toilet. Enough! Masa sampai hotel tu around 11am, tapi ktorang boleh check in 1200noon sahaja. Nak check in awal kena bayar $15. Memang tak la woiiiii nak bayar lebih, ktorang pun duduk la dekat lobi yang tak macam lobi, sebab kecik. Hahahaha.

Luar hotel lupa nak snap, lobi dia lupa nak snap, reception lupa nak snap, laluan ke bilik lupa nak snap. SEBAB, dah penat. Hehehe.

Tapi Ain ada snap few pictures yang memang agak buruk sebab bersempah nak gila. Hehehe. Biasala, keluar pagi balik malam. Tak ada masa nak kemas. Lagipun nak ada cleaning services. *malas tetap malas*

Toilet dia. Simple. Arrgghh, dun care. As long as I can get my body fresh. :D

Itu dia katil, sempit kan? Deng nak berdiri pun sempit. Tepi tu ktorang letak beg beg semua. Abaikan suasana bilik nie. Hehehe. Time nie ktorang dah nak balik dah. Tapi singgah Cove Park jap. :)

Sebelah katil, meja solek. 

So, simple kan? ok la kan? As long as ada toilet, katil, cermin dah cukup dah. :)





Yang atas tu aku attached no bus yang available dekat Singapore. Hehehe. Ok, next entry aku update lagi ye anak anak.

Sekian! Genight! XOXO

Wednesday, October 09, 2013

Singapore Trip Part #1

Assalammualaikum Mr. Blog,

Dah lama tak membebel dekat sini, make it fast, entry nie akan cerita segala galanya tentang trip gua ke Singapore last week. Semangat bai gua nak update nie. So, bismillah.

Singapore? Bukannya gua tak pernah pergi, dah 2 kali dah, masuk last week dah kali ke 3. Tapi sebelum nie gua tak pernah nak jalan sepuas hati, always ada limit, sangat seksa hati nie kalau tak rasa puas. OVER. Yes, i know. Thank you.

Gua pergi Singapore dengan Ain and Farah. Ain ex colleague gua, Farah pula teman serumah, sebantal, selaptop, setoilet, setuala, sepinggan, secawan, segala SE gua masa dekat kolej. Wooooiiii! Merapu dah! Next!!

So, we decided to take train from KL Sentral to Woodland check point. Rabu lepas (2nd Oct 2013) ktorang gerak pukul 1030pm from KLSentral. Ktorang kerja on that day, tapi mood kerja masing masing dah hilang. 

Jakun bai, naik train ada katil. Hahahahahaha. Maafkan kami yang jakun nie. Tapi kena berkumpul dekat Gate masuk train tu setengah jam lebih awal. So, pukul 1000pm memasing dah semangat gila. Dengan beg pack yang besar, kononnya nak jadi backpacker laaaaaaaaaaa! At the end time balik tambah beg, hahahahahaha.

Sementara tunggu Gate buka. 

From left: metal mouth, Farah, and Ain.


Disebabkan  perjalanan kami dalam 7jam, we decided to choose yang ada katil. Boleh ktorang rehat. So nie la katil yang dalam train tu. Selesa tu tak la, tapi ok la. Jangan nak berangan la katil tu brand paling awesome ok! 
Amount untuk katil nie murah je, bagi aku murah la. Hehehe. Pergi balik RM92.00 (Katil Bawah) RM90.00 (Katil Atas). Murah kan? Lempang kang kalau korang cakap mahal! Pergi cari flight tengok, boleh dapat murah tak. Choiii!

Naik je train, borak borak dulu. Jakun kan? Farah dengan Ain kononnya first time keluar dari Malaysia, excited lebih. Hahahaha. Pukul 12lebih juga la memasing start tutup langsir and pengsan! Around 7am, ktorang dah sampai JB Sentral, masa tu ada la abam abam kastam datang check passport. *Tak sure abam kastam ke apa, for sure they are wearing blue uniform and for sure again not police*

Agak lama train tu stop dekat JB Sentral, disebabkan gatai minum banyak air, gua teringin nak kencing. Masuk la toilet dalam train tu. Pesanan ikhlas dari NL: SILA TAHAN KENCING ANDA SAMPAI WOODLAND CHECK POINT. SEBAB TOILET DEPA MASYA ALLAH, KALAH PERFUME ORIGINAL BAI. Sekian.

