Blogging

Lilypie Angel and Memorial tickers

Sunday, September 06, 2015

Hong Kong Trip Part 1

Assalammualaikum,

Punya la berkurun lama, baru nak share. Hahahaha. Go die!

Sebenarnya nak travel nie, 1 je : Jangan pikir yang kau tak cukup duit semua. Ada ticket murah, grab! Beli, jangan tunggu. Kau tunggu, alamatnya TAKPAYAH TRAVEL. Thats it! Note? :D

So cerita dia, ticket murah. My clingy buddies cakap jom travel obersea gitu, dengan pantas tak pikir apa yang menarik dekat hongkong, terus ON "IC number and full name pleaseeeee" SETTLE....

As per below punya la semangat buat jadual bagai, oh tidak not me doing that! Itu kerja Zu, dia yang semangat! Serious! Orang backpackers kan, memang teratur la jadual dia.

Departure Details and Return Details semua ada. Amik kau!

Sebenarnya ada itinerary nie pun bagus juga, salah satu contoh nya macam aku la, nak update blog lupa lupa lupa, ada itinerary senang, go thru balik and share. Mudah bukan? Hahaha.

Sampai je airport hongkong, first cari information about Hong Kong and paling penting OCTOPUS CARD. Apa tu? Hongkong nie macam Singapore juga la sebenarnya, naik train or any public transport mesti kena ada Octopus Card, senang cerita Touch N Go la. And diorang pun suggested untuk visitor macam kita nie sesuai beli Octopus Card. Tak silap aku harga card tu HK$39 + HK$50 deposit (refundable) tapi kitorang tak refund pun, sebab dah terlebih guna. Anggap je la souvenir dari Hong Kong, ye dak? Hehehe. 

Anyway card tu boleh topup dekat kedai kedai runcit depa, macam 7eleven ke, ha gitu laa. Hahaha

Ini la contoh Octopus Card, no expiry date. Boleh simpan and reuse bila nak datang Hongkong lagi. :)

Dah settle Octopus Card, cari makan pula dekat airport. FYI, dah nama pun Hongkong bumi untuk orang cina berpijak (apa ayat aku nie??? T_T) memang susah la nak cari makanan yang halal, kau jangan berangan macam dekat Malaysia, Malaysia nie 1M. Before ktorang gerak memang dah buat survey thru google makanan yang halal dekat Hongkong, so dekat airport ada 1 fastfood restaurant Popeye's Chic, yang nie halal. Dia lebih kurang macam KFC kita. Sorry takde gambar, kebulur sangat . :)

Auntie aku suggest naik bus dia from airport to hotel, tapi disebabkan masing masing macam malas kan nak tunggu bus plus Mek dengan Memey bawa beg tarik, macam seksa sikit la nak naik bus. Plus Hong Kong tengah kelam kabut masa tu, taxi or bus malas nak layan korang masa tu. Hahaha. Ktorang naik la train, train dia lebih kurang macam ERL KLIA kita la, depa panggil "Airport Express" harga dia? Tak silap aku HK$40 per way from Airport to Hong Kong Station, if im not mistaken okay sebab dah lupa. Hahahahaha. Tapi best la, laju, selesa, dunno how to show the expression, Hahahaha.

Haaaaa, hotel details. Kau mampu lagi? Siap harga, alamat bagai. Hahahahahaha

CHECK IN TIME!
This part, aku rasa nak mencarut masa tu. Hahahahaha. 
Naik train from airport sampai HongKong Station using (Green Line), Change train at HK St. and walk to Central St. Take train to Mong Kok St. using Red Line (Tsuen Wan Line). Look easy huh?

Sampai dah Mong Kok Station! first spot nampak Ladies Market! Hahahaha, Ladies Market tempat yang wajid untuk di visit okay, later I tell you more details deh. :) Cari hotel dulu!

Sila terbalikkan laptop anda. PC? Pandai pandai la nak terbalik kan. Hahahahaha

Pusing punya pusing, aku rasa dekat 10 round, tempat sama, lorong sama dan semua sama. Hahahahaha. Damn! Tak jumpa! Nak nangis wei, kesian dekat Mek and Memey, dua dua bawa beg tarik, dekat sana sumpah orang sesak, jalan laju, main langgar je, tak pikir kau tourist ke apa. Tapi bukan semua gitu la, :) at the end zu suruh ktorang duduk tepi, sebab dah cacat dah memasing  cari hotel. 

