Blogging

Lilypie Angel and Memorial tickers

Saturday, June 30, 2012

Happy Belated Birthday Jaja

Assalammualaikum Cinta, 

Hai hai lagi dua kali, hahaha. This post aku nak cakap pasal Jaja atau lebih dikenali NURUL SHADZA BINTI GHAZALI yang memegang no matrix : BS (LTON) - 03/08 - 00023. Hahahaha. Meh aku kenalkan dia dulu. Dia ini kawan kolej aku dan juga merupakan orang pertama aku tegur selain housemate aku. Nak tahu cerita? Masa first day class, ktorang gerak dari Dewan Orentasi, masa tu aku tahu yang dia amik business juga. So, aku cuba lah berani kan diri untuk tegur dia. Nak buat kawan kan, masa tu dia dengan Hazwan, sorang lagi classmate aku. So, dengan berani + muka tebal aku tegur dia. Masa tu, pewh!!! Dia macam sombong, penat aku kenalkan diri aku. At the end dia cakap dia nak pergi toilet. Aku macam, huh! Dia macam tak kawan dengan aku je. T_T So, aku pun membawa diri lah pergi class sorang sorang. 

Masa dalam class tu pun, dia duduk jauh. Ok, dah tahu dia taknak kawan dengan aku. Hahahaha. Lepas tu, masa tu lecturer ada bagi kerja group. Masa tu aku ajak dia masuk group aku. :D So, dari situ lah aku kenal dia lebih rapat and aku dapat tahu dia bukan nye nak mengelak dari aku masa aku kenalkan diri. Dia nie kuat sakit perut + suka masuk toilet melabuh. Hahahahaha. So, no sentap sentap dah. 

Birthday aku on 26 Feb meanwhile dia 17 March so beza 29 hari. Kalau dekat kolej, sahabat sahabat tercinta suka celebrate birthday aku dengan dia. First year celebrate sekali 2009, masa tu aku ingat lagi aku nak demam, and member yang lain bagitahu yang Ex jaja nak buat surprise for her birthday. Disebabkan dia member gua, aku kuatkan diri pergi bagi surprise. Masa tu aku naik kereta dengan hazwan. Semangat lah Hazwan bagitahu plan kononnya Hazwan kena pukul semua. Jaja nie pentingkan persahabatan, and Hazwan tu pun bestfriend kami. So for sure la Jaja akan kelam kabut, so Ex Jaja and Jaja akan selamatkan Wan. Lepas tu Wan stopkan aku dekat Block A5 dekat kolej, aku macam apa korang plan nie? Nak aku jalan sorang2 pergi taman kolej? Arggghh, rasa nak tampar wan masa tu. Hahahaha. Sekali tengok, aku pun kena prank. Siot betul, anyway, memorable moment. :)

[DSC02813.jpg]
Nie lah pictures kami bersama. :)


Second celebration, aku tak ingat. Hahahaha. Tapi the third time masa tu ktorang dah habis exam. So plan pergi makan ramai ramai dekat Jalan Cempak dekat Nilai. So, sampai sana memang makan banyak banyak la, lepas tu masing masing perangai pelik. Aku pandang Ja, Ja pandang aku. Seem like we know diorang nak buat something nie. Hahahaahhahaha. 

Nie pictures kami bersama tahun 2011


So, tahun nie tak dapat nak celebrate sama sama sebab dia dekat UK. Last two weeks dia balik Malaysia sebab kakak dia kahwin. Actually aku banyak share story dengan dia. From A until Z about me she know. Percintaan, family dan lain lain semua dia tahu. Dia juga kawan susah senang aku, honestly dia tak pernah jemu nak layan aku. Aku nie dah la lembab, blur, dia je yang mampu sabar dengan aku. Dia juga selalu bagi aku semangat kalau aku down. So, Rabu lepas dia ajak lepak berdua. Sebab masing masing nak share story CINTA kami. Hahahaha. So, kami pergi la KLCC sebab dekat dengan tempat kerja aku. Memandangkan aku tak beli apa apa untuk birthday dia, aku plan nak bagi dia surprise cake. Tapi haram, degil perempuan nie. Hahahahaha. Then lepak kt Chilis macam bapa kita punya restoran la. Dari pukul 7 sampai 9.30 duk sana makan, gossip, luahkan perasaan, and celebrate birthday dia. 