Pukul 730am juga la train start bergerak nak ke Woodland Check Point, and aku sempat snap Sunrise. 

Tarra! Cantik kan? Indah Sungguh ciptaan Allah. No edit, no filter, no smooth bagai and bla bla bla.

Jejak je kaki dekat Woodland Check Point means kami dah sampai. Line Umobile pun start hilang. Ain dengan Farah blur gila. Yela, masing masing baru bangun, kena aku jerit "Korang, kita dah sampai SINGAPORE! Ini la Singapore!" Baru la depa muka excited balik. Hahahaha.. 


Then ktorang nak beli Tourist Pass. Memang murah, berbaloi. Kalau plan nak pergi Singapore and jalan jalan guna public transport, gua suggest beli Tourist Pass.
..
..
..
..
..
..
..
Cont next entry, esok gua update! 
Nak tidur, esok kerja bai. 
Genight! Assalammualaikum 
XOXO




Friday, August 23, 2013

Braces Part #3 (Power Chain)

Assalammualaikum,
Here we go. This time is about Power chain. Tiba tiba je power chain, hahaha. Okla, bulan nie aku dah tukar getah braces and color dia warna pink. Haaa, gegurl gitu. Kau mampu? Tak suka sebenarnya warna pink, sebab buat aku nampak terlalu gadis. Hahahaha. Tapi tak ada pilihan, hadap jela.
 
Ok dah lupa nie appointment yang ke berapa dengan Dr Zarin. But for sure dah lama doc tak cuci gigi gua. So bila doc tak cuci, plag gigi memang seronok la beranak kat gigi. Yang peliknya, gigi belah atas is fine. Tapi belah bawah, MasyaAllah. Plag diaaaaaa, seronok diorang melekat kat tepi braces, celah gigi belubang dll.
 
Raya ke-5 tengah hari pergi jumpa doc. Tak ramai orang, alhamdulilah. Tunggu 15minutes je, then nurse panggil. Mula mula masuk gua dah suruh doc cuci gigi gua dulu. Sebab tak tahan nak tengok, at the end kena marah.
 
"Kau kalau expect aku nak cuci gigi kau tiap kali kau datang, memang tak. Tolongla rajinkan diri berus gigi tu. Aku akan cuci gigi kau 3 bulan sekali je. Tolong la. Jangan sampai aku marah kau lagi." Gluppp. T_T
 
Lepas doc dah cuci, dia suruh nurse amik dawai 016. Aku tak tahu la dawai apa, yang penting dawai tu tebal gila. And dawai tu dipasang gigi bawah aku. Lepas pakai dawai tu, then kena la pakai power chain. Power chain tu getah yang bersambung. Jap lagi aku tunjuk pic tu.

Motif aku kena pakai power chain sebab doc cakap gigi bawah aku tak rata. Means gigi dari belakang rata je, sampai depan dia dah ternaik, macam gunung la. Tak tahu la nak explain macam mana, nak cari pic kat google pun tak tahu nak taip macam mana. Hahahaha.

Senang cerita sekarang nie, doc nak tanam gigi depan aku kebawah sikit. Lepas tu, baru dia akan ratakan gigi pula. Sekarang gigi gua masih belubang. Doc cakap "Kau jangan nak perasan gigi kau boleh rapat dengan cepat. Gigi bawah kau yang depan tak rata dengan yang belakang, sekarang nak ratakan." And doc cakap it may take 3 months or more than that untuk ratakan gigi depan supaya sama rata dengan belakang. Hmm. Sedih!
 