Penat tanya orang, aku yang boleh berbahasa cina pun, susah. Sebab aku tahu cakap mandrin jaaaaaa, cantonese i dunno but i can understand. T_T Pergi la tanya si driver bus, berbelit juga lidah cuba bercantonese nak tanya jalan, sekali dia maki aku "ada card octopus tak? kalau tak ada turun!" padahal aku nak tanya soalan, Hahahahahahahahahahahahahahahahaahhahahah T_T sedih mak. Terus give up. Tu yang zu suruh stay one side je, dia jalan sorang cari.

Tapi aku rasa kesian dia cari sorang, since aku dengan zu bag-pack, aku teman dia cari in the same time risau juga dua minah tu stay one side, tapi tak apa la, as long as depa tak bergerak pi tempat lain insha Allah daripada depa ikut, beg depa asyik kena sepak dengan orang yang berjalan.

Rupa rupanya Hotel tu punya signboard Masya Allah! Kecik woi! AND HOTEL TU DEKAT JE DENGAN TEMPAT MEK AND MEMEY BERDIRI. Panas tak hati? Hahahahaha.

BILIK DIA? 
Okay kita book through Agoda, konon nak macam hostel, dalam gambar cantik, tapi hakikat.... Hotel tu macam kawasan rumah kedai. Get it? Bawah dia kedai, atas rumah flat tapi depa buat hotel/hostel. Mula mula naik seram juga la, dengan lift dia so old school wei, tapi ada la rupa berada di Hong Kong. Nie kalau zu memey mek baca mau bahan aku. Hahahahahaha. Tapi alhamdulillah, selamat sampai hostel, wifi pun laju, pedehal. Terus upload gambar. Hahaha.

Muka baru sampai Hongkong, busuk habis sebab tidur dalam flight. 3 jam kot perjalanan, bontot boleh naik bisul woi. Belum jepun lagi, kihkihkih.
Itinerary? Memang semua lari, sebab cari hotel punya pasal. Hahaha. Rehat rehat dulu, aku pula dah macam cikgu disiplin, sharp time! 5.30pm semua dah kena siap siap dah. sorang sorang aku suruh gi mandi and siap. Hahahaha

Since hotel ktorang dekat dengan Ladies Market, ktorang singgah ler dulu. Ladies Market nie sumthin like Petaling Street kita la, jual souvenir, baju, kasut, gelang and macam macam la. Please visit Ladies Market kalau datang Hong Kong. How to visit? Sila scroll up balik, aku dah taip cam no nak poie Ladies Market. :)


Depan hotel kami jaaaa. Bus dia, disebabkan aku dah kena maki dengan driver bus, fine! tak nak naik bus! Konon. Hahaha

7 Eleven pun ada, berlambak. :)

Acah acah candid lettew. Hahaha

Tarra! Ladies Market! Nampak orang buat PEACE tu? itu la Zu. Zu why you so pendek...... T_T 

Itu dia, Ratu Selfie, #MekWatGapoTu? Hehehe

Tau nie apa? Kalau tau diam, kalau tak tahu. Tapayah tau laaa. Rosak otak korang kang. Hahahahahahahahhahahahaha


Candid habis lettew. Hahahaha

Kebetulan masa ktorang pergi sana, Hong Kong tengah buat democracy protest and diorang panggil democracy tu as Umbrella Revolution. Ala, macam Malaysia la, sibuk dengan BERSIH baju kuning, depa sibuk dengan Payung pula. Punca dia, tak silap aku Hong Kong akan dikawal oleh China, tak silap aku laa okay, nak tahu lebih detail, anda boleh la google. Aku dah lupa punca apa. Yang aku tahu, memang masa tu agak seram sebab ada bergaduh, tidur atas jalan raya siang malam, menjerit jerit. Bayangkan, tengah berjalan dekat Ladies Market, kecoh wei orang berlari, semua kedai nak tutup. Ktorang pun macam adui, seram laaa.