Yang aku geram, dah cakap jangan tengok. Degil! Nak juga tengok. Haish. So, aku tunjuk pictures la ea.:)

For her. :)

I suka part nie. cantik sangat. :)


SI JAJA THE BEBBEE

SI YANA THE AMOY

Happy birthday sahabat, moga pershabatan kita kekal hingga ke jannah. :)
Amin.

Dia lagi. :D

OK, this part. Jaja bagitahu aku. "Beb budak nie macam comel."
Aku cakap "Kenapa, nak snap pic dengan dia ke? Hahhaa"
Jaja "Aku cabar kau panggil dia"
Me "OK. Dik, akak nie cakap kau comel. Dia nak snap pic dengan kau. Boleh? " hahahaha
Nasib budak nie sporting gila nak mampos. Tak tanya nama pula. :)

Gagagagagaa, aku pun nak. Hahahaha
Nasib bek dua dua Janda Hot. :DD

Beb, thanks for being my good friend tak kira susah atau senang. Aku ingat lagi, masa dekat kolej, kalau sakit dia belikan sup ayam, bawa pergi jumpa doctor, jaga aku elok elok macam mak jaga anak. thanks beb. And lu banyak sabar dengan gua dalam study. And gua akan ingat lu kalau dengar lagu lama lama english, sebab masa buat assignment gua suka pasang lagu gitu. Lu je boleh layan lagu gitu sambil buat assignment, means kita sekepala la. Yang lain semua mengantok. Hahahahaha. Thanks beb, gua sayang lu. Friendships till Jannah. InsyaAllah. :')

Sekian, terima kasih. :)
p/s: siapa yang nak tempah kek tu, boleh call aku or message or IM or tweet. Sumpah sedap kek tu. Kek pelangi nama nya. :) BYE! 




Kakak Jaja's Wedding

Assalammualaikum Cinta,

Hai hai hai, lagi sekali aku nak membebel. Ok, aku nak make it fast. Hari sabtu lepas wedding kakak Ja. Kakak dia askar and kahwin dengan Navy. Awesome kan? Kahwin lalu bawah pedang bai. Adventure sikit. Tapi lagi adventure kalau kahwin lalu bawah Pisau kata encik UR. Hahahahahaa.

So, event tu on SABTU, dan sepatutnya aku kerja, tapi aku ponteng kerja! Hahaha, tak ada la. Aku ganti, hari nie hari sabtu, sepatutnya aku cuti, nie kena kerja ganti last week la. Haish, faham tak? :DD ok, nak cakap pasal card wedding dia. Awesome bai. Nanti aku tunjuk. Serious, teruja gila aw. So, aku tunjuk pictures sila la menghayati ye. :)

Tarra! Cool tak cool tak? Please say YES!!
Card wedding dia berbentuk pasport. :D


Haa, nie isi kandungan dia.
Please say cool again!!! Aku meroyan masa dapat card nie. :D


Tarra! The bride and groom. :)
Cantik dan handsome kan? Sepadan sangat sangat. :)


Haaa, amik kau. Abe abe segak berbaju putih dan kemas pegang pedang.
Hewhewhew, terpikat kejap. :DD
Jaja cakap, selalunya kalau askar kawen diaorang diiringi dengan 5 orang abe pegang pedang je.
But this one special sikit for special case. Ada lah case nya, tak boleh cakap.
Rahsia. :D


Bangga nya dapat jalan bawah pedang.
Kalau lah aku dapat jalan bawah pedang. #Berangan.. =.='


See, lawa kan? And diorang sangat happy lalu bawah pedang.
Arrgghhh! Nak juga!!
#Meroyan kejap. Hahahhaa


Muka serious betul abe ipar Jaja. Hehehe


Haaa, yang nie kan.
abe abe baju putih tu semua macam buat sumthing atas kek tu tau, tak tahu la nak cakap macam mana.
Tapi aku yang tengok teruja kejap la.
After pengantin dah potong kek, pengantin lelaki tu akan amik pedang dia and leraikan pedang yang len.
Erk, faham tak? Tak faham tak apa lah, nanti ada askar wedding sila pergi.
sekian. Hahahhaa