Lepas doc pasang, gigi gua macam ada batu itu dalam. Sakit!! Berat gilaaa! 4 hari juga la xboleh makan benda keras. Hari ke 5 gua main telan kerepek, mood raya lagi kn. Orang lain sedap je makan kerepek, tapi aku pandang je. Sedih tahu tak! Tapi aku mengunyah memang macam perempuan melayu terakhir la. Makan tutup mulut, ngunyah pelahan lahan, gigit pelahan lahan. Sumpah sopan, siapa rasa nak sopan masa makan. Sila pakai braces. Bye! Hahahaha.
 
 
Haa, nie belah atas. Getah biasa, tapi warna pink. Abaikan la muka yang gedik tahap tak boleh bawa berbincang dah.
Yang nie belah bawah, Nampak getah dia bersambung? Lagi sekali, abaikan muka tu. Peratikan getah tu je. Hihi
 
So thats it for this entry. Till we meet again for the next entry about Diet. Hahahaha. Poyo je tajuk, inshaAllah.
Tata! Xoxo ♥ 

Monday, August 19, 2013

Spontan

Hidup berlansung secara spontan
Kadang kala kejam dan menyakitkan
Terimalah dengan kerelaan & keterbukaan.

SEKSI OVARI - Fazleena Hishamuddin

Sunday, August 18, 2013

Salam Aidil Fitri - 2013

Assalammualaikum,

Yeah, dah raya ke-10 baru nak update pasal raya, oh sangat awesome. Biasalah, orang yang busy memang selalu update blog lambat. Ok, malas membebel. Kali nie aku berjanji nak buat entry yang semua bahasa melayu. Tak ada english malay atau secara scientific BAHASA ROJAK.

So raya tahun 2013, hmm. Tak tahu nak cerita, hahaha. Bagi aku biasa, nothing special. Tak ada nak excited sangat. Excited bila the day before raya gua kena kerja, duk countdown dekat ofis. Okla, tak boleh nak lari dari BAHASA ROJAK la. Hmm.

Hari rabu kerja sampai pukul 3pm, drive balik rumah dengan pantas, dengan niat nak kemas rumah. Sebab rumah tak kemas. At last, gua pengsan sampai mahgrib. Lepas isyak start kemas, sampai 4pagi. Pukul 2-3 pagi ktorang duk  sedap vacuum itu ini. Bayangkan duk rumah flat, pasang vacuum yang memang khas untuk cleaning, bunyi dia jadi apa?? Memang bergegar 1 flat. Tapi kami buat bodoh, raya kan? Jiran mesti faham. Sedangkan jiran depan rumah duk mengecat rumah sampai pukul 4pagi juga. Nak kata apa?

 Mama and adik duk memasak. Kenapa bukan aku yang tolong mama? Sebab adik gua tak reti kemas rumah. Gua kemas rumah, semua gua buang. Habuk make sure 1 pun tak wujub, pagi raya nampak atas tv dah ada habuk sikit, memang meroyan la aku pagi raya. Ok, malas nak membebel.

*Oh ya, mama masak rendang daging dengan kuah kacang je. Katanya nak balik kampung pagi raya. Jahanam braces aku makan daging. Hmm*

Pagi raya makan rendang bagai, bermaaf maafan, pergi kubur arwah atuk and arwah uncle hisham gua. Ok, gua termenangis. Sebab gua rindu depa. Sangat! Yang tersangat! T_T

Balik rumah kemas beg, siap siap. Gerak balik Johor - Batu Pahat. 

Pakwe sebelah nie encem kan? Tengok kakak dia la weiiii.

Encem dan cun kan dua orang nie? Tengok anak anak dia la weiii.

Berjumpa family auntie aku dekat Nilai. Macam biasalah, dah jumpa geng batak dengan camera. Hmm. Faham faham jela.

Comel comel belaka kan? Tengok la cucu siapa weiiii.

Sampai kampung mahgrib kot. Lepas tu raya dua rumah je. Do you get it?? DUA rumah! Hmm. Ok, macam biasalah, dapat sepupu gila batak camera, dapat dua pupu pun batak camera. Memang tak boleh nak bawa berbincang dah la.






So sekian untuk raya pertama. Raya kedua, macam biasa, beraya dua rumah juga. Hmm lagi sekali. Tu sebab gua cakap takde nak excited mana raya tahun nie. Hahahahaha. So layan jela pictures yang tak seberapa nak awesome sangat. Sekian.

