ok, cerita ini berdasar kan DR. Fadilah Kamsah. renung-renungkan dan selamat beramal. hee~
JOM BUAT PERDOMAN BERSAMA! :)
:. Jika kamu memancing ikan. Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu. Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu shj. kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.
* Begitula juga setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kpd seseorang. Setelah ia mula MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya. Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu shj. Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu.
:. Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengaharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar keperluanmu. Apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menambalnya semula. Akhirnya ia dibuang. sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi.
* Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya.
:. Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan, berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakanya. Kamu akan menyesal.
* Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan, yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU, MENGASIHMU. Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGAN apabila dia menjadi milik orang dan kamu juga yang akan MENYESAL.
ha, so kepada gadis² dan jejaka² di luar sana, jangan la terlalu memilih dan inginkan kesempurnaan. nanti, kowg gak yg menyesal. haish! begitu juga saya. -_-'
betul-betul. kene ukur baju pada badan sendiri :)
ReplyDeleteyup²! betul. suka gila la yg nie. sesuai tuk owg yg jenis memilih. hee
ReplyDeleteyup²! betul. suka gila la yg nie. sesuai tuk owg yg jenis memilih. hee
ReplyDelete