See balloon dia! Cool kan? Nanti aku kawen nak buat gini juga. Hahaha



Dekat wedding Jaja nie juga la kita semua dapat gather semua. Not semua, tapi yang ada dekat Malaysia la.
Yang dekat UK tu, kami menunggu awak awak semua balik. :')
Miss orang orang UK.
Oh ya, kak farah dah balik awal masa nie, and alyn pula kerja. Its ok, next time lepak lagi ye. :)


So, the end sudah the story. Sumpah aku cakap masa datang wedding Kakak Jaja buat aku teringin nak kahwin. Hahahaha. Entahlah, macam syok dia nya majlis and everything. Kak Ina, yana doakan akak bahagia ye dengan abang tersayang, jadi isteri yang solehah and insyaAllah mummy yang baik. :D

Saya tengah imagine macam mana saya nak lalu bawah pisau yang dimaksudkan oleh encik abe UR saya tu. hewhew, confirm tak lepas! Sebab gemuk. Hahahhaa. BYE! :)

Abang Hery Wedding and Hassan's Family Activity

Assalammualaikum Cinta,

Dari haritu aku cakap nak update blog baru hari dapat update. Sebabnya nak update dekat rumah, internet rumah pula buat hal, nak update dekat office apak pula ada. Oh, apak tu boss aku. Hahahahaha. So, probably aku akan update 3 post sekali gus. So get ready jela ye aku nak membebel. :D

So this post pasal wedding abang sepupu gua. Wedding dia on 17th June 2012, dah lama kan? Baru sekarang aku nak update. Hahaha. So, macam biasa apabila ada wedding nie confirm lah kan semua saudara mara akan berkumpul, begitu jugalah dekat keluarga Hassan nie ha. Memang kecoh gila, kecoh tak terkata. Hahahaha, tapi gua tak malu ada family gitu. Bagi gua diorang SPORTING, HAPPY GO LUCKY and tanpa diorang sesuatu majlis takkan meriah. So kepada sesiapa yang nak masuk dalam family Hassan, tak boleh nak ada perasaan malu bagai ok. Kalau malu, sila undur diri dari family kami. Hahahaha. CC: Mohd Azmir gemuk peti ais. :p

Lepas dah habis wedding, masing masing kecoh dekat lobby. Hahaha, tanya apa next plan. Sekali papa aku cakap dia nak karaoke. So, apa lagi balik rumah salin baju dan terus gerak gi Mines. Sebab yang tu paling dekat dengan rumah masing masing. Ha, masa dekat karaoke nie korang jangan terkejut aw tengok pictures yang disenap. :DD

So, aku tunjuk gambar gambar jela ea. Biar gambar gambar yang describe everything. :)

Itu dia abang sepupu aku. Ada macam muka papa aku tak?
Aku rasa ada sikit. :D
Hehehe


Eh eh, jeling jeling pulok dia. Hahahaha
Abg Hery handsome, tapi kenapa kau nampak macam berisi bang? =.='


Ce teka yang mana aunty and yang mana anak buah?
Hahahaha


Kami nie kan, tak senonoh tau! Belakang tu pengantin tengah makan.
Yang ktorang boleh tibai snap pictures gini. Tayang bontot dekat pengantin. =..='


The sepupu sepapat sekupu kupu sepapan dan lain lain. :D
Yang tengah duduk pakai tudung itam tula kumpulan nasyid Solehah. :)
Muka sama tak? Hewhewhew


Eh comel la budak buat peace tu, macam amoy. Hahahaha
*TAKMALUPUJIDIRISENDIRI*



Aku dah cakap, tak senonoh keluarga Hassan nie. Terutama sekali, si mamat baju putih macam toyol tu.
Hahahaha
Kami the sepupu spapat sekupu kupu dan lain lain lagi. Hahaha

Ya! PowerPuff Gurl Hassan Bergabung. Hahahaha
Baru aku perasan, masing masing pakai kasut fav color masing masing.
Fina - purple, me - green, bab - pink. :D