Macam biasa la, bajet Model gitu posing nye.. 

Terfocus bunga. Layan.......

Orang dah batak camera, memang macam nie. Orang lain tak ready, dia dah sengih awal awal.

Part of my family.


Them. Baru dua family. Belum 3 4 5 6 7 8 family lagi. Kecoh! Hahaha

Again. Heart them! 

And this!! My lovely family! Love you mama papa min! 


Serba Hijau.... Biasa la peminat tegar hijau! :D

Mama and ibu Lota.

Lagi. Orang batak camera. Wakakaka

With dua pupu kami, Izaty. Katanya, tak nak lah amik gambar. Pakai baju buruk. Dik, berdiri senyap2 dan memberi senyuman yang manis, dah cukup cantik. 

Lagi. Orang batak camera.

Ok, thats all for today! Hehehe.
Tak lambat lagi kan gua nak wish hari raya? Kata raya sebulan, nie baru raya ke10. Hehehe
Selamat Hari Raya AidilFitri, Maaf Zahir dan Batin.
From,
Nurul Liyana Abd Salim.
XOXO




Wednesday, August 07, 2013

Iftar With Love

Assalammualaikum,
 
Dah nak raya dah! Ye, esok raya dah. Means kita dah berpuasa selama 29 hari sudah. Yeke? Macam salah je. Hahahaha. Siapa dah beraya awal? Sila buat gini -..- hahahaha. Gua dah beraya awal, tapi dapat berpuasa balik. Alhamdulillah. Anyway, just wanna share aku iftar with all my buddies and the love one.
 
Time puasa nie la kan kita nak gather with others kan? So here we go. 1st with Lalink ain theera. Lalink is my collegemate and also my ex colleague. Meanwhile ain and atheera also my ex colleague. Macam biasa, banyak hot story about office lama gua, so gossip la kejap. Hahahahhaa. Memang mengutuk orang no 1 ktorang nie. Hihihi. Kitorang berbuka dekat Kenny Rogers dekat KL Sentral. Then pergi solat sesame semua. Memang have fun, sebab dah lama tak lepak dengan diorang semua. Kalau dulu lunch together bagai, sekarang lunch sorang sorang. Apa hal entah nak sedih semua nie. Ini semua poyo. Puiiihhh. Hahahaha
 
From left ain, atheera and lalink gua..


2nd is with Jaja and Deng gua. FYI ktorang dah beraya on that day, tapi semua macam berpuasa je. Hahahhaa. Yela, mana tak nya, tak makan tak minum macam orang puasa. Ktorang berbuka dekat Mid The Fish Manhattan Market. Sebab memasing mengidam nak makan tu.
 
Aku dengan deng sampai awal, so we decide nak pergi book tempat. Sebab siang tu ja ada call, and orang tu  cakap walk in and they don't accept reservation. Madafak! Sampai sana kemain awal, lepas tu dia cakap "Im sorry, fully booked." Ok, serious aku buat muka paling haram. Sakit hati woi. Disebabkan memasing tak puasa, apa lagi ayat ayat yang agak tak manis keluar dari mulut kteorang la. Huhuhu.
 
So, ktorang pun lepak la dekat burger king, sebelah Manhattan tu. Duduk sana bersahaja, borak gossip gelak tak ingat dunia, sampai orang pandang ktorang macam ktorang nie hina sangat. Madafak lagi sekali. Hahahahaha. Gelak je pun, tak perlu nak pandang macam haram.

 
 
So nie la muka kami yang konon konon nya penat berpuasa, padahal................ Faham faham jela. Hahaha. So ktorang berbuka dengan secawan air Ice Lemon Tea and large Fries from Burger King. Berebut semua nak makan and minum, sebab memasing kebulur. Hehehehe. Pukul 8 baru ktorang masuk Manhattan. Makan tak ingat dunia juga la. Hahahahaha. Tapi serious, I don't like their services. Like !# @$$@$~. Ok Sekian.
 
