Punya la berkurun lama, baru nak share. Hahahaha. Go die!
Sebenarnya nak travel nie, 1 je : Jangan pikir yang kau tak cukup duit semua. Ada ticket murah, grab! Beli, jangan tunggu. Kau tunggu, alamatnya TAKPAYAH TRAVEL. Thats it! Note? :D
So cerita dia, ticket murah. My clingy buddies cakap jom travel obersea gitu, dengan pantas tak pikir apa yang menarik dekat hongkong, terus ON "IC number and full name pleaseeeee" SETTLE....
As per below punya la semangat buat jadual bagai, oh tidak not me doing that! Itu kerja Zu, dia yang semangat! Serious! Orang backpackers kan, memang teratur la jadual dia.
Departure Details and Return Details semua ada. Amik kau! |
Sebenarnya ada itinerary nie pun bagus juga, salah satu contoh nya macam aku la, nak update blog lupa lupa lupa, ada itinerary senang, go thru balik and share. Mudah bukan? Hahaha.
Sampai je airport hongkong, first cari information about Hong Kong and paling penting OCTOPUS CARD. Apa tu? Hongkong nie macam Singapore juga la sebenarnya, naik train or any public transport mesti kena ada Octopus Card, senang cerita Touch N Go la. And diorang pun suggested untuk visitor macam kita nie sesuai beli Octopus Card. Tak silap aku harga card tu HK$39 + HK$50 deposit (refundable) tapi kitorang tak refund pun, sebab dah terlebih guna. Anggap je la souvenir dari Hong Kong, ye dak? Hehehe.
Anyway card tu boleh topup dekat kedai kedai runcit depa, macam 7eleven ke, ha gitu laa. Hahaha
Ini la contoh Octopus Card, no expiry date. Boleh simpan and reuse bila nak datang Hongkong lagi. :) |
Dah settle Octopus Card, cari makan pula dekat airport. FYI, dah nama pun Hongkong bumi untuk orang cina berpijak (apa ayat aku nie??? T_T) memang susah la nak cari makanan yang halal, kau jangan berangan macam dekat Malaysia, Malaysia nie 1M. Before ktorang gerak memang dah buat survey thru google makanan yang halal dekat Hongkong, so dekat airport ada 1 fastfood restaurant Popeye's Chic, yang nie halal. Dia lebih kurang macam KFC kita. Sorry takde gambar, kebulur sangat . :)
Auntie aku suggest naik bus dia from airport to hotel, tapi disebabkan masing masing macam malas kan nak tunggu bus plus Mek dengan Memey bawa beg tarik, macam seksa sikit la nak naik bus. Plus Hong Kong tengah kelam kabut masa tu, taxi or bus malas nak layan korang masa tu. Hahaha. Ktorang naik la train, train dia lebih kurang macam ERL KLIA kita la, depa panggil "Airport Express" harga dia? Tak silap aku HK$40 per way from Airport to Hong Kong Station, if im not mistaken okay sebab dah lupa. Hahahahaha. Tapi best la, laju, selesa, dunno how to show the expression, Hahahaha.
Haaaaa, hotel details. Kau mampu lagi? Siap harga, alamat bagai. Hahahahahaha |
CHECK IN TIME!
This part, aku rasa nak mencarut masa tu. Hahahahaha.
Naik train from airport sampai HongKong Station using (Green Line), Change train at HK St. and walk to Central St. Take train to Mong Kok St. using Red Line (Tsuen Wan Line). Look easy huh?
Sampai dah Mong Kok Station! first spot nampak Ladies Market! Hahahaha, Ladies Market tempat yang wajid untuk di visit okay, later I tell you more details deh. :) Cari hotel dulu!
Sila terbalikkan laptop anda. PC? Pandai pandai la nak terbalik kan. Hahahahaha |
Pusing punya pusing, aku rasa dekat 10 round, tempat sama, lorong sama dan semua sama. Hahahahaha. Damn! Tak jumpa! Nak nangis wei, kesian dekat Mek and Memey, dua dua bawa beg tarik, dekat sana sumpah orang sesak, jalan laju, main langgar je, tak pikir kau tourist ke apa. Tapi bukan semua gitu la, :) at the end zu suruh ktorang duduk tepi, sebab dah cacat dah memasing cari hotel.
Penat tanya orang, aku yang boleh berbahasa cina pun, susah. Sebab aku tahu cakap mandrin jaaaaaa, cantonese i dunno but i can understand. T_T Pergi la tanya si driver bus, berbelit juga lidah cuba bercantonese nak tanya jalan, sekali dia maki aku "ada card octopus tak? kalau tak ada turun!" padahal aku nak tanya soalan, Hahahahahahahahahahahahahahahahaahhahahah T_T sedih mak. Terus give up. Tu yang zu suruh stay one side je, dia jalan sorang cari.
Tapi aku rasa kesian dia cari sorang, since aku dengan zu bag-pack, aku teman dia cari in the same time risau juga dua minah tu stay one side, tapi tak apa la, as long as depa tak bergerak pi tempat lain insha Allah daripada depa ikut, beg depa asyik kena sepak dengan orang yang berjalan.
Rupa rupanya Hotel tu punya signboard Masya Allah! Kecik woi! AND HOTEL TU DEKAT JE DENGAN TEMPAT MEK AND MEMEY BERDIRI. Panas tak hati? Hahahahaha.
BILIK DIA?
Okay kita book through Agoda, konon nak macam hostel, dalam gambar cantik, tapi hakikat.... Hotel tu macam kawasan rumah kedai. Get it? Bawah dia kedai, atas rumah flat tapi depa buat hotel/hostel. Mula mula naik seram juga la, dengan lift dia so old school wei, tapi ada la rupa berada di Hong Kong. Nie kalau zu memey mek baca mau bahan aku. Hahahahahaha. Tapi alhamdulillah, selamat sampai hostel, wifi pun laju, pedehal. Terus upload gambar. Hahaha.
