Blogging

Lilypie Angel and Memorial tickers

Wednesday, October 26, 2011

Tokmak's Treat .. Part 3

Assalammualaikum, 

Welcome back yaw! Haha. Ok, sekarang nak cerita pasal tokmak belanja saya. Ceritanya bermula disini. Tengah sedap updated status di FB and BBM, tiba tiba cousin ku post nie dekat FB:


Then pikir balik, a'ahkan aku cucu yang pertama GRADUATED. Bangga siot! Hahahaha. Then feena pula keep on wish me dekat BBM. And guess what, tokmak nak belanja aku makan. Wah! Seronok siot, hahahaha. Susah aw nak tokmak belanja aku. Thank you tokmak.. Nana sayang tokmak sangat sangat.

Then, ktorang makan dekat Restaurant Cina Muslim at Kajang Perdana. Sedap la juga, and banyak gila fina order. Hahaha. AND AND! Diorang bagi aku balloon and Bear Bear comel! Lawa, terharu sangat sangat. Happy tak terkata la. Walaupun penat gila gila, tapi aku tetap happy.

Kan best if arwah atuk ada sekali, mesti dia happy juga kan? Dulu dia pernah pesan " Nana belajar rajin rajin ye, atuk nak tengok nana masuk universiti, nanti boleh sambung dekat negara mat salleh, nanti atuk bayar. " Ok, aku nak nangis. Aku sentiasa ingat kata kata atuk tu. Aku harap sangat dia ada dengan aku time macam ini. Time aku dah berjaya. Ok, air mata mengalir. Haish........ T_T * RINDU ATUK*


Surprise! Ini dia balloon tu, and bear bear tu. Comel tak? hehehe
Terkejut aw, masa si kina bawa keluar balloon and bunga tu. hehehe

My lovely cousin, dia la yang planned eveything. Hehehe. Thanks hun. :)

Wink wink! :D
Suka! Suka! Suka!
Meja masa mula mula...
Kemudian....... Hahahaha. Terbaik tak family ini? They are cool ok.. :D

Itu dia, my tokmak! Nana sayang tokmak!!!! :(
Thank you tokmak.. :')

Part of Hassan's Family. Thank you korang. Untuk memeriahkan lagi keadaan. Happy sangat sangat and kenyang sangat sangat. Hehehe



 P/S buat kawan kawan: Korang, yana nak minta maaf ye if yana ada buat salah selama kita hidup bersama selama 3 tahun setengah. Terima kasih yana ucapkan kerana sudi kongsi ilmu dengan yana yang si lampi. Hehehe. 

Farah Deng: Deng, aku minta maaf ye if selama aku jadi housemate kau, aku ada buat hati kau sakit, tak ambil berat pasal kau ke, selfish ke, suka tarik muka ke, suka marah marah, suka buat perangai minta kaki ke, or maybe aku ada terkedekut ilmu dengan kau ke, aku nak minta maaf ye deng. Aku sayang kau, aku da anggap kau macam kakak aku dah. Sumpah, aku rindu nak karok dengan kau, makan ayam goreng dekat cafe, buat kerja gila dengan kau and macam macam. :(

Qila: Lalink, I love you. Kau la kawan terbaik bagi aku. Kau sangat faham akan diri aku. Kau selalu ada time aku perlukan kau. Thanks ye. And thanks lalink, selama kita belajar ini kau tak pernah jemu untuk share info dengan aku semua. And kau sudi buat assignments dengan aku, teman aku dan sebagainya. Bawa aku pergi jalan jalan sana sini, bawa aku pergi makan dekat tempat yang tak pernah aku pergi. Hehehe. Thanks sebab bawa kawan kau yang jakun nie. Kau dekat UK study elok elok ye lalink, and berjaya. Nanti boleh kau cepat balik Malaysia, banyak benda aku nak cerita dekat kau. And aku nak hug kau macam kau selalu hug aku. Kau la BF paling aku sayang! Sayang kau sangat beb.. :(

Shadza: Ja, ja la kawan yang pertama yana tegur time 1 sem. Masa mula mula yana ingat ja tak nak kawan dengan yana. Hehehe. Agak sedih disitu, sebab ja macam sombong je mula mula. After dah kenal ja, ja friendly, ja caring. I love you baby. Thanks ja, sebab ja tak pernah jemu and bosan if yana tanya banyak soalan pasal study. Ja sabar je dengan karenah yana, and ja faham yana jenis macam mana. Thanks so much. Sebab memahami kawanmu yang lampi nie. Hehe. Ja, thanks sebab sudi teman yana makan dekat syahira, and mana mana aja. And thanks ja sebab caring gila if yana sakit semua. Yana appreciated sangat sangat, Allah sahaja lah yang boleh balas jasa ja. Thanks. Ja study elok elok ye kt UK, jangan banyak tidur!!! Hehehehe. Jangan lupa makan, xsehat makan ubat. loveyou.. :(

