Blogging

Lilypie Angel and Memorial tickers

Thursday, April 19, 2012

Tentang Hati

Assalammualaikum Cinta ♥,

Semuanya bermula dari hati. Yes hati, tanpa hati bagaimana kita hendak sayang seseorang, right? Tanpa hati, bagaimana kita hendak mencintai seseorang? Tanpa hati juga, kita mungkin akan bersikap kejam. Tak kiralah kejam sesama manusia, binatang dan sebagainya.

Secara jujur, hati aku sangat lembut. Mudah jatuh cinta dan sayang pada seseorang. Dan dengan hati yang lembut ini juga lah telah memberi aku kesakitan dan juga kekuatan dalam hidup aku. Seorang demi seorang, menyakiti hati aku. Malah yang menyakitinya adalah orang yang aku sayang dan orang yang aku tak sanggup kehilangan.

Kadang kadang aku cuba kuatkan diri aku supaya tidak mudah jatuh cinta. Sebabnya, skali aku jatuh cinta sangat payah untuk aku lupakan. Tapi semua tu IMPOSSIBLE. Sekarang aku jatuh cinta lagi. Tapi aku jatuh cinta pada seseorang yang tidak mungkin akan jadi milik aku. Macam mana aku tahu? Naluri perempuan sentiasa betul. :D

Hurm, aku cuba kuatkan diri aku supaya aku dapat lupakan dia. Tapi payah! Sangat susah. Kadang kadang aku fikir seolah olah aku nie syok sendiri dan kadang kadang tu aku rasa cintaku bertepuk sebelah tangan sahaja. Hurm. Sangat pedih dan sakit kalau cinta tu tak dibalas.

Walaupun saya tidak dapat miliki diri awak dan hati awak sepenuhnya, saya akan tetap sayang awak, cinta awak , dan setia menanti seperti apa yang telah saya janjikan dekat awak. Saya sayang awk and saya rindu awak sangat sangat.

Sekian terima kasih.
Ikhlas dari,
NL.

Ps: aku rasa ayat ayat aku nie macam membunuh org, sila matikan diri anda seketika. Hahahahaha. Bye!




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

2 comments :

  1. akak tak nak mematikan diri pon hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha, nape xnk lak? ayat2 yana dah cukup bt owg mati dah tu. :p

      Delete