 
 
 
So memasing pulang dengan muka senyum. Sebab kenyang and dapat melantak Chatime. Anyway thank you Ja for the treat at Manhattan, and thank you for myself for the treat at Chatime and thank you Deng for parking treat. Hahahahaha
 
3rd, berbuka dengan Abang kesayangan and akak kesayangan gua and juga aini. Hehehe. Kak miza dating jemput aku, then boleh pula side mirror dia patah, so kena la bawa kereta tu romantic sikit. Hahaha. Dugaan betul bagi orang yang bakal berkahwin nie. Lepas sampai Klang, ktorang shopping sakan dekat GM Klang, lepas tu baru pergi office abang, jemput dia. Lepas tu, pergi berbuka area office abang. Lepas tu balik office dia, main bunga api. Hahahaha. Actually office abang is tempat lori nak loading semua. Bayangkan ktorang slumber je main bunga api dekat situ. Hihihi.
 
Lepas tu pergi Jusco Bukit Tinggi pula. Lepas tu pergi Jalan TAR. Nampak tak ktorang punya shopping sakan macam mana? Hahahahaha
 

 
 
So, the end for this entry. Selamat Hari Raya Everybody!!!!!! Siapa yang nak balik kampong, drive safely. Yang nak main mercun, bunga api bagai, main elok elok.
 
Ok! Bye semua. XOXO 
 
 

Tuesday, July 09, 2013

Braces Part #2

Assalammualaikum,
So im done with my 6th appointment with Dr. Zarin. Tak ada la nak doc sangat, masa pergi tu doc boleh pula tiba tiba EL. Hmm. So aku just dapat tukar getah, tapi masa tukar pun sakit juga. Tu belum doc ketatkan.
Yang tukang tukar getah tu nurse dia. So nurse tu cakap next month lepas raya datang lagi. Hmm. Tapi aku tak puas hati, sebab melambatkan process gigi aku untuk jadi jarak. Hmm. Stress!!
Anyway, doesnt matter. Sebab gua dapat tukar getah warna MERAH bai! Lawa siot gigi gua + gua yang sedia ada comel nie. Wakakakakaka. Sila pengsan.
So, thats it for today. Dan selamat berpuasa semua saudara seislam ku.
Jangan ponteng puasa!!
Jangan ponteng terawih!!
Ok bye! See ya. Xoxo ♥
Itu dia Metal Mouth bertukang MERAH yaw!
 
Ok, dah cukup sopan dah tu. Dah macam orang mengandung pun ada. Motif pic nie? Nak wish selamat berpuasa uolss! Hahahaha. bye!


  

Friday, July 05, 2013

Braces Part #1

Assalammualaikum,

Hai there. Apa khabar? Ok la, make it fast. Sekarang gua dah pakai permanent braces. As you know, previously im wearing braces yang boleh sesuka hati kau buka. Hahahaha. So, there are few steps to be a METAL MOUTH. Hahahaha.

Aku buat braces nie dekat Klink Dr. Zarin. Want to know more detail about this Clinic? Kindly google it. Thank you. Hahaha. Tapi consider famous juga lah, sebab dia murah. 3k++ gua buat dekat dia.

So, on 11th April 2013, aku pergi jumpa Dr. Zarin.

1st Appointment:- 

  • Nak buat dengan Dr. Zarin, i mean 1st appointment must be on weekdays. NO WEEKEND. They will not entertain you. 
  • I woke up early in the morning, sebab nya aku google, ramai yang berkata klink nie ramai sangat manusia yang buat dengan dia. Well, murah kan? Obviously ramai, so kalau dah ramai how? Faham faham jela. Kena tunggu lama. 
  • Actually dia kena buat appointment, tapi disebabkan nak buat appointment tu kena tunggu bulan 7. Bulan 7 baru kau boleh pasang braces or buat acuan bagai. Demn, its too long to wait. So gua walk in je.
  • Kalau walk in, kena sampai awal. Klink buka pukul 9, pukul 830am dah ramai orang. So aku kena sampai before 830am. Tapi doctor masuk pukul 10. Imagine la sendiri macam mana nak tunggu. Hahahahaha. 
  • So at 1st appointment, doc akan buat xray and ambil acuan gigi. Masa tu juga la doc cakap gua kena cabut 4 BATANG GIGI. Do you get it??? 4 BATANG! Demn, nak nangis dengar. Doc cakap gini " awak jangan buat muka nak nangis. Gigi awak jongang teruk." OK LAGI GUA DEMN! Jongang bai! Ok, sanggup cabut. 
  • Maaf gigi ku sayang, terpaksa berpisah dengan awak. T_T