Mus: mus, thanks sebab sudi menjadi ketua group dari first sem sampai la ktorang convo nie. Aku nak minta maaf mus, if selama nie aku tak memberi kerjasama dalam kerja group kita, or hasil kerjanya tidak memuaskan hati kau. Ampunnya mus, kau pun tau kan aku jenis lampi sikit. Hehehe. Sorry, if aku ada tertengking kau. Ampun. Kau pun tahukan aku jenis panas baran, tak boleh dipush and stress. Hehehe. Ampunnya mus, aku tetap suka berkerjasama dengan kau. Kau the best.. UNTUNGLAH dapat Edexce, United Kingdom Awards- Best students.... Hehe, aku bangga sama kau and congratz yunk. Kekalkan kau nye semangat nya, moga kau berjaya di Taylor's. Hehehe. Heart u beb! :)

Nad, Kak Fara, Ezza, Alyn: korang, thanks you so much for the brilliant party every year. Korang memang the best, plan apa apa tetap the best. And thank you sebab bagi yana menumpang rumah korang time kita tengah struggled buat assignments. Sorry ye if yana buat semak rumah korang. Hehehe. Korang thanks sebab sudi shared ilmu dengan yana, sabar mengajar yana, nak nak nad tu sabar gila ajar yana dalam Account. Hehehe. Ezza, sorry if time ezza tengah sedap buat assignment dalam bilik, yana kacau. Saja, boring. Hehehe. And yana takkan lupa that moment time kacau ezza. Kak fara, thanks kak sebab selalu tarik rambut yana if yana tengah pening, sorry kak selalu kacau akk time akk tengah sedap tengok hindustan. Hehehe. Alyn, maafkan yana if yana ada terguris hati alyn, mana tahu yana bahan bahan alyn buat alyn touching. Sorry ye. Yana rasa sangat bertuah dapat berkawan dengan korang semua.. :')

Ecah and Diniy: Diniy! kau memang! Mulut, memang tak ada insurance. Macam mana pun, mulut kau tu la buat aku rindu. Tak ada orang nak marah aku, tak ada orang nak maki hamun, tak ada orang yang suka buat sumthin happening. Hanya kau je boleh buat macam tu. Hehehe. Aku suka kau yang ori, tak perlu nak ubah ubah. Be your self. Walaupun kadang kadang tu nasihat kau tu menyakitkan hati, tapi ia sangat berguna. And aku selalu ingat nasihat nasihat kau. Aku sayang kau diniy. :) Ecah!! Balik UK kang cepat cepat tinggi ye. Hehehe. Ecah, walaupun kita baru rapat, tapi banyak memories yang indah indah dengan kau. Aku takkan lupa time kita kerja dekat Alamanda tu, pasal kereta kau. Hehehe. Time ada kereta rosak, mesti aku ingat kau.. Aku nak minta maaf ye if aku ada buat kau marah.. Jaga diri lelok dekat UK.. sayang kau! :')

Balot: Thanks wei! Sebab sudi shared assignments, hahahahhaha. Isi isi penting dalam assignments. Sebab idea kau memang power, dengar cerita kau nak exam kan? All the best yaw! And thanks, sebab sudi bawa aku dengan lalink jalan jalan, dekat sungai congkak la, Bukit Tinggi la. Hehehe. And family kau sangat sporting wei, rindu dekat makcik. Kirim salam dekat mereka ok.. :)

Korang, yana harap after kita dah habis convo ini, jangan lost contact ye. Keep in touch with each other, if ada time jom hang out makan makan macam dulu ok. Sumpah yana rindu time kita lepak dekat dataran, mcd, giant, semua la apa yang kita lalui bersama. Gonna miss u guys so much..




Sekian terima kasih.
XOXO from Nurul Liyana. :)
mmmuuaaahhh!


Jangan lupa Baca PART 1 and PART 2 ok.. :)



3 comments :

  1. Yanaaa..... Terharunyaa... Hehehe.. Akak pun sama jgak, nak mintak maaf kalo selama ni akak ada terguriskan hati yana tanpa disedari.. Serious akak rindu zaman student dulu, study sama2 hang out sama2 tido sama2 party sama2.. Senang cter, smua benda la buat sama2.. Skrg ni masing2 bwk diri masing2.. Tapi as long as kita masih hidup, jgnlah lupakan kawan2 kita walaupun kita dah ada kawan baru (akak ckp ni pun utk mengingatkan diri akak jgak).. Good luck for your life in what ever you do.. !! ^_^

    ReplyDelete
  2. Dengan aku senang je tanak lost contact, pe lagi, bak datang r Bold 9780 putih punye.. ^__^
    Psst: aku pon rindu nak kacau kak farah layan hindustan!

    ReplyDelete
  3. @DINIY
    ah kau! beli sendiri r.. hahahaha. nie pun aku minta bapa aku. hahaha. itu la, best kacau kak fara. lps tu dia tarik muka. hehe

    ReplyDelete