One more thing, dekat Ladies Market nie, INGAT EA! Kalau taknak beli, jangan tanya harga, jangan tawar sana sini, at the end tak nak beli, diorang akan paksa kau, kejar kau and paling nokharam maki kau. Kau mana nak faham kan apa depa maki, haaa aku nie yang faham, sakit jantung dengar. Dapat pula kawan jenis suka pegang, tanya harga bagai, tapi tak nak beli. Even dah pesan banyak kali jangan buat perangai Malaysia dekat negara orang pun still tak nak dengar. Hahahahaha T_T 

Sorang cina aso nie dah bgtau kawan aku harga gelang, then kawan aku nie tak nak beli, apa lagi, aso tu maki kawan aku " betina sial". Eh aku yang dengar lagi macam sial, sakit nya tuh disini. Hahahahaha. T_T Bila ktorang patah balik (tak nak beli pun, saja lalu) dia tarik lagi Mek untuk beli, memang aku maki aso tu balik dalam bahasa cina "kau jangan ingat perempuan bertudung tak faham apa kau maki tadi, betina sial!" AMIK KAU, MUKA TERNGANGA. Puihhh! Hahahahaha

DINNER TIME!
Yeah! Perut dah angin cari hotel punya pasal, kepala dah angin juga. Makan time la. Ktorang makan dekat Ma's. Halal Chinese Food. Sedap, oklah..... Hehehe. Recomended kalau nak try makanan cina (Hong Kong). 

Kalau makan dkt Ma's, jalan kaki from A-Inn and naik train from Mong Kok st. (Red Line) to Central st. (Red Line)naik train to Prince Edward st. (Red Line). Easy again huh? Sesat juga...... Hahahahahahaha. Malas nak bercerita, sakit hati nanti. Hahahahahahahaha

Ini la dinnerkami berempat. I can't remember those names, tapi yang dua bulat tu sedap, recommended! 

Owner dia agak sporting la. tak tahu la ke sebab kami tourist kan? Hehehe. Anyway thank you Ma's, alhamdullilah kenyang kami. :)

Done first day at Hong Kong. :)
Tired tapi enjoy bersama yang tersayang. Kah! 


- Hong Kong nie orang dia sibuk or maybe masa ktorang pergi sana on weekdays/waktu orang bekerja thats why sangat sesak, masing masing jalan laju, masing masing nak cepat. 

- Escalator dia laju wei! Tapi certain time, contoh Pagi, tengah hari and petang. Time peak hours dia la tu, waktu orang pergi kerja and balik kerja.

- Nak tukar train tu, from one line to the other line agak jauh. Tak tahu la sebab ktorang tak biasa ke apa kan, tapi ktorang berjalan gigih nak mamp! Hahahahahaha. Sampai kaki bahu nak koyak........ T_T 


Notice nie ktorang dapat dekat airport masa nak beli Octopus Card. Sentiasa aware okay apa apa notice, just in case for example macam dekat Hong Kong tengah democracy kan? So nie alternative bus or public transport lain yang available. Aku snap nie je la, since ktorang nak melawat tempat nie. hehehe

Haaaaaa, nie la Itinerary ktorang! Nak pergi macam macam tempat kan? At the end? Hahahaha. Sesat + Banyak jalan punya pasal. Hahahahahahaha.


From Left, Memey, Zu, Myself and Mek. <3 nbsp="" td="">



Insha Allah, kalau aku rajin, aku sambung 2nd day at HongKong pula. Hahahahahaa


Sekian,
Assalammualaikum.




Kadang Kadang

Kadang kadang,
aku rasa macam nak stop semua social life;
handphone, online, keluar lepak, shopping, movie and etc.

Kadang kadang,
Aku rasa macam nak take a break;
check in mana mana pulau or tempat yang aman seorang seorang.

Kadang kadang juga,
Aku rasa diri nie useless;
Useless in a sense of tengok orang berjaya, tengok orang usaha untuk hidup lebih maju, nak nak orang yang aku sayang, aku?

Am I jealous with those kind issue?
Hurm

Tak tahu la, tiba tiba je aku rasa aku macam tak ada tempat nak luahkan perasaan.
FB? Kawan kawan baca, mengusik; sakit hati pula.

Whatsapp group? Terlalu ramai yang tahu atau lebih tepat tak tahu nak mula dari mana. Kah!