Haaa. Aunty aku yang tengah menyanyi nie dulu penyanyi aw.
Kumpulan Puteri Remaja / Puteri Lilin. Gi la google. Hahaha
Abdul Aziz nye keturunan memang power power suara nya. sekian. :D

OH! Si gemuks itu aku! =..='

Dengan budak kecik bajet retis gitu. Hahahaha

Masa nie uncle aku buat konsert sendiri.
Ktorang nie backup singer.
Nyanyi lagu CINTA ANAK KAMPUNG kot if im not mistaken. :D

See, aunty aku. Macam monyet mana ntah.
Tapi dia la yang paling sporting, paling ngam dan paling masuk air. :D
Yang nie pula, penat memancing, so kerja dia tidur.
Yang ktorang duk nyanyi melalak menjerit, dia buat bodoh je.
Dia cakap, papa anggap u all dodoi papa. =.='
See, bangun bangun terus amik mic and nynyi lagu HATI YANG LUKA dengan aunty aku,
tak senonoh papa aku. :D

Ha, pilih uncle. Jangan tak pilih. :D

Lepas dah melalak, pekena CHATIME. Sedap bai. Lega tekak..! :)


So, the end of the story. On next day (Monday) aku MC, sebab demam teruk. Hahahahaha. Masa karaoke tu memang dah batuk, sakit tekak, selesema dah. So, sampai sini sahaja. Next entry pula Kakak Jaja Wedding. :D

BYE!


Monday, June 18, 2012

Senyum Selebar Lebarnya


Assalammualaikum,

Ehem ehem ehem. Just a short updated. I have a date again. But this time dengan abang comel aku yang tembam pipinya yang comel yang dan yang yang la. Hahahaha. Merapu dah aku. =..='

Siapa abang comel aku? Mohammad Umar Rasidee. Hehehe. Finally, berapa bulan aku tunggu baru lah dapat jumpa dia. Dia jauh nun di sana, aku jauh nun di sini. Mana nak jumpa, nak aku pergi sana macam susah. Tak ada sedara mara disana, nak aku gi sana tunggu la time aku nak holiday gi sana. Hehehe. So hari khamis hari tu dia bbm dia ajak meet up on saturday. Aku pun on la, rindu bai. Lama tak jumpa. Pada mulanya nak jumpa bulan 3 hari tu, then tak jadi. Tunda punya tunda sampailah last saturday. *Purling purling*

Sangat awesome! Rindu dia sangat sangat tau. Hanya Allah je yang tahu macam mana rindu aku dekat dia. Hahahaha. Then jumpa, makan, citchat, jalan jalan, tengok wayang. Lepas tu jumpa member dia Muney yang handsome bergaya! Hahahahaha. Lepas tu aku cakap "awak! Jangan lupa snap pic, nanti kita meroyan lagi kang macam dulu." Hahahahaha.

Snap snap, rasa comel pula kami berdua. Hewhewhew. And aku macam pelik dekat mamat nie, dia suka tersenggih. Pandang, lepas tu tersenggih. Aku tanya kenapa, tak nak cakap. Haish. Rasa nak cubit tampar je pipi dia tu. Hahahaha.

Masa otw balik rumah, aku pula tersenggih sorang sorang. Hahaha. Maybe happy, dapat jumpa dia lagi. Dapat juga aku lepas rindu yang membuak buak + gila + banyak + banyak banyak gila. Hehehe. Anyway, thanks awk sebab sudi ajak keluar + sudi jumpa saya lagi + sudi belanja makan. :)

Nie dia dah otw balik hometown dia, semoga dia selamat sampai. Nak nagis pula. Hahaha. Sebabnya, entah bila lagi dapat jumpa dia. Kot kot another 4 5 months. Miss you already. :')

Gua sayang sama lu bro. ♥

ehem ehem, comel tak comel tak?
Haruslah comel, sebab kami mempunyai pipi yang tombam. Kau ada? Hahaha

sekian terima kasih.. 


