Blogging

Lilypie Angel and Memorial tickers

Thursday, March 19, 2015

Minor Operation

Assalammualaikum,

Minor operation? Tiba tiba rasa macam nak type panjang panjang pasal operation. First time kena kot! Experience woi! Nanti nak bagi anak cucu baca. Puihh. Hahaha T_T

Actually is a minor operation, tapi dia punya sakit tuuuu. Hurmm. Aku imagine orang yang buat operation yang besar besaran, apa rasa dia kan? Yang minor nie pun aku rasa penat, stress, down, nie kan pula yang operation besar. Huhu

Segan pula nak type, tapi tu la benda macam nie kadang kadang kena share juga, especially for ladies. So penyakit dia, aku ada lump dekat breast. Lump tu sejenis ketulan, lagi satu is sees (cecair). Doctor cakap cecair tak bahaya sangat, sebab dia wujud berdasarkan hormon kita: contoh kita nak/tengah period, selalu nya sees akan wujud. Tapi lump nie pula dia boleh membesar/mengecil, tapi depends juga. 

Yang aku kena nie is LUMP. Ketulan. 

Macam mana aku sedar kewujudan lump?
- Tipu la kan kau mandi tak sabun tang situ? Masa sabun mesti pegang kan? Sapu2 kan? Haa, masa tu la aku perasan, tengah sabun, tiba tiba aku terasa ada biji keras dan agak besar la bagi aku. Bila tekan, dia sakit.

Dah lah masa tu malam raya (Tahun Lepas), nokharam. Celebrated raya dalam keadaan tak best. Rasa ya 3rd day raya kot, terus pergi jumpa doctor ditemani oleh cousin aku, nasib baik dia ada. Huhuhu. T_T Doctor checked, then dia cakap "Better you refer with specialist sama ada bahaya or tak" Dup dap dup dap, nak nangis aku.
Nasib doctor nie baik, mungkin sebab dia check badan aku dari aku baby lagi. Tu yang dia baik gila siap buatkan appointment semua. Alhamdulillah,

1st Appointment
- Doctor panel aku suggest aku pergi Pantai Hospital. Nak nangis bila tunggu giliran bagai. Kah! Jeng jeng jeng, sampai giliran gua. Conversation between aku dengan Doc Patricia. Oh ya, gua dapat doctor perempuan. Hehehe. Suka! Sebab bukan lelaki.

Dr. Pat : Hi Nurul, okay now what is it?
Me       : Hi Doc, last week I mandi and I found bla bla bla. (dah cakap kat atas tadi. Hehe)
Dr. Pat : Okay now, how old are you?
Me       : 24 Doc.
Dr. Pat : Are you married?
Me       : Erkk, no Doc. Not yet.
Dr. Pat : Let me check, whether is a lump or sees.
*Dia pun check and dia jumpa ada dua. ADA DUA OKAY!!! Masa aku rasa tu, satu je, Hurm. Then, doctor pun explain, macam aku cakap tadi. Sees is normal when our hormon change. Lump pula, ada banyak possibility either hormon change, makanan, stress, tak cukup rehat - Semua nie boleh menyebabkan wujud nya lump nie.

*SAMBUNG BERCAKAP*

Dr. Pat : You know what, i will give you some tips to prevent breast cancer.
Me       : Okay doc, what is it?
Dr. Pat : Do you have boyfriend?
Me       : Haaa? .................. Erk, yes. (jawab dalam nada was was. apahal nak tanya pasal bf nie????)
Dr. Pat : Suruh dia masuk minang cepat and kahwin. (Dia senyum)
Me       : Haaaaaaa? (Blur)
Dr. Pat : Yes, ask him to propose you and get married. (Senyum lagi)
Me       : But why doctor?
Dr. Pat : Get married faster, get baby before your age 30, breast feed the baby. The more babies you produce the more breast feed you will do. So this is just a simple tips to prevent the cancer. But in the same time you need to change your lifestyle, dun get stress. Try to find a way to release your stress. Your food, try to avoid fast food, fried chicken, and instant noodle. 
Me       : Ohhhhhh. Okay, understand. Ingatkan apa. Huhu. T_T

Selepas itu, doc suruh aku pergi buat ultrasound. Aku pun pergi la, geli geli sejuk masa buat. Hahahahahahahahahahahahahaha. Lepas tu doc yang buat ultrasound tu sah kan memang ada dua biji. Satu bersize 1.3cm satu lagi 1.8cm. 

Doc Pat cakap, tengok dalam masa 6 bulan sama ada dia mengecil atau dia membesar.