Family? they wouldn't understand, giving you more pressure ada la.

BFF? Bukan tak nak share, TAPI...........

BF? Same, tak tahu nak mula macam mana. Kang terlebih, pikir lain.

kita perempuan, selalu ada perasaan jealous, iri hati, nak compete among each other, tak puas hati, sensitive dan macam macam la.

Itu aku cakap susah nak share, even dengan jantina yang sama. Hahahahahahaha.

Im trying to be the best, trying to be understanding person, trying to be positive thinking person, trying to work hard for better future, trying to manage my own anger, trying alots of matter to make my life and my future easier, make my loves one and friends being comfortable with me, loves me, enjoy with me! But yes, im just human being, not perfect and couldn't be perfect selain Allah. Im trying too hard sampai buat diri nie tak mampu nak bernafas dah.

Sebenarnya aku rindu DIA, DIA lebih mengerti, DIA lebih memahami, DIA la yang boleh menyelesaikan masalah aku. Insha allah, aku yakin DIA.

Hoi air! Aku nak mandi wajib woi, mana kau?? Adui.

Genight,
Assalamualaikum



Monday, June 01, 2015

Minor Operation Part II

Assalammualaikum,

Here i am, im back. Hahahaha. So pengalaman paling pahit mungkin, operation day. Walaupun tu hanya minor operation, tapi bagi orang yang first time memang nervous la kan? Kau tak nervous? Nampak sangat suka operation. Huhuhu

Admitted 23 Feb 2015 at 8.00 am.
Register semua bagai, diorang pun suruh aku tukar baju. Nurse make sure yang kita tak pakai apa apa langsung contoh baju dalam ke, seluar dalam ke, mama suruh buka semua rantai, just in case kan kalau dah masuk bilik operation tu dia suruh buka, masa tu dah tak ada orang dah nak tolong simpan/pegang barang. Tapi sebelum tu, doctor ada pesan, puasa. Tak ada la puasa dari semalam, cuma lepas pukul 6 pagi tu dah kena stop makan. Lebih kurang macam sahur la. Siapa yang penah operation tahu la kot motive untuk puasa. Motive untuk puasa tu adalah untuk mengelak kita muntah masa dia masukkan bius.

Oh ya, aku operation nie bius dia whole body. Ada sesetengah orang bius separuh badan (means dekat tempat yang dia nk operate tu).

Lepas dah tukar baju, siap sediakan topi lagi tauuu. zzzzzz. Hahahaha. Nurse pun amik tekanan darah aku, sebab dia tanya ada sakit apa2 ke, then aku bagitau la aku darah rendah. After dah selesai amik tekanan darah semua, nurse suruh makan 3 biji ubat (tahan sakit, tahan sakit selepas operation and satu lagi tak ingat) Hahahaha. Air masa makan ubat pun kena ada limit, sebab takut muntah nanti.

Oh ya lagi sekali, masa tukar baju tu.

And tidak dibenarkan untuk memakai contact lens/spec. Itu pesanan paling penting.

Lepas dah settle semua, makan ubat and tukar baju. Nurse suruh rehat, nervous punya pasal, macam mana la aku nak rehat or tidur. Rasa macam nak join mama dengan shamin je dekat ruang tunggu, boleh tengok tv kat situ. Hahahaha

Pukul 10 am
nurse suruh aku turun bawah untuk buat ultrasound lagi sekali, untuk make sure tempat tu betul, nak ukur and buat tanda dekat breast gua. Kahkahkahkah! guna marker pen permanent lagi tu. Tapi yang pelik lepas operation, bersih kot. Huhuhu

Pukul 11.45 am
mama dengan Shamin pun cakap nak balik after operation baru diorang datang balik. Masa tu juga la nurse start bawa aku masuk bilik operation. Dah masuk bilik tu, relax lagi. Menangis sekejap. Hahahaha. T_T

Masa nurse dah start pasang wayar wayar dekat badan, masa tu juga lad ia nak terkencing woiiiii. Hahahaha. Aku pun dengan slumber tanya nurse tu:

Me : Nurse, saya rasa macam nak terkencing.
Nurse : Mana boleh dik, dah pasang wayar2 nie semua. Nie awak nervous nie. Nanti okay la tu.
Me : Betul ke? Kalau masa operation tu nak terkencing macam mana?
Nurse : Hahahahaha. takkan terjadi. Dont worry.
-_-