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, June 13, 2012

Dating Bersama Dedeng - Kelam Kabut Day

Assalammualaikum Cinta, 

Yeah! Aku kembali membebel. Hahaha. Tadi penat, sesak nafas + malas menaip + rasa nak tidur. T_T Ok, nie aku nak cerita nie, hari ahad keluar dating dengan dedeng saya. Wuuu. Siapa cakap single tak boleh dating? Orang yang cakap single tak boleh dating tu gila! :p

Ceritanya bermula disini, get ready ye.. Aku nak membebel. :D

Hari ahad hari tu, aku bangun pukul 12.30. Tak senonoh kan? Sebabnya aku tidur pukul 4 pagi, balik dari tournament badminton dah pukul 2.30, mandi bagai + phone aku buat hal malam tu, rasa nak meroyan. Hmm. So, tak dikira sebagai kategory TAKSENONOH la kan? :D Masa tidur tu kan, aku mimpi aku pergi tengok Madagascar! Hehehe. Then, dengan segera aku bangun, terus lari kat mama and cakap gini "Ma! Jom kita pergi tengok Madagascar!!" Mama cakap " Sudahlah u, semalam kemain cakap harinie nak tidur one whole day and jangan kacau bagai." Hmmm, so disitu dah terang mama tak nak teman. Fine! Sentap and mengadu dekat Twitter. <----- gedik je nak ngadu dekat sana. Hahahaa

Then maybe dedeng ku perasan, terus dia ajak gua dating. Masa tu, dengan pantasnya kemas rumah, cuci baju, sidai baju. <------ tak nak dengar mama membebel, bangun tidur terus keluar gitu *Gua anak yang baik, TQ* Hahahaha. 

So kami plan tengok dekat Mines, then deng suruh tengok ticket pukul berapa. Buka la internet rumah yang lembab nak mampos tahap kura kura. Hmm. Lepas tu, aku blur tengok jadual tu. Kejap 2.30 kejap 3.15. Tetiba baru teringat yang adik aku ada kat Mines, so suruh la dia belikan. Masa tu dah pukul 1.30, aku suruh deng chill. Tak payah bawa motor gila babi, sebab adik aku dah belikan ticket. Then adik aku macam lembab semacam je, stress aku tunggu. Aku BBM deng, cakap dengan dia adik aku tak jadi belikan, sebab aku touching dengan adik aku. Deng dah blur. Few minutes later adik aku call and cakap dah beli tikcet. Then aku BBM deng lagi, cakap dengan dia tak payah rush, ticket adik aku dah beli. Wakakakaakakakaka <------- mesti korang pening baca kan? See, aku menaip pun dah boleh kelam kabut, just imagine on that day, 10x ganda kelam kabutnya. Ada lagi, sila baca bawah. 

Ktorang ke sana dengan motor. Vroom vroom. Honestly, dulu aku takut gila nak naik motor sebab ada bad experience dengan motor. Sejak dah habis belajar nie, kalau nak dating dengan deng mesti naik motor, so lama lama aku dah biasa. Tapi hanya dengan DENG! Dengan orang lain, aku tak yakin lagi. Hehehe.

Sampai depan Mines, ktorang cari parking dekat luar tu. Aku tak tahu pula dalam ada parking untuk motor, yang abang security tu pun satu bengap, tanya dalam ada parking tak. Dia boleh cakap takda, padahal ada. Ok, sekarang cerita pasal dekat parking pula. Lalu deng turunkan aku dekat bawah jambatan tu. Sebab dia nak naik atas divider tu, kalau aku dekat belakang confirm2 la tak lepas. =..='

Then deng suruh aku tunggu sekejap, dia nak kedepan. Masa dia kedepan aku pasan dia nak naikkan motor tu thru divider, aku tengok macam kesian, so aku pun kedepan la nak tolong dia. Belum sempat sampai dekat motor, deng dah gerak ke depan lagi. Aku pun follow je la dari belakang, sampai je ke depan lagi aku tengok dia dah hilang. Dengan motor sekali dia hilang. Ahhh sudah, mana minah nie pergi. Then BBM, tak balas. Nak mesej kredit takde, nasib baik deng call. Deng suruh masuk dalam, sebab dia dapat parking dekat dalam tu. Memang aku sumpah maki hamun la PAKCIK SECURITY tu. 