2nd Appointment
Selepas 6 bulan, jeng jeng jeng. "DIA MEMBESAR DENGAN SIHAT" kata doctor Pat. :(((((((((

Terdiam seketika. Ternangis seketika juga. Hahahaha. T_T Doc cakap kena buang lump tu, untuk mengelak benda tu menjadi lagi serious. Ok fineeeee...........
Aku buat keputusan on 23 Feb 2015 membuat operation. 

Nanti Sambung on Operation Day. Hahahahahaha. Macam hape jeee. 

Bye, wsalam 







Monday, February 16, 2015

Diet Atkins - LS

Assalammualaikum, 

Diet? Apa itu diet? Tipu lah korang tak tahu apa tu diet? Nak kena penampor ke pelempang? Choose one please. Hahaha. So diet, ada apa dengan diet? Bagi a .......

TERLALU BANYAK MEREPEK!

So disini saya ingin menceritakan punca saya menjadi gemuk dan macam mana saya melakukan diet saya. Back to 4 years ago, berat aku 55kg (Zaman kolej) Then pada tahun 2011 aku break up, Kah! Dimana aku tak boleh terima hakikat. *Dear Ex mesti kau gelak kan baca statement aku nie? Tapi go die la, do i care? 

So dijadikan cerita, untuk mengelak menangis, yela menangis selama 2 minggu, parents aku pun dah jadi risau, makan ubat penenang then tidur, itu la rutin aku. So aku nak ubah lifestyle aku, which is EAT EAT AND EAT NON STOP. Dalam masa 2 bulan, berat aku dah cecah 68kg. Serious, tak tipu. Hahahahaha.

End up, my mom scold me, katanya aku nie bodoh, sebab jantan tak guna aku kena bersedih dan seksa diri sendiri sampai jadi gemuk. Sampai semua baju aku dah tak boleh pakai. Another so......... aku cuba untuk ubah lifestyle aku lagi. Aku cuba google diet apa yang berkesan, google punya google AKHIRNYA!! Aku rasa diet nie diet yang tak menyeksa diri aku, iaitu diet ATKINS.

Apa itu Diet Atkins?

Diet Atkins ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat dan lemak di dalam badan. 

Diet atkins mempunyai 4 peringkat:
* Peringkat 1: Induction
* Peringkat 2: Ongoing Weight Loss
* Peringkat 3: Pre-maintenance
* Peringkat 4: Lifetime Maintenance

Induction Diet Atkins dihadkan 20GRAM Karbohidrat sahaja. Untuk memastikan badan anda membakar lemak, bukan glukos.

Untuk lebih lanjut, korang boleh google je "Diet Atkins" belambak keluar. Bukan malas nak cerita, tapi yang atas nie pun aku copy and paste. Kah! Aku bagitau yang senang difaham je. Still tak faham? Okla, aku cerita berdasarkan kefahaman aku.

Atkins nie diet carbo, maksudnya korang cannot makan nie:
- Nasi / Brown Rice
- Roti / Kebab / Prata / Roti Canai 
- Mee / bihun / spagetti / kuew tiaw / macaroni 
- Sugar (Haaaa, yang nie banyak) : Ice cream, air coke, air pepsi, segala air dalam tin dan botol yang MANIS! Ok, yang manis! Jangan pula ada yang tanya "100plus boleh tak, sebab 100plus kan kurang gula" aku lepuk baru tahu kurang gula ke tak. AS LONG AS IT CONTENT SUGAR, IT IS NOT ALLOWED! 

Ok, summary la. Segala jenis makanan yang berasaskan kanji, gandum, manisan, buah buahan dan kekacang tak boleh masa induction. Korang faham faham la kan makanan berkanji, gandum and etc tu macam mana. Kalau tak tahu, try google. Tapi kalau dah besar, sepatutnya dah tahu la kan? :D

Actually induction is min 2 weeks, sesiapa yang tak puas hati dengan 2 minggu, boleh extend untuk buat induction selama 6 bulan. Macam aku, aku buat je induction non stop sampai dapat berat badan yang puas hati. Huhuhu. Tapi weekend aku cheat, hehehe. Tapi kalau nak cepat kurus baik jangan cheat la. :)

What else? Oh menu aku.

Ini yang aku amalkan everyday.