So this will be the xray. Nie aku ambil kat google, but it similar with this one la. 


Yang nie pula acuan dia. Dia macam simen sikit. Hahaha. Nie aku ambil kat google juga, sebab pergi jumpa doc sorang, tak ada geng nak tolong snap pic. Masa doc letak dekat gigi, geli geli gua rasa. Nak muntah pun ada. Hahahaha. Lepas few minutes dia jadi keras. So bentuk gigi kita akan terukir. Ternyata gigi gua sangat buruk. Hahahaha. T_T
That it for 1st appointment.


2nd Appointment:-

  • At 2nd appointment, doc cakap dia takkan cabut gigi aku dulu. Dia akan pasangkan braces dahulu sebab dia nak tengok alignment gigi gua.
  • Then bermula lah sesi pasang braces.
  • Kena nganga mulut tu besar besar. Lenguh tak? Obviously no. Sebab doc ada letak 1 benda, tak tahu apa nama benda tu. tapi benda tu la yang akan support kita punya mulut. So that doc easy nak lekat biji braces tu. 
  • 1st pic gua pakai braces, gua ada upload dekat insta. Tak follow gua dekat insta? Its ok, you can refer my previous entry. Gua pakai favorite color gua, which is green. Hehehe. 
  • Dalam gambar tu, lu boleh nampak la wire tu semua senget bagai. Nampak la gigi gua nie teruk sangat. Sampai doc tak tahu nak pasang wire tu macam mana. Hahahaha. *Sedih* 
  • Mula mula pakai, aku rasa bangga. Dan dia tak sakit. Sumpah!! Tak sakit!! Tapi kau tengok la after 2 days. Haaaaaaaa. Mula lah meroyan sakit. Hahahahahaha. Nak cantik kan??? Sila lah hadap kesakitan itu. Sekian. 
  • Masa tu, mula la sesi mencari mash potato, bubur, roti. Senang cerita, benda lembut lembut. Kadang tu nak makan roti cecah milo pun tak syok. sebab bila nak gigit, Masya Allah. Sakit. So, aku pakai telan. Amacam? Berani mati? Makan mee, makan roti pakai telan? Alhamdulilah aku masih hidup, tak mati tercekik. Hahahaha
  • Disini, aku bukan nak menakutkan orang yang nak pakai braces. Tapi setiap benda yang kita nak, mesti berkorban sikit la kan? Kalau semua benda yang kita nak, tak ada dugaan bagai. Tipu la tu. Sedangkan nak dapat score yang the best untuk exam, kita kena study smart. Betul tak? Begitu jugalah dengan braces.
  • Tapi dia punya sakit sekejap je, betullllll. Sekejap je. Dalam dua minggu je. Lepas tu sila la melantak apa yang kau idamkan dengan segera. 
  • Tapi aku tak, aku still makan bubur. Sebab takut biji braces tercabut. Woi, kena bayar tau tak kalau tercabut.


So, nie la benda yang aku mentioned tadi. Untuk support mulut kita bila doc nak pasang biji braces tu. As usual, pic from google.