Masuk dalam Mines, lelaki semua usha aku macam tak puas hati. Aku macam pelik, pehal diorang pandang aku gitu. Tengok dekat tangan aku, rupa rupanya aku bawa helmet aku. =..=' Dahlah masa tu aku pakai seluar bawah kecik, memang macam minah rempit la bai. Tapi gua watlek, gua buat muka ayu masuk Mines tu. Hahahaha. Sampai dekat Mines, BBM deng tanya dia dekat mana. Then dia cakap dia dekat L2, aku pun bergeraklah pergi L2. Sampai L2 tak nampak deng, rupa rupanya L2A. Aku pun naik la tangga sampai ke L2A. Sampai L2A, deng tak ada juga. Rupa rupanya dia dah naik lift gi cinema. =..=' Aku pun teruslah naik gi L3, sampai kat cinema deng tak jumpa cinema so dia tunggu aku dekat RejectShop. Ok, pergi jemput dia. Then pergi cinema. Hahahahahahahahaha. exercise yang sangat awesome. 

So, tengok cerita Madagascar. Movie dia best, dan sangat kelakar. Aku lupa apa nama binatang tu. Masa tu diorang 3 dalam satu cabin, and cabin tu sangat seram. Boleh pula si binatang comel nie buat melodi seram. Hahahahahahahha. Kena tengok, baru la paham apa aku membebel nie. :DD Lepas tu kannnnnn, aku rasa dalam tadika wow! Bunyi budak nagis, gelak, jerit semua ada. Then baru aku perasan, nie movie budak budak memang ler. Then, ada budak duduk belakang ktorang duk tolak tarik kepala ktorang. Haish. Nasib baik la, parents kau ada. Kalau tak, memang aku tolak tarik balik. Hahaha. AKU KEJAM! Yeah! :P 



Lepas movie, aku kebulur. Aku tak sure la dedeng dia kebulur ke tak. Tapi aku ajak je dia pergi makan. Hehehe. So kami makan dekat Kenny Rogers. Hewhewhew. Aku rasa dekat sejam la ktorang dekat sana. Makan, gossip, borak, dan macam macam. Biasala, dah lama tak jumpa kan. :D 







Lepas tu, macam bosan. So ktorang pergi la karok dekat Mines tu. 1 jam je, hamek kau! Puas! Tapi kan, masa masuk tempat karok tu, sumpah rasa macam masuk rumah pelacuran. Hahahaha. Ramai sangat yang guide nak ke bilik tu. Siap dengan walkie talkie der. Then masa gua tengah nyanyi tetiba ada sorang mamat keluar dari bilik sebelah sebab nak cakap telefon. Yang aku pelik, asal dia nak berdiri depan pintu ktorang? Rapat dengan pintu pula tu. DumDum ke hape. Hmmmm. So, dengan muka tak malu, gua nyanyi sambil tinggikan suara aka menjerit. Hahahahahahaha. Lantak la suara gua tak sedap ke hape ke. Then, dia bla. BAGUS. 

Nie la dedeng aku.. Farah Niza. :)


Ok, so the end of my last weekend activites. Amacam? Kelam Kabut tak? Hahahaha. Tapi best, dapat jumpa dedeng. :') Now I miss her again. Ok, tak nak cakap banyak dah! Bye!! :DD



Hassan's Family Badminton Tournament

Assalammualaikum Cinta,

Dimulakan dengan bismillah, sebab aku dapat rasa yang aku akan membebel panjang. Hahaha. So, dah baca  title kan? Boleh dikatakan family activity jugalah sebenarnya. Activity nie dirancang oleh adik aku dengan adik sepupu aku, plan pun last minute. 2 weeks ago baru plan, eh entah la betul ke tak. hehe. So, disebabkan papa aku macam semangat je dengan activity nie, papa cakap nak tempah baju bagai. At the end, apa benda pun tak ada. Itu la papa aku. :DD

Tournament tu on last Saturday night dekat ProShuttle, Balakong. Just imagine, sabtu tu aku kerja, and after kerja papa jemput terus pergi Kuchai Lama, kedai yang dia selalu pergi untuk tukar tali badminton, or whatsoever yang ada kaitan dengan badminton. Hehehe. Tujuan ke kedai tu? Beli kasut and baju. Tournament tu malam, tengah hari baru nak pergi beli semua. Haish. -..-