Saat saat yang dinantikan. Hahahahahahaha. Poyo
Nurse suruh aku gengam tangan aku kuat kuat, sebab nak masukkan jarum so that depa boleh masukkan ubat bius dengan air dekat jarum tuu. T_T tak payah cakap la sakit dia, padahal masa tu nurse nurse semua dah keliling tangan aku, konon tak nak bagi aku tengok. Tapi aku degil, cari ruang kosong (kecil pun jadi la, asalkan nampak) untuk tengok dia masukkan jarum tu.

Menangis la lagi. Hahahahaha.

Dah masukkan jarum, nurse pakaikan aku oxygen mask. Aku menangis tersedu sedu kot. Hahahaha. Nurse pun masukkan bius, terasa bius tu masuk dalam tangan. Huhuhu

Nurse : Liyana good girl, dun cry okay. Dengar cakap I, tarik nafas..... Lepas.......
*********Selepas tarik nafas lepas sebanyak 3 kali kot. Danggggg. Tak Sedar*********

After few hours
Diorang letakkan aku dekat bilik operation lagi rasa nya. Untuk bagi aku berehat. Yang aku ingat, nurse cakap gini.

1st
Nurse : Liyana, operation awak dah selesai.
Me : huhhhhhh.
***** Danggg! pengsan balik******

2nd
Nurse : Liyana, operation awak dah berjaya. Awak dah boleh bangun.
Me : Huhhhhhhhh
*****Danggg! Pengsan lagi sekali*****
Mesti nurse bengang dengan aku. Hahahahhahaha.

3rd
Nurse : Liyana, sekarang kita nak transfer awak ke wad biasa. Awak bangun, pindah katil.
Me : huhh. okay. (Cuba sedaya upaya untuk bangun. Tapi fail! Terpengsan balik. Hahahahahaha)
Yang aku tahu, diorang pindah aku macam campak campak bantal. Nampak sangat aku nie ringan. Hahahaha

Sebenarnya banyak and panjang nak bercerita, tapi macam tak mampu nak menaip panjang panjang. Hahaha. Post nie pun amik masa 2 minggu, kejap taip, then kena tutup sambung kerja.

So ending dia, alhamdulillah Doc selamat keluarkan lump tu.

Nie contoh lump tu, bukan aku punya. google mari. :)

Then macam biasa la, kena pantang. Sebab nak mengelak jahitan tu bernanah or buruk. Huhuhu. Dekat situ wei walau "bertutup", kalau ada bekas? Burukkkkkkk. T_T

Dipendekkan cerita, dia balut. Then after few weeks, plaster tu dibuka, tapi sakit dia. Masya Allah. T_T

Pendek kan? Sekian Wsalam.

Hahaha, alhamdulillah saya dah sembuh! Before raya check up one more  time. Insya Allah semua nya selamat. :)

Amin...




Sunday, May 31, 2015

Him

"Sayang sayang, nanti kalau i dah bersalin, lepas tu gemuk, ayang syg kita lagi tak?"

- "sekarang dah gemuk pun, i sayang gila"

Sentap jap dengar statement tu, tapi hati ada senyum. :)


Thursday, March 19, 2015

Minor Operation

Assalammualaikum,

Minor operation? Tiba tiba rasa macam nak type panjang panjang pasal operation. First time kena kot! Experience woi! Nanti nak bagi anak cucu baca. Puihh. Hahaha T_T

Actually is a minor operation, tapi dia punya sakit tuuuu. Hurmm. Aku imagine orang yang buat operation yang besar besaran, apa rasa dia kan? Yang minor nie pun aku rasa penat, stress, down, nie kan pula yang operation besar. Huhu

Segan pula nak type, tapi tu la benda macam nie kadang kadang kena share juga, especially for ladies. So penyakit dia, aku ada lump dekat breast. Lump tu sejenis ketulan, lagi satu is sees (cecair). Doctor cakap cecair tak bahaya sangat, sebab dia wujud berdasarkan hormon kita: contoh kita nak/tengah period, selalu nya sees akan wujud. Tapi lump nie pula dia boleh membesar/mengecil, tapi depends juga. 