Muka baru sampai Hongkong, busuk habis sebab tidur dalam flight. 3 jam kot perjalanan, bontot boleh naik bisul woi. Belum jepun lagi, kihkihkih. |
Itinerary? Memang semua lari, sebab cari hotel punya pasal. Hahaha. Rehat rehat dulu, aku pula dah macam cikgu disiplin, sharp time! 5.30pm semua dah kena siap siap dah. sorang sorang aku suruh gi mandi and siap. Hahahaha
Since hotel ktorang dekat dengan Ladies Market, ktorang singgah ler dulu. Ladies Market nie sumthin like Petaling Street kita la, jual souvenir, baju, kasut, gelang and macam macam la. Please visit Ladies Market kalau datang Hong Kong. How to visit? Sila scroll up balik, aku dah taip cam no nak poie Ladies Market. :)
Depan hotel kami jaaaa. Bus dia, disebabkan aku dah kena maki dengan driver bus, fine! tak nak naik bus! Konon. Hahaha |
7 Eleven pun ada, berlambak. :) |
Acah acah candid lettew. Hahaha |
Tarra! Ladies Market! Nampak orang buat PEACE tu? itu la Zu. Zu why you so pendek...... T_T |
Itu dia, Ratu Selfie, #MekWatGapoTu? Hehehe |
Tau nie apa? Kalau tau diam, kalau tak tahu. Tapayah tau laaa. Rosak otak korang kang. Hahahahahahahahhahahahaha |
Candid habis lettew. Hahahaha |
Kebetulan masa ktorang pergi sana, Hong Kong tengah buat democracy protest and diorang panggil democracy tu as Umbrella Revolution. Ala, macam Malaysia la, sibuk dengan BERSIH baju kuning, depa sibuk dengan Payung pula. Punca dia, tak silap aku Hong Kong akan dikawal oleh China, tak silap aku laa okay, nak tahu lebih detail, anda boleh la google. Aku dah lupa punca apa. Yang aku tahu, memang masa tu agak seram sebab ada bergaduh, tidur atas jalan raya siang malam, menjerit jerit. Bayangkan, tengah berjalan dekat Ladies Market, kecoh wei orang berlari, semua kedai nak tutup. Ktorang pun macam adui, seram laaa.
One more thing, dekat Ladies Market nie, INGAT EA! Kalau taknak beli, jangan tanya harga, jangan tawar sana sini, at the end tak nak beli, diorang akan paksa kau, kejar kau and paling nokharam maki kau. Kau mana nak faham kan apa depa maki, haaa aku nie yang faham, sakit jantung dengar. Dapat pula kawan jenis suka pegang, tanya harga bagai, tapi tak nak beli. Even dah pesan banyak kali jangan buat perangai Malaysia dekat negara orang pun still tak nak dengar. Hahahahaha T_T
Sorang cina aso nie dah bgtau kawan aku harga gelang, then kawan aku nie tak nak beli, apa lagi, aso tu maki kawan aku " betina sial". Eh aku yang dengar lagi macam sial, sakit nya tuh disini. Hahahahaha. T_T Bila ktorang patah balik (tak nak beli pun, saja lalu) dia tarik lagi Mek untuk beli, memang aku maki aso tu balik dalam bahasa cina "kau jangan ingat perempuan bertudung tak faham apa kau maki tadi, betina sial!" AMIK KAU, MUKA TERNGANGA. Puihhh! Hahahahaha
DINNER TIME!
Yeah! Perut dah angin cari hotel punya pasal, kepala dah angin juga. Makan time la. Ktorang makan dekat Ma's. Halal Chinese Food. Sedap, oklah..... Hehehe. Recomended kalau nak try makanan cina (Hong Kong).
Kalau makan dkt Ma's, jalan kaki from A-Inn and naik train from Mong Kok st. (Red Line) to Central st. (Red Line)naik train to Prince Edward st. (Red Line). Easy again huh? Sesat juga...... Hahahahahahaha. Malas nak bercerita, sakit hati nanti. Hahahahahahahaha
Ini la dinnerkami berempat. I can't remember those names, tapi yang dua bulat tu sedap, recommended! |
Owner dia agak sporting la. tak tahu la ke sebab kami tourist kan? Hehehe. Anyway thank you Ma's, alhamdullilah kenyang kami. :) |
Done first day at Hong Kong. :)
Tired tapi enjoy bersama yang tersayang. Kah!
- Hong Kong nie orang dia sibuk or maybe masa ktorang pergi sana on weekdays/waktu orang bekerja thats why sangat sesak, masing masing jalan laju, masing masing nak cepat.
- Escalator dia laju wei! Tapi certain time, contoh Pagi, tengah hari and petang. Time peak hours dia la tu, waktu orang pergi kerja and balik kerja.
- Nak tukar train tu, from one line to the other line agak jauh. Tak tahu la sebab ktorang tak biasa ke apa kan, tapi ktorang berjalan gigih nak mamp! Hahahahahaha. Sampai kaki bahu nak koyak........ T_T
Haaaaaa, nie la Itinerary ktorang! Nak pergi macam macam tempat kan? At the end? Hahahaha. Sesat + Banyak jalan punya pasal. Hahahahahahaha. |
Insha Allah, kalau aku rajin, aku sambung 2nd day at HongKong pula. Hahahahahaa
Sekian,
Assalammualaikum.
hi bila nak update blog? saya tazabar nak baca kesinambungan crita hong kong ni.. muahhh
ReplyDelete