Blogging

Lilypie Angel and Memorial tickers

Wednesday, June 13, 2012

Dating Bersama Dedeng - Kelam Kabut Day

Assalammualaikum Cinta, 

Yeah! Aku kembali membebel. Hahaha. Tadi penat, sesak nafas + malas menaip + rasa nak tidur. T_T Ok, nie aku nak cerita nie, hari ahad keluar dating dengan dedeng saya. Wuuu. Siapa cakap single tak boleh dating? Orang yang cakap single tak boleh dating tu gila! :p

Ceritanya bermula disini, get ready ye.. Aku nak membebel. :D

Hari ahad hari tu, aku bangun pukul 12.30. Tak senonoh kan? Sebabnya aku tidur pukul 4 pagi, balik dari tournament badminton dah pukul 2.30, mandi bagai + phone aku buat hal malam tu, rasa nak meroyan. Hmm. So, tak dikira sebagai kategory TAKSENONOH la kan? :D Masa tidur tu kan, aku mimpi aku pergi tengok Madagascar! Hehehe. Then, dengan segera aku bangun, terus lari kat mama and cakap gini "Ma! Jom kita pergi tengok Madagascar!!" Mama cakap " Sudahlah u, semalam kemain cakap harinie nak tidur one whole day and jangan kacau bagai." Hmmm, so disitu dah terang mama tak nak teman. Fine! Sentap and mengadu dekat Twitter. <----- gedik je nak ngadu dekat sana. Hahahaa

Then maybe dedeng ku perasan, terus dia ajak gua dating. Masa tu, dengan pantasnya kemas rumah, cuci baju, sidai baju. <------ tak nak dengar mama membebel, bangun tidur terus keluar gitu *Gua anak yang baik, TQ* Hahahaha. 

So kami plan tengok dekat Mines, then deng suruh tengok ticket pukul berapa. Buka la internet rumah yang lembab nak mampos tahap kura kura. Hmm. Lepas tu, aku blur tengok jadual tu. Kejap 2.30 kejap 3.15. Tetiba baru teringat yang adik aku ada kat Mines, so suruh la dia belikan. Masa tu dah pukul 1.30, aku suruh deng chill. Tak payah bawa motor gila babi, sebab adik aku dah belikan ticket. Then adik aku macam lembab semacam je, stress aku tunggu. Aku BBM deng, cakap dengan dia adik aku tak jadi belikan, sebab aku touching dengan adik aku. Deng dah blur. Few minutes later adik aku call and cakap dah beli tikcet. Then aku BBM deng lagi, cakap dengan dia tak payah rush, ticket adik aku dah beli. Wakakakaakakakaka <------- mesti korang pening baca kan? See, aku menaip pun dah boleh kelam kabut, just imagine on that day, 10x ganda kelam kabutnya. Ada lagi, sila baca bawah. 

Ktorang ke sana dengan motor. Vroom vroom. Honestly, dulu aku takut gila nak naik motor sebab ada bad experience dengan motor. Sejak dah habis belajar nie, kalau nak dating dengan deng mesti naik motor, so lama lama aku dah biasa. Tapi hanya dengan DENG! Dengan orang lain, aku tak yakin lagi. Hehehe.

Sampai depan Mines, ktorang cari parking dekat luar tu. Aku tak tahu pula dalam ada parking untuk motor, yang abang security tu pun satu bengap, tanya dalam ada parking tak. Dia boleh cakap takda, padahal ada. Ok, sekarang cerita pasal dekat parking pula. Lalu deng turunkan aku dekat bawah jambatan tu. Sebab dia nak naik atas divider tu, kalau aku dekat belakang confirm2 la tak lepas. =..='

Then deng suruh aku tunggu sekejap, dia nak kedepan. Masa dia kedepan aku pasan dia nak naikkan motor tu thru divider, aku tengok macam kesian, so aku pun kedepan la nak tolong dia. Belum sempat sampai dekat motor, deng dah gerak ke depan lagi. Aku pun follow je la dari belakang, sampai je ke depan lagi aku tengok dia dah hilang. Dengan motor sekali dia hilang. Ahhh sudah, mana minah nie pergi. Then BBM, tak balas. Nak mesej kredit takde, nasib baik deng call. Deng suruh masuk dalam, sebab dia dapat parking dekat dalam tu. Memang aku sumpah maki hamun la PAKCIK SECURITY tu. 

Masuk dalam Mines, lelaki semua usha aku macam tak puas hati. Aku macam pelik, pehal diorang pandang aku gitu. Tengok dekat tangan aku, rupa rupanya aku bawa helmet aku. =..=' Dahlah masa tu aku pakai seluar bawah kecik, memang macam minah rempit la bai. Tapi gua watlek, gua buat muka ayu masuk Mines tu. Hahahaha. Sampai dekat Mines, BBM deng tanya dia dekat mana. Then dia cakap dia dekat L2, aku pun bergeraklah pergi L2. Sampai L2 tak nampak deng, rupa rupanya L2A. Aku pun naik la tangga sampai ke L2A. Sampai L2A, deng tak ada juga. Rupa rupanya dia dah naik lift gi cinema. =..=' Aku pun teruslah naik gi L3, sampai kat cinema deng tak jumpa cinema so dia tunggu aku dekat RejectShop. Ok, pergi jemput dia. Then pergi cinema. Hahahahahahahahaha. exercise yang sangat awesome. 

So, tengok cerita Madagascar. Movie dia best, dan sangat kelakar. Aku lupa apa nama binatang tu. Masa tu diorang 3 dalam satu cabin, and cabin tu sangat seram. Boleh pula si binatang comel nie buat melodi seram. Hahahahahahahha. Kena tengok, baru la paham apa aku membebel nie. :DD Lepas tu kannnnnn, aku rasa dalam tadika wow! Bunyi budak nagis, gelak, jerit semua ada. Then baru aku perasan, nie movie budak budak memang ler. Then, ada budak duduk belakang ktorang duk tolak tarik kepala ktorang. Haish. Nasib baik la, parents kau ada. Kalau tak, memang aku tolak tarik balik. Hahaha. AKU KEJAM! Yeah! :P 



Lepas movie, aku kebulur. Aku tak sure la dedeng dia kebulur ke tak. Tapi aku ajak je dia pergi makan. Hehehe. So kami makan dekat Kenny Rogers. Hewhewhew. Aku rasa dekat sejam la ktorang dekat sana. Makan, gossip, borak, dan macam macam. Biasala, dah lama tak jumpa kan. :D 







Lepas tu, macam bosan. So ktorang pergi la karok dekat Mines tu. 1 jam je, hamek kau! Puas! Tapi kan, masa masuk tempat karok tu, sumpah rasa macam masuk rumah pelacuran. Hahahaha. Ramai sangat yang guide nak ke bilik tu. Siap dengan walkie talkie der. Then masa gua tengah nyanyi tetiba ada sorang mamat keluar dari bilik sebelah sebab nak cakap telefon. Yang aku pelik, asal dia nak berdiri depan pintu ktorang? Rapat dengan pintu pula tu. DumDum ke hape. Hmmmm. So, dengan muka tak malu, gua nyanyi sambil tinggikan suara aka menjerit. Hahahahahahaha. Lantak la suara gua tak sedap ke hape ke. Then, dia bla. BAGUS. 

Nie la dedeng aku.. Farah Niza. :)


Ok, so the end of my last weekend activites. Amacam? Kelam Kabut tak? Hahahaha. Tapi best, dapat jumpa dedeng. :') Now I miss her again. Ok, tak nak cakap banyak dah! Bye!! :DD



0 people stalking this entry. hewhew :

Post a Comment