Nie pic mula mula pasang braces. Gigi masih penuh. Masih mampu senyum lebar. Hahaha


So, the end 2nd appointment. :)


3rd Appointment:-

  • After 1 month pakai braces without cabut gigi apa apa. The 3rd appointment, aku kena cabut gigi. 
  • Kena cabut 2 BATANG GIGI atas. 2 BATANG ok! 
  • Doc asked me, sama ada aku nak cabut 1 batang or 2 batang dulu? Tapi disebabkan gua nak cepat settle, gua ambil risiko untuk cabut dua batang gigi belah atas.
  • On that day, aku kena pergi wedding Nana. Not me, hahaha. Tapi member college. Nama nye pun nana. Tapi aku akan pergi rumah Deng dulu. Sebab deng je yang tahu rumah Nana.Before start drive, gua send pic dekat deng, dengan mulut penuh darah + kapas yang penuh dengan darah kiri kanan + hidung merah sebab tahan sakit. Deng dah risau dah. Hahahaha.Tak pernah pernah aku drive sampai 140, on that day gua drive laju gila. Sebab dah sakit sangat, bius pun dah nak habis time tu. Dari Ampang gua spend laju ke Sunway. Amik kau. Hahahahahahaha
  • Gambar tu aku tak nak tunjuk, nanti korang tak nak buat braces. Wakakakakakaka.
  • So, sakit dia as usual 2 weeks. Nak berus gigi susah. Terkena lubang tu, oouuchh! Menjerit gitu aku dalam toilet. Wakakakakaka
  • Tapi part paling best, time malam after cabut gigi, darah dia jadi macam jelly. Macam best pula usik darah beku tu. Hahahahahaha.
  • Then doc cakap, jumpa lagi seminggu. Nak cabut gigi bawah pula. Gluuupppp! 

Haaaa. Pic 3rd appointment gua. Nampak? Masih mampu buat muka minta penampar. Hahahaha. Padahal tengah tahan sakit tu.

The end 3rd appointment. :D


4th Appointment:-

  • Apointment nie sama je dengan 3rd appointment. 
  • Kena cabut 2 batang gigi juga, tapi belah bawah.
  • This time mama and my adik teman. Gila kau, tak sanggup nak drive kereta time cabut gigi.
  • And this time nie juga la no pic. Sebab sakit sangat, tak tahu kenapa sakit sangat. Maybe sakit cabut gigi belah atas tak hilang lagi. Lepas tu kena cabut belah bawah pula.
  • Tapi sebelum cabut gigi bawah, doc ada pasang SEPARATOR. Tahu apa benda tu? Dia macam getah warna biru. Ada juga color warna putih, tapi aku punya warna biru. And tujuan dia untuk merenggangkan gigi so that ada ruang doc nak letak band/ring dekat gigi geraham for the next appointment.
  • Balik rumah makan ubat tahan sakit yang doc bagi. Then tidur. Actually tak dapat nak tidur sangat. Sebab sakit gila. Huhuhu. T_T
  • The whole one week, gua cakap sama lu. Sakit dia yang teramat. Aku rasa sebab SEPARATOR tu. Sebab nya ada juga google, diorang cakap separator tu lagi sakit dari cabut gigi semua.
  • Nak makan bubur pun payah. Sebab ngilu sangat! Serious. Tak tipu.
  • As usual, bukan niat nak menakutkan orang yang nak buat braces. But this is fact! Hahahaha. TAPI, ada sesetengah orang, dia tak rasa sakit apa apa masa pakai braces. Maybe gusi dia pun besi kot, tu yang tak sakit. Hahaha
  • Aku dapat turunkan berat aku dari 65 kg ---> 62kg. Ok la kan?? Kau mampu? 
  • Then doc cakap datang lagi dua minggu. Sebab doc cakap nak ketatkan braces pula. Adui dui dui dui yai. Hadap lerrr.