Breakfast:
- Telur setengah masak, telur rebus, scramble egg, omelette, telur dengan bayam, telur dengan sardin
* Quantity untuk telur rebus - kadang tu dua biji cukup, kalau lapar tahap tak boleh bawa bincang, 3 biji.
- Air kosong

Lunch:
- Ayam dengan sayur
- Ikan dengan Sayur
- Paru dengan telur
- Salad dengan telur
- Salad dengan tuna
- Sup sayur
- Seaweed sup
- Sup Ayam
- Tomyam Campur
- Air Kosong
*Anything as long as no nasi, no mee, no kanji, no roti laaaaaa

Dinner:
- Lebih kurang dengan lunch je
- Kadang buat ayam burger (Brand Ramli), dengan telur
- Air Kosong

Ada yang tanya "na, apa kau makan kalau kau lapar even dah amik breakfast semua."
Jawapan: Masa mula mula aku buat, yessss. Memang seksa bagi siapa yang suka mengunyah time buat kerja / tengok tv / lepak and etc. Aku cadangkan masak telur rebus, goreng ikan bilis, or buat salad. Tapi sekarang kalau aku lapar, aku minum air. minum dan terus minum. Hahaha.


So just wanna share, aku buat induction almost 2 months. From 68kg sampai 54kg, dapat bertahan selama 1 tahun setengah. Lepas tu, kelaut la kita. Semua kita makan tanpa hiraukan berat badan yang akan naik dengan mendadak. Huhuhu. Sepatutnya kita kena lah maintain and jaga makan harian tu, make sure less fast food ke, nie tak weiiii. Pagi mcd, lunch kfc, malam pizza. Gila kau tak naik kan? Kah!

Haaaaa. 1st pic from left (68kg), tengah tengah (60kg), last sekali (54kg)
Nampak kan perubahan dia? Sekarang aku kena nekad lagi sekali untuk buat diet Atkins nie. So far dah buat 1 bulan, Alhamdulillah dah turun 5kg! Yeahhhhh! Another 5kg, tapi nak buat another 5kg tu yang seksa tuuuuu. :(

Tips nak tahan lapar?

Hurm, bagi aku no such thing untuk tahan lapar. Makan makan makan, but no carb. Aku tahu ada yang buat 1 minggu then give up. Banyak kawan kawan aku macam tu. Huhu. So tips dia:


  • Make sure makan untuk time. Means, breakfast lunch and dinner JANGAN SKIP!
  • Kalau rasa lapar, minum air banyak banyak.
  • DOWN. kalau rasa down, rajin rajin kan la diri untuk buka group Atkins dekat FB. Just search "Kelab Diet Atkins[Malaysia]" follow them. Dalam group tu, aku boleh dapat semangat dari geng geng Atkins. Aku tak sure la korang macam mana, tapi bila down and rasa give up memang aku suka buka page tu. 
  • Besides that. dalam group tu pun ada macam macam menu. So tak ada lah korang asyik makan ayam ayam ayam. Ikan ikan ikan. Daging daging daging. 
  • RAJIN! Rajin dari segi sediakan makanan. Kalau tak pun makan dekat luar, tapi lama lama korang confirm bosan. Serious!
  • PENGARUH KAWAN KAWAN. Contoh: kawan kawan ajak makan itu ini (yang haram untuk atkins), yang nie mental korang kena kuat! Macam aku memang aku tolak, dalam hati niat aku nak kurus, nak kurus and nak kurus. 
What else ea? Hurm. Rasa nya nie jela kot. Kalau nak tanya apa apa, sila la. No problem deh. :)

Sekian Wsalam







Monday, January 26, 2015

Hi 2015

Assalammualaikum,

Rasanya macam dah lama gila tak update blog. Last update January 2014, kah! Sangat lama. 

2014? 

Banyak benda yang berlaku, terjadi, dan dijadikan. Hahaha. Kerja? Alhamdulillah, dapat kerja yang ok, gaji pun alhamdulillah. Stress? Itu adalah perkara biasa untuk semua kerja, tipu lah kau dapat kerja tak stress, tak payah struggle.  SANGAT TIPU LA KALAU TAK PAYAH STRUGGLE ! 

Oh ya! I travel alot. Tak adalah alot, tapi dapat sampai Hongkong, Bangkok. Alhamdulillah. Insya allah this year murah rezeki, kita berjalan lagi. Bagi aku, berjalan nie jangan ambil masa lama untuk pikir. Ticket murah, beli! jangan tunggu. Kalau tunggu memang menyesal. 

Love? Alhamdulillah, I found someone. Someone that can be my imam oneday, Insha allah. Sampai sekarang masih bertahan, moga dapat bertahan hingga ke Jannah. 

Insha allah, kalau diberi peluang aku nak share pasal travel ke Bangkok and Hongkong. 


*Tahun nie macam nak rajin update blog je. Kah! 

Ok, sekian wsalam. :)