So dah habis duit dekat sana, habis duit dekat KFC pula, then balik rumah tidur kumpul tenaga. Hahaha. Based on planning pukul 8 malam start, tapi as usual janji melayu sentiasa lambat. Pukul 9 baru start. Hehe. So, first game aku, aku kena lawan dengan makcik aku. -..- Pakcik aku pesan, "kakak, kau tak boleh kalahkan ibuJie, nanti derhaka." Hahahaha. Sengal pakcik aku. Then few minute later, "Kakak, kalau IbuJie kalah, dia sakit hati, dia nagis, kau dah consider derhaka." So, aku tak tahu la, yang mana patut aku dengar. Hewhew. Tapi, gua power bai, sampai final tau! Then final lawan dengan mama gua. Dem! Hahaha. Bagi muka jelah dekat mama gua, kasi dia menang. Hahahaha. Ok, tak nak cakap banyak. Enjoy la ye pictures yang nak post nie. :)

Ini budak haaa, boleh tidur macam tu. Tak panas langsung. =..='


With amy, adik sepupu spapat sekupu kupu gua. :)


Ha! Nampak nama piala tu? PIALA HJ. HASSAN ABD AZIZ.
Hassan tu arwah atuk aku. And piala nie untuk Juara (lelaki).


Ha! Nampak lagi PIALA HJH. FATIMAH SAMSU (typo la pula samsy) =..='
Fatimah nie nenek aku. :)
Yang nie pula untuk juara (perempuan)


Ha! Nampak lagi tak yang nie? Tak ada nama, hahaha. Diorang cakap, nanti baru letak.
Yang nie untuk juara bergu. :)


Yang nie IbuRoss's family. :)


Yang nie IbuJie's family. Aunty yang nie la lawan dengan aku.
And suami dia la yang bagi nasihat tu. =..='


Ok, yang nie salim's family. 


Yang nie pula aunty lin's family. 


nampak budak totomel nie? Dia la adik sepupu sepapat skupu kupu gua. :)


and ini dia lagi, comel je. nagis sebab tak menang. :DD


yang nie pula Power Puff Girl's Hj Hassan.
Hehehe


With Kina PC . Dia suka bajet comel. Hahaha


My Papa. heart heart. :)


Yang nie masa semi final bergu.
Muka papa bengang, sebab dia cakap "Perlu ke setiap set kena amik gambar??? Korang main la! aku nak main, bukan nak tangkap gambar." Hahahaha


Bersama awek adik aku. Hahaha :D

At the end, Salim's family dapat semua piala! Hahaha. Mama the winner for Female Single, papa pula Male Single. And bergu pun mama papa dapat. Hahaha. Believe it or not? Please believe. :DD

Yeah! Pemenang untuk bergu. :D


Bergu tempat ke - 2


Bergu tempat ke - 3


Female single - Champion ! yeah! hahaha


Female single tempat ke - 2


Female single tempat ke -3 


Yeah!! papa the champion untuk Male Single!! :D


yang nie aku tak sure siapa yang ke 2 and ke 3.
Either adik spupu aku or uncle aku. confuse. =..='


So, the end Hassan's Family Tournament Badminton.
Nie part of them only, ramai yang tak dapat datang.
However, tournament tu tetap meriah, memang ktorang buat court tu macam Hassan punya la.
Hahaha


Semua lompat setinggi tinggi.
Aku dengan adik aku je cacat dekat bawah.
sebab tahu, semua nak lompat. kang muka aku tak nampak. Hahaha


Lepas exercise bagai nak rak, lepak mamak makan sebab masing masing kebulur. hewhew 


Motif picture nie? Nak tunjuk yang mereka mempunyai mata chocolate. Hahaha
Papa gua, adik gua, and adik sepupu gua pun mata chocolate.
Kenapa lah aku tak, dengki gila nak mampos. T_T

So, begitu sahaja cerita tentang Hassan's Family Badminton Tournament.
Sekian terima kasih. 
Sila buka lagi. :DD