Yang aku kena nie is LUMP. Ketulan. 

Macam mana aku sedar kewujudan lump?
- Tipu la kan kau mandi tak sabun tang situ? Masa sabun mesti pegang kan? Sapu2 kan? Haa, masa tu la aku perasan, tengah sabun, tiba tiba aku terasa ada biji keras dan agak besar la bagi aku. Bila tekan, dia sakit.

Dah lah masa tu malam raya (Tahun Lepas), nokharam. Celebrated raya dalam keadaan tak best. Rasa ya 3rd day raya kot, terus pergi jumpa doctor ditemani oleh cousin aku, nasib baik dia ada. Huhuhu. T_T Doctor checked, then dia cakap "Better you refer with specialist sama ada bahaya or tak" Dup dap dup dap, nak nangis aku.
Nasib doctor nie baik, mungkin sebab dia check badan aku dari aku baby lagi. Tu yang dia baik gila siap buatkan appointment semua. Alhamdulillah,

1st Appointment
- Doctor panel aku suggest aku pergi Pantai Hospital. Nak nangis bila tunggu giliran bagai. Kah! Jeng jeng jeng, sampai giliran gua. Conversation between aku dengan Doc Patricia. Oh ya, gua dapat doctor perempuan. Hehehe. Suka! Sebab bukan lelaki.

Dr. Pat : Hi Nurul, okay now what is it?
Me       : Hi Doc, last week I mandi and I found bla bla bla. (dah cakap kat atas tadi. Hehe)
Dr. Pat : Okay now, how old are you?
Me       : 24 Doc.
Dr. Pat : Are you married?
Me       : Erkk, no Doc. Not yet.
Dr. Pat : Let me check, whether is a lump or sees.
*Dia pun check and dia jumpa ada dua. ADA DUA OKAY!!! Masa aku rasa tu, satu je, Hurm. Then, doctor pun explain, macam aku cakap tadi. Sees is normal when our hormon change. Lump pula, ada banyak possibility either hormon change, makanan, stress, tak cukup rehat - Semua nie boleh menyebabkan wujud nya lump nie.

*SAMBUNG BERCAKAP*

Dr. Pat : You know what, i will give you some tips to prevent breast cancer.
Me       : Okay doc, what is it?
Dr. Pat : Do you have boyfriend?
Me       : Haaa? .................. Erk, yes. (jawab dalam nada was was. apahal nak tanya pasal bf nie????)
Dr. Pat : Suruh dia masuk minang cepat and kahwin. (Dia senyum)
Me       : Haaaaaaa? (Blur)
Dr. Pat : Yes, ask him to propose you and get married. (Senyum lagi)
Me       : But why doctor?
Dr. Pat : Get married faster, get baby before your age 30, breast feed the baby. The more babies you produce the more breast feed you will do. So this is just a simple tips to prevent the cancer. But in the same time you need to change your lifestyle, dun get stress. Try to find a way to release your stress. Your food, try to avoid fast food, fried chicken, and instant noodle. 
Me       : Ohhhhhh. Okay, understand. Ingatkan apa. Huhu. T_T

Selepas itu, doc suruh aku pergi buat ultrasound. Aku pun pergi la, geli geli sejuk masa buat. Hahahahahahahahahahahahahaha. Lepas tu doc yang buat ultrasound tu sah kan memang ada dua biji. Satu bersize 1.3cm satu lagi 1.8cm. 

Doc Pat cakap, tengok dalam masa 6 bulan sama ada dia mengecil atau dia membesar.

2nd Appointment
Selepas 6 bulan, jeng jeng jeng. "DIA MEMBESAR DENGAN SIHAT" kata doctor Pat. :(((((((((

Terdiam seketika. Ternangis seketika juga. Hahahaha. T_T Doc cakap kena buang lump tu, untuk mengelak benda tu menjadi lagi serious. Ok fineeeee...........
Aku buat keputusan on 23 Feb 2015 membuat operation. 

Nanti Sambung on Operation Day. Hahahahahaha. Macam hape jeee. 

Bye, wsalam 







Monday, February 16, 2015

Diet Atkins - LS

Assalammualaikum, 

Diet? Apa itu diet? Tipu lah korang tak tahu apa tu diet? Nak kena penampor ke pelempang? Choose one please. Hahaha. So diet, ada apa dengan diet? Bagi a .......