So, nie contoh SEPARATOR. After 1 week, 1 separator aku belah kiri atas hilang. Im wondering, masa makan ke aku telan getah tu?? Yakkkks!~ Hahahaha

5th Appointment:-

  • So this time kesemua empat gigi gua dah settle dicabutkan. *Ayat macam haram*
  • And this time doc pasang band/ring. Nanti aku tunjuk pic tu ye.
  • Motif pakai band/ring untuk pengikat dan menarik segala bagai braces tu.
  • Nak nak macam aku nie gigi dah kemain rongak, so dengan ada nya band/ring nie, dia akan tarik semua gigi nie untuk bagi jarak. After jarak, aku tak tahu apa process nya. Sebab aku masih di tahap menjarakkan gigi aku. Hehehe
  • Tapi dengar cerita after dah jarakkan gigi, aku kena pakai Power Chain pula, which means untuk merapatkan gigi pula. And Power Chain nie 2nd type of painful masa pakai braces selain SEPARATOR. Haaa. Get ready la na oi. Nanti gua dah pakai Power Chain, gua update ye. Hehehe
  • And again this time saya tukar getah saya, warna kuning kau! Selamat sikit pakai color nie, kalau taik gigi terselit, aku boleh cover line "eh, itu bukan taik gigi, tu getah braces saya. Getah tu tercabut kot." Wakakakaakakaka! Nampak tak permainan dia? 

Nie contoh Band/Ring. Sekarang aku punya gigi atas bawah pakai benda nie. 

Nampak tak yellow dia tu? Not really kan? Its ok, next appointment aku nak pakai color merah. Hahahaha

So the end 5th appointment. Tomorrow will be my 6th appointment. Setelah 2 bulan aku bermaharajalela dengan makanan. Esok bermula la pengembaran sebagai seorang METAL MOUTH. Tukar getah!! Yeahhh! Warna merah!! Yeahhh! Ketatkan gigi!! Nahhhh! Sakitt!!! Ouccchh! T_T

Attached pic below, menunjukkan gigi aku sedang rongak teruk. Sekian. 





Benda yang aku benci masa pakai braces:-

  • Makan mee, bihun mesti terikat ikat dekat braces.
  • Makan benda soft mesti comel je makanan tu tersekat dekat braces.
  • Tak boleh nak makan beger + chocolate + icecream. Sebab apa? Sebab kena gigit guna gigi depan. Masalahnye sekarang, gigi depan gua tak boleh nak gigit benda keras.
  • Tak dapat nak makan ayam sebersih bersihnya. Paling sedih tak dapat nak gigi tulang plastic ayam. Tak tahu? Ala, yang ada dekat setiap hujung tulang ayam tuuu. Sedap tu. Hanya pengemar ayam sahaja dapat menhayati makan tulang ayam. T_T
  • Kena berus gigi dengan sopan, teliti, lama, sebab nak make sure gigi bersinar sinar. Lama wei. Bayangkan, aku mandi dah ambil masa setengah jam + gosok gigi 10 minutes. Pergi kerja kena bangun awal woii! Stress! (Klink Dr. Zarin ada provide berus gigi, wax, and berus kecil comel tu bersihkan celah celah gigi)
  • Air liur suka meleleh time aku tidur or buat kerja tanpa aku sedar. Faham? Sebab gigi atas bawah kiri kanan aku tengah rongak. Stress!
  • Tak berani nak keluar time hujan, sebab ramai orang suka menakutkan aku. Gigi berbesi, nanti petir terkena gigi besi kau. Nanti kau rentung, lepas tu kau mati. Ok, stress!
  • Tak berani nak senyum lebar, sebab nanti orang pandang pelik dekat aku, sebab gigi aku rongak.
  • Ulser berleluasa. Nasib baik ada wax.
  • Itu jela kot. Hahahaha

Cost buat braces dekat Klink Dr. Zarin:-

  • Total semua : RM 3725.00 ( Tengok gigi masing masing juga)
  • Xray + Acuan gigi : RM 250.00 (Termasuk dalam TOTAL)
  • Deposit (Mula mula pasang braces): RM500.00 (Termasuk dalam TOTAL)
  • Peralatan cth (Berus gigi, wax, berus kecil comel): RM15.00 (Tak termasuk dalam TOTAL)
  • Cabut gigi atas 2 batang, bawah 2 batang: RM240.00 (Tak termasuk dalam TOTAL)
  • Tiap tiap bulan boleh bayar ansuran: RM100.00; RM150.00; RM200.00 (Ikut suka hati korang)


Sekian terima kasih. Will update once im done my next appointment. 
Bye! Xoxo!