Blogging

Lilypie Angel and Memorial tickers

Sunday, April 17, 2011

andai lelaki tahu . .. ...

andai lelaki tahu : apabila seorang perempuan jatuh cinta , lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya . ♥

andai lelaki tahu : apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata , itu bukan bermakna dia lemah , tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu . ♥

andai lelaki tahu : apabila seorang perempuan marah , memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah , itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu . ♥ lihat saja pasangan yang baru bercinta , jarang bergaduh . tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang , semakin banyak pula pertelingkahan yang berlaku .

andai lelaki tahu : apabila perempuan bercakap banyak , dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas , tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat . ♥

andai lelaki tahu : apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah , itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya , tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik , bukan untuk dirinya , tetapi untuk masa depan anda . ♥

andai lelaki tahu : apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda , bukan bermakna dia tidak sayang . tetapi DIA TERLALU SAYANGKAN ANDA dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian . kadang kadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya , anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi .

andai lelaki tahu : apabila perempuan merajuk , jangan kata dia mengada ngada . dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen , tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai . ♥

andai lelaki tahu : apabila perempuan jarang mengatakan "i love you" , itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya , bukan hanya hadir dari kata kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya . ♥

andai lelaki tahu : apabila perempuan kata dia rindu sama kamu , dia benar benar maksudkannya . apabila berjauhan , bayangmu akan sentiasa bermain di mata . ♥

andai lelaki tahu : apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu , jangan percaya kata katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu . dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya . walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya . selagi dia dengan kamu , percayalah , walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya kamulah yang terbaik . ♥

andai lelaki tahu : apabila perempuan menjadi degil , bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan karenahnya . percayalah hati perempuan sangat lembut . andai kena caranya , jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat .

andai lelaki tahu : sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri tetapi sekiranya memreka saling memahami , mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali . di sebalik air matanya , tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya . biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya .


p/s kepada lelaki : hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekautan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna .


sekian , terima kasih . :)


2 comments :

  1. andai la dia tahu. yg aku xsgup kehilangannya :)

    ReplyDelete
  2. wah , ayat novel ! hahaha .
    sama la kita , andai dia tahu , haish ........... :D

    ReplyDelete