TERLALU BANYAK MEREPEK!

So disini saya ingin menceritakan punca saya menjadi gemuk dan macam mana saya melakukan diet saya. Back to 4 years ago, berat aku 55kg (Zaman kolej) Then pada tahun 2011 aku break up, Kah! Dimana aku tak boleh terima hakikat. *Dear Ex mesti kau gelak kan baca statement aku nie? Tapi go die la, do i care? 

So dijadikan cerita, untuk mengelak menangis, yela menangis selama 2 minggu, parents aku pun dah jadi risau, makan ubat penenang then tidur, itu la rutin aku. So aku nak ubah lifestyle aku, which is EAT EAT AND EAT NON STOP. Dalam masa 2 bulan, berat aku dah cecah 68kg. Serious, tak tipu. Hahahahaha.

End up, my mom scold me, katanya aku nie bodoh, sebab jantan tak guna aku kena bersedih dan seksa diri sendiri sampai jadi gemuk. Sampai semua baju aku dah tak boleh pakai. Another so......... aku cuba untuk ubah lifestyle aku lagi. Aku cuba google diet apa yang berkesan, google punya google AKHIRNYA!! Aku rasa diet nie diet yang tak menyeksa diri aku, iaitu diet ATKINS.

Apa itu Diet Atkins?

Diet Atkins ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat dan lemak di dalam badan. 

Diet atkins mempunyai 4 peringkat:
* Peringkat 1: Induction
* Peringkat 2: Ongoing Weight Loss
* Peringkat 3: Pre-maintenance
* Peringkat 4: Lifetime Maintenance

Induction Diet Atkins dihadkan 20GRAM Karbohidrat sahaja. Untuk memastikan badan anda membakar lemak, bukan glukos.

Untuk lebih lanjut, korang boleh google je "Diet Atkins" belambak keluar. Bukan malas nak cerita, tapi yang atas nie pun aku copy and paste. Kah! Aku bagitau yang senang difaham je. Still tak faham? Okla, aku cerita berdasarkan kefahaman aku.

Atkins nie diet carbo, maksudnya korang cannot makan nie:
- Nasi / Brown Rice
- Roti / Kebab / Prata / Roti Canai 
- Mee / bihun / spagetti / kuew tiaw / macaroni 
- Sugar (Haaaa, yang nie banyak) : Ice cream, air coke, air pepsi, segala air dalam tin dan botol yang MANIS! Ok, yang manis! Jangan pula ada yang tanya "100plus boleh tak, sebab 100plus kan kurang gula" aku lepuk baru tahu kurang gula ke tak. AS LONG AS IT CONTENT SUGAR, IT IS NOT ALLOWED! 

Ok, summary la. Segala jenis makanan yang berasaskan kanji, gandum, manisan, buah buahan dan kekacang tak boleh masa induction. Korang faham faham la kan makanan berkanji, gandum and etc tu macam mana. Kalau tak tahu, try google. Tapi kalau dah besar, sepatutnya dah tahu la kan? :D

Actually induction is min 2 weeks, sesiapa yang tak puas hati dengan 2 minggu, boleh extend untuk buat induction selama 6 bulan. Macam aku, aku buat je induction non stop sampai dapat berat badan yang puas hati. Huhuhu. Tapi weekend aku cheat, hehehe. Tapi kalau nak cepat kurus baik jangan cheat la. :)

What else? Oh menu aku.

Ini yang aku amalkan everyday.

Breakfast:
- Telur setengah masak, telur rebus, scramble egg, omelette, telur dengan bayam, telur dengan sardin
* Quantity untuk telur rebus - kadang tu dua biji cukup, kalau lapar tahap tak boleh bawa bincang, 3 biji.
- Air kosong

Lunch:
- Ayam dengan sayur
- Ikan dengan Sayur
- Paru dengan telur
- Salad dengan telur
- Salad dengan tuna
- Sup sayur
- Seaweed sup
- Sup Ayam
- Tomyam Campur
- Air Kosong
*Anything as long as no nasi, no mee, no kanji, no roti laaaaaa

Dinner:
- Lebih kurang dengan lunch je
- Kadang buat ayam burger (Brand Ramli), dengan telur
- Air Kosong

Ada yang tanya "na, apa kau makan kalau kau lapar even dah amik breakfast semua."
Jawapan: Masa mula mula aku buat, yessss. Memang seksa bagi siapa yang suka mengunyah time buat kerja / tengok tv / lepak and etc. Aku cadangkan masak telur rebus, goreng ikan bilis, or buat salad. Tapi sekarang kalau aku lapar, aku minum air. minum dan terus minum. Hahaha.


So just wanna share, aku buat induction almost 2 months. From 68kg sampai 54kg, dapat bertahan selama 1 tahun setengah. Lepas tu, kelaut la kita. Semua kita makan tanpa hiraukan berat badan yang akan naik dengan mendadak. Huhuhu. Sepatutnya kita kena lah maintain and jaga makan harian tu, make sure less fast food ke, nie tak weiiii. Pagi mcd, lunch kfc, malam pizza. Gila kau tak naik kan? Kah!

Haaaaa. 1st pic from left (68kg), tengah tengah (60kg), last sekali (54kg)
Nampak kan perubahan dia? Sekarang aku kena nekad lagi sekali untuk buat diet Atkins nie. So far dah buat 1 bulan, Alhamdulillah dah turun 5kg! Yeahhhhh! Another 5kg, tapi nak buat another 5kg tu yang seksa tuuuuu. :(

Tips nak tahan lapar?

Hurm, bagi aku no such thing untuk tahan lapar. Makan makan makan, but no carb. Aku tahu ada yang buat 1 minggu then give up. Banyak kawan kawan aku macam tu. Huhu. So tips dia:


  • Make sure makan untuk time. Means, breakfast lunch and dinner JANGAN SKIP!
  • Kalau rasa lapar, minum air banyak banyak.
  • DOWN. kalau rasa down, rajin rajin kan la diri untuk buka group Atkins dekat FB. Just search "Kelab Diet Atkins[Malaysia]" follow them. Dalam group tu, aku boleh dapat semangat dari geng geng Atkins. Aku tak sure la korang macam mana, tapi bila down and rasa give up memang aku suka buka page tu. 
  • Besides that. dalam group tu pun ada macam macam menu. So tak ada lah korang asyik makan ayam ayam ayam. Ikan ikan ikan. Daging daging daging. 
  • RAJIN! Rajin dari segi sediakan makanan. Kalau tak pun makan dekat luar, tapi lama lama korang confirm bosan. Serious!
  • PENGARUH KAWAN KAWAN. Contoh: kawan kawan ajak makan itu ini (yang haram untuk atkins), yang nie mental korang kena kuat! Macam aku memang aku tolak, dalam hati niat aku nak kurus, nak kurus and nak kurus. 
What else ea? Hurm. Rasa nya nie jela kot. Kalau nak tanya apa apa, sila la. No problem deh. :)

Sekian Wsalam







Monday, January 26, 2015

Hi 2015

Assalammualaikum,

Rasanya macam dah lama gila tak update blog. Last update January 2014, kah! Sangat lama. 

2014? 

Banyak benda yang berlaku, terjadi, dan dijadikan. Hahaha. Kerja? Alhamdulillah, dapat kerja yang ok, gaji pun alhamdulillah. Stress? Itu adalah perkara biasa untuk semua kerja, tipu lah kau dapat kerja tak stress, tak payah struggle.  SANGAT TIPU LA KALAU TAK PAYAH STRUGGLE ! 

Oh ya! I travel alot. Tak adalah alot, tapi dapat sampai Hongkong, Bangkok. Alhamdulillah. Insya allah this year murah rezeki, kita berjalan lagi. Bagi aku, berjalan nie jangan ambil masa lama untuk pikir. Ticket murah, beli! jangan tunggu. Kalau tunggu memang menyesal. 

Love? Alhamdulillah, I found someone. Someone that can be my imam oneday, Insha allah. Sampai sekarang masih bertahan, moga dapat bertahan hingga ke Jannah. 

Insha allah, kalau diberi peluang aku nak share pasal travel ke Bangkok and Hongkong. 


*Tahun nie macam nak rajin update blog je. Kah! 

Ok, sekian